Assalamu'alaikum,
Itu saja untuk kisah di Kuching.....Wassalam.
Esok, Isnin (17 November 2014) dah mula kerja balik. Hamba nak siapkan semua kisah tentang Kuching sebelum kerja. Jam di komputer dah menunjukkan pukul 1045 malam. Rasanya ini artikel terakhir tentang urusan hamba di Kuching baru-baru ini. Selepas selesai urusan di Masjid India Kuching, hamba ke hotel melalui kedai-kedai di tepi jalan. Sempatlah hamba ambil beberapa keping gambar kedai sekitar Main Bazaar. Main Bazaar bagi hamba merupakan antara lokasi utama ke Kuching. Kalau setakat kompleks membeli-belah dan pelbagai barangan, di sekitar Lembah Klang saja lebih 60 buah Mall ada. Jadi jangan lupa singgah dan jamu mata di Main Bazaar jika anda ke Kuching. Antara tarikan utama di Main Bazaar adalah koleksi cenderamata, kraftangan, tekstil, batik Sarawak, kek lapis, beg tangan, manik-manik, koleksi makanan Sarawak dan pelbagai lagi. Kalau suka jamu mata, memang dalam 2-3 jam juga jalan2 di Main Bazaar. Ia tidaklah sebesar dan selama Bazaar di Istanbul tetapi cukup untuk anda membeli sedikit tanda kenang-kenangan sampai di Kuching.
Dulu2 tak ada jual Kek lapis di tepi jalan sebegini.
Faktor utama hamba nak pilih Kek Lapis adalah "Halal" dahulu
Bangunan DUN yang baru
Pejabat Pelancong - pengalaman hamba pusing beberapa negara di Eropah memang sentiasa ada pusat untuk kemudahan pelancong bertanya dan lain2.
Kek Lapis lagi
'Syurga' bagi sebahagian wanita
Isteri hamba dah pesan, jangan beli baju, baju dah banyak...he3...Isteri hamba memang baik...
Hamba beli Fridge Magnetic tentang Kuching dan Key Chain, dua barang wajib kalau ke mana-mana
Sarawak kaya dengan pelbagai etnik dan budaya..Tidak hairanlah terdapat 1001 jenis barangan seni dan kraftangan buatan anak tempatan di Sarawak
Ada Pondok Polis, tak tengok pula buka sampai jam berapa...
Kalau bawa anak dara yang 'suka berbelanja', kering poket dibuatnya
Biasanya memang hamba belikan Baju T berlambangkan 'Sarawak' untuk setiap orang anak, tapi kali ini tak beli sebab dah dipesan si isteri
Antara makanan tempatan
Pelancong luar negara memang suka yang macam ni
Kalau minat, mungkin anda boleh menghabiskan dalam 30 minit ke sejam dalam kedai sebegini
Waktu hamba ambil gambar ini, kedai-kedai dah mula nak tutup sebab sudah mula menghampiri jam 700 petang
Pekerja-pekerja ini minta hamba ambilkan gambar mereka...
Yang ini hamba beli, 7 senduk dengan harga RM10... Bukan nak guna semua 7 senduk tu, tapi bolehlah bagi kat jiran dan....
Batik Sarawak
Satu perbezaan jelas dalam 10 tahun kebelakangan ini adalah kemajuan industri makanan IKS di Sarawak...
Semakin banyak barangan dengan semakin banyak jenama
Itu saja untuk kisah di Kuching.....Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan