Assalamu'alaikum,
Hari Ahad, 6 March 2011 bersamaan, 1 Rabiulakhir 1432, hamba sekeluarga ke Taman Rekreasi Asahan, di kaki Gunung Ledang. Turut serta ialah dua keluarga ipar sebelah isteri. Kami sampai dalam jam 12 tengahari. Ini kali kedua hamba sampai ke sini. Kali pertama di bawa oleh Hj Zul, rakan yang tinggal di Asahan, yang berjumpa kami di Pulau Besar, Melaka. Semasa menghantar beliau pulang ke rumahnya, beliau membawa kami ke sini dan menunjukkan tempatnya. Air Terjun Asahan juga airnya dari Gunung Ledang tapi tidak sepopular Sagil. Sagil memang luas kawasannya, banyak tempat mandinya, ada resort lagi, dan kemudahan parkirnya berbayar. Di sini, kemudahan mandinya masih banyak jika menyusuri sungai. Apapun, yang menarik tentang sini ialah parkir yang masih percuma, orang yang tidak ramai.
Hj Zul memberitahu hamba, banyak ahli tariqat yang berkhalwat di kawasan sekitar sini pada bulan Muharram. Memang ada kawasan yang sesuai untuk berkhemah di sini. Masalahnya cuma mungkin tiada bilik air, jadi pandai-pandailah....:-)...
Kawasan ini sesuai untuk keluarga yang memiliki anak kecil...tapi kena check dulu kedalaman airnya...
Air diempang untuk disalurkan ke sebuah empangan berhampiran
Banyak kolam-kolam kecil jika menyelusuri sungai ini...
Ni antara kolam terluas...
Air ini disalurkan ke empangan berdekatan
Kawasan parkir
Banyak lagi kawasan mandi di sini, tapi hamba 'sedikit malas' nak ambil gambar...Kami balik dalam jam 320 petang selepas 3 jam berendam...Mula2 memang sejuk, lama2 OK...dah penat, kami pun bawa haluan masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan