Assalamu'alaikum,
Balik dari Air Terjun Asahan (Ahad 6 Mac 2011)), kami ambil jalan panjang untuk ke ke Lebuhraya...Ambil jalan ke Jasin dan cari jalan ke Tol Jasin (PLUS)...Dalam 2 km sebelum sampai di Tol Jasin, sebuah Viva (WTS ???) memotong kereta hamba dengan lajunya, di selekoh L pulak tu, mesti orang muda lelaki yang bawa ni. Hamba bawa sederhana saja dalam 70-80 km sejam sebab jalan licin selepas hujan dan keletihan.
Dalam jam 4.04 petang, dalam 3-5 saat sahaja, satu peristiwa mengejutkan berlaku. Selepas hamba melalui selekoh L itu, Viva yang memotong kereta hamba itu kelihatan melambung di udara dan terhempas di longkang bersebelahan lebuhraya. Hamba memang terkejut, isteri tidak perasan sebab tertidur. Rupa-rupanya Viva itu tidak dapat mengawal arah pandunya kerana jalan licin, hamba rasakan tak sempat belok kanan (kawal stereng), lalu melanggar akar pokok di tepi lebuhraya dan kerana kelajuannya menyebabkan Viva terlambung dan masuk longkang besar. Kalau langgar pokok sebelah lebuhraya, rasanya akan ada yang maut ni...
Dengan serta-merta hamba memberhentikan kereta, kira-kira 20 meter dari Viva tadi. Keluar dari kereta, hamba lihat Viva ni dah terbalik dalam longkang dengan mengeluarkan asap dari enjinnya. Hamba beri telefon kepada isteri minta beliau telefon hospital dan hamba bergegas ke Viva tadi. Ada dalam 1-2 saat untuk membuat keputusan kerana kereta ini sedang 'berasap'...Nak meletup atau tidak. Dengan niat untuk membantu, dan berharap agar kereta ini tidak meletup, hamba mendekati Viva yang terbalik dalam longkang ini. Satu perkara, hamba merasakan ia belum nak meletup sebab belum ada kebakaran. Biasanya kalau dalam filem/wayang, ada kebakaran dulu sebelum kenderaan meletup.
Kelihatan seorang budak lelaki sedang berusaha menolak pintu kereta sebelah kiri (kerana terbalik) dan hendak keluar. Budak ini tak mampu membuka pintu ini kerana kedudukan kereta ini yang terbalik dan senget dalam longkang. Hamba membukakan pintu depan kereta (belah kiri), menarik budak ini keluar. Lihat dalam kereta, ada seorang lagi budak lelaki dan pemandunya seorang wanita dalam usia 37-43 tahun. Hamba pun menarik seorang budak lelaki lagi keluar dari kereta ini. Terdengar emaknya (pemandu Viva) menyuruh anaknya keluar cepat-cepat, maklumlah asap di enjin banyak. Akhir sekali, emaknya (pemandu Viva) hamba tarik keluar dari kereta ini dan bawa mereka semua pergi jauh sedikit dari kereta dalam jarak 30 meter, bimbang kalau-kalau kereta meletup. Semasa menarik emaknya keluar dari kereta, beliau sibuk suruh ambil netbook beliau dari kereta tersebut, tapi hamba katakan itu kemudian, selamatkan diri dulu. Alhamdulillah, zahirnya, pemandu dan kedua-dua anaknya tidak cedera parah, cuma luka sikit di sini-sana. Seorang anaknya mengadu sakit tengkuk/kerongkong. Si ibu tercedera kecil di dalam mulut dan darah keluar dari mulutnya.
Alhamdulillah, hamba sempat tahan beberapa kereta....dan ramai yang perasan pun memberhentikan kereta dan datang untuk membantu. Seorang pegawai kerajaan yang 'bertugas' sekitar situ (sebab pilihanraya kecil DUN Merlimau agaknya) menyuruh anak buahnya ke hujung jalan, 'menahan' kereta yang lalu agar perlahan sebab ada kemalangan di depan. Ada bas yang bawa penumpang dari Kedah turut berhenti dan penumpangnya datang melihat. Isteri hamba memberikan telefon hamba untuk bercakap dengan 999 tapi terputus. Hamba telefon sekali lagi dan bercakap dengan hospital minta ambulan. Kemudian hamba telefon bomba dan minta datang, tak tahu kereta nak meletup atau tidak.
Orang ramai pun dah berkumpul. Isteri hamba tolong pimpinkan wanita pemandu itu ke kawasan di hujung sedikit sebab beliau mengadu tak boleh berjalan, nampak gelap saja. Anak sulung ditugaskan jaga kereta sebab bimbang juga kalau ada orang 'ambil kesempatan' dalam situasi ini. Orang India dari estet berhampiran pun ramai yang datang tengok. Akhirnya memandangkan ambulan lambat sampai, 'pegawai kerajaan yang 'bertugas' itu menyuruh anak buahnya menghantar si wanita pemandu dan adua orang anaknya ke Hospital Jasin, yang dikatakan tidak jauh dari situ. Sebelum itu, sebenarnya ramai juga yang bertanyakan wanita tadi tentang saudara-maranya yang ada untuk dihubungi, tapi wanita itu 'mungkin ada masalah tersendiri'. Beliau mengarahkan anaknya jangan cakap apa2, dan beliau mengatakan beliau tak ada sesiapa untuk dihubungi. Isteri hamba memberitahu hamba, wanita itu dari Batu Pahat hendak ke rumahnya di Semenyih...
Dah ramai-ramai dok keliling Viva tadi, dan beberapa orang India dan Melayu yang dok terjengok-jengok Viva itu, macam-macam boleh jadi. Hamba sempat berbincang dengan 'Pegawai tadi' dan beberaoa orang Melayu yang ada di situ. Mula-mula kami tak mau kacau Viva tu, nak tunggu polis datang dulu. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk ambil barang si pemunya kereta dan keluarkan ia dari kereta itu dan letak di tepi jalan dan dijaga oleh anak buah 'Pegawai tadi'... ...Hamba 'ditugaskan jadi hero sekali lagi' untuk masuk ke dalam kereta itu dan bawa keluar apa barang yang nampak. Hamba pun masuk dan ambillah kasut, baju, netbook, surat2 dalam dashboard dan beberapa barang lain. Semua tingkap Viva ni dah pecah sebenarnya akibat terlambung dan terhempas...
Bawa keluar semua barang yang boleh dan beri pada 'Pegawai tadi'...Beliau akan bertanggungjawab terhadap barang itu. Bomba pun sampai, tapi asap dah kurang. Jadi pegawai bomba yang datang menyuruh orang bawahannya mematikan 'bateri kereta'....Lori tarik kereta juga datang...cepat betul depa ni, mesti ada informer ni...Mula2 tu nak 'bergaduh juga' dengan orang India yang bawa lori penarik kereta ni, sebab depa sibuk nak tarik kereta itu, memandangkan ramai yang ada di situ dan menyatakan jangan buat apa2, lori penarik kereta ni tak jadi tarik...kami kata tunggu polis datang sebelum buat apa2...Depa ni (lori tarik kereta) fikir duit saja dan ???....Bengang juga kita waktu tu...Ambulan sampai juga tapi mangsa kemalangan dah ke hospital...
Kemudian hamba telefon polis sebab polis tak sampai2...hamba pun tak tahu sama ada sesiapa menelefon pihak polis sebab sibuk menguruskan mangsa dan kereta Viva tu....Polis yang terakhir sampai. Pegawai yang datang pun pakai kereta sendiri saja sebab beliau berada tidak jauh dari kawasan itu. Beliau mengambil nama, alamat dan nombor telefon hamba untuk urusan siasatan, kalau perlu. Hamba pun memang kena tunggu sebab hamba yang telefon ambulan, bomba dan polis.... nanti kata nombor palsu pulak...:-)...Selepas menyelesaikan kerja mereka, anggota bomba yang datang ke situ berpesan pada hamba...dia kata orang ramai tak tahu, bawa kereta selepas hujan lebih bahaya dari bawa kereta semasa hujan...katanya jalan lebih licin selepas hujan berbanding sewaktu hujan...
Selepas bertanya kepada pegawai polis itu tentang apa-apa lagi dia nak tanya hamba (saksi pertama kemalangan) dan dia kata tak ada apa-apa, hamba pun balik ke kereta. Semua barang mangsa diserahkan kepada polis itu untuk diserahkan kepada mangsa di Hospital Jasin. 'Pegawai tadi' mengarakan anak buahnya untuk meletakkan semua barang wanita itu ke dalam kereta polis tersebut. Dalam 45 minit juga kami di situ...Dah selesai, kami bertolak ke Selangor, singgah sebentar solat di Kawasan Rehat Air Keroh, singgah lagi untuk solat di Stesen Petronas, Kawasan Rehat Sreremban sebelum sampai ke rumah yg dah malam...rancangan sendiri nak sampai sebelum 630 petang, rancangan DIA sampai dah masuk malam, lepas Maghrib...
wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan