Assalamu'alaikum,
Selain ikan terubuk masin, antara perkara yang wajib dibawa balik ke Tanah Semenanjung dari Sarawak, khususnya Kuching adalah Kek Lapis. 10-15 tahun dahulu, Tikar Sarawak memang popular, sekarang tidak lagi. Apatah lagi kini sebahagian Tikar Sarawak pun diimport dari Indonesia, dibawa ke Sarawak, kemudian dibawa naik kapal terbang ke Semenanjung Malaysia. Waktu hamba datang ke Kuching atas urusan kerja dalam 10 tahun dahulu, sempat juga beli Tikar Sarawak untuk rumah hamba dan juga diberikan sebagai hadiah kepada bonda di kampung. Yang popular juga adalah Tembikar Sarawak dan kraftangan tempatan...Tapi hamba sendiri dah cemuih nak tengok, apatah lagi beli Tembikar dan kraftangan ini. Posting selepas ini berkaitan Main Bazaar, anda boleh lihat sendiri kedai-kedai menjual pelbagai kraftangan buatan tempatan.
Mula-mula hamba datang pada hari Isnin malam Selasa untuk beli kek lapis. Tapi pekerja kedai kek menyararankan hamba datang hari Rabu malam Khamis memandangkan hamba balik ke Tanah Semenanjung pada hari Khamis petang/malam. Katanya, boleh beli yang lebih segar untuk dibawa balik. Berbanding dahulu, banyak kedai, kilang, dan penjual kek lapis di Kuching dewasa ini. Cuma yang agak popular adalah Mira Cake House. Jadi hamba beli kek lapis di Mira Cake Housa sahaja. Mira Cake House memang agak besar kerana ada kilang dan premis kedai di pelbagai lokasi. Hamba ke Mira Cake House di seberang sungai sahaja.
Ini kedainya
Nak rasa??? Ambil saja, percuma!!! Ini merupakan teknik pemasaran yang cukup berkesan untuk memujuk pembeli/pengguna membeli...
Ada dalam freezer
Dalam stok, nak hantar ke mana tu agaknya
Hamba dah bagitau pekerja di sini, cari dalam internet "Mira Cake House" kalau nak lihat muka masuk internet
Biskut dan makanan kering lain turut dijual
Usahawan ini dah menang banyak anugerah
Kalau anda tak dapat mengawal nafsu, memang borong habis
Banyak pula jenis Kek Lapis yang dijual...
Beli lima percuma satu, setiap satu RM10, jadi RM50 dapat enam
Satu perkara yang hamba suka ialah kepelbagaian rasa dan rupa...Inovasi penting untuk perniagaan terus maju dan kekal berdaya saing
Banyak koleksi gambar pengusaha kedai
"Kanda" adalah nama bagi pekerja ini yang mencadangkan beberapa jenis Kek Lapis yang sedap...perghhh!!!
Tuan punya dan keluarganya memang "kaki jalan"...Jauh berjalan luas pemandangan, banyak pengalaman, luas pendedahan...
Banyak gambar pengusaha Kedai dengan VVIP di Malaysia
Cukuplah bagi hamba enam jenis Kek Lapis sahaja (RM50)...Dah balut kemas untuk disimpan dalam peti sejuk sebelum dibawa balik ke Tanah Semenanjung.
Assalamualaikum Tuan, mohon izin Tuan untuk saya guna gambar2 tersebut untuk letak dalam appendiks individual assignment saya. Boleh tuan?
BalasPadamassalamualaikum tuan , izinkan saya gunakan maklumat yg ditulis oleh tuan sbgai rujukan assignment saya ya .. terima kasih .
BalasPadam