Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, Jumaat lepas (25 Februari 2011/22 Rabiulawal 1432H), berlangsung sambutan Maulidur Rasul di UKM. Hamba dah 4 tahun tak bersama dalam perarakan dan aktiviti ini kerana berada di perantauan. UKM masih mengekalkan tradisi berarak mengelilingi sebahagian jalan di UKM mengikut Fakulti, Jabatan dan Pusat. Lebih 20 pasukan menyertai perarakan pada tahun 1432H ini.
Kebiasaannya setiap Fakulti/Jabatan/Pusat akan 'menghadiahkan' kain kepada staf yang sukarela untuk menyertai perarakan ini. Kain ini boleh dibuat Baju Melayu/Baju Kurung...Kalau staf wanita, dapat tudung sekali...Upah nak buat kena tanggung sendiri...Jadi dapatlah baju Melayu / baju kurung sepasang secara separuh percuma. Hamba difahamkan, kalau di Kementerian, mereka boleh dapat sampai dua pasang Baju Melayu satahun, satu untuk Maal Hijrah dan satu untuk Maulidur Rasul. Ada Kementerian yang bagi samping sekali (percuma pulak tu)...Jadi dua pasang Baju Melayu beserta dua samping...rezeki masing2lah...Di UKM, samping diberi pinjam oleh Fakulti, lepas aktiviti kena hantar balik...
Bersiap-siap sebelum berarak....
Salah satu Fakulti yang menyertai perarakan ini
Kumpulan pelajar pun turut serta. Perarakan bermula kira-kira jam 8 pagi...
Kampus UKM di KL dan Cheras turut menghantar wakil mereka dalam perarakan ini.
Habis berarak, peserta dibekalkan menu minum pagi...kemudiannya masuk DECTAR, dengar nasyid
Lepas nasyid lelaki, ada nasyid wanita
Kemudian mendengar dan menghayati bacaan Al-Quran oleh pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM
Yang menariknya lepas bacaan Al-Quran ada berzanji....dah lama hamba tak dengar berzanji...
Terima kasih kepada pasukan UKM yang mendengarkan berzanji mereka
Pasukan berzanji di layar skrin besar
Semasa berzanji, ada Selawat atas Nabi SAW...semua staf/hadirin berdiri dan sama-sama berselawat ramai2. Bergema satu dewan selawat ke atas Junjungan Nabi SAW...
Masih berselawat
Majlis diakhiri dengan Forum Maulidur Rasul yang dipengerusikan oleh Ustaz Izhar
(Fakulti Pengajian Islam UKM) dan panel terdiri daripada seorang pensyarah wanita dari UKM dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Nicholas Sylvester (Ustaz Muhammad Bin Abdullah), dari Sabah.
Kehebatan Ustaz Izhar mempengerusikan forum menjadikan forum ini bertenaga dan tidak menjemukan.
Ehmmm, hamba dah buka sedikit identiti hamba, kerja di UKM...:-)....Sampai masanya, jika diizinkan Allah, hamba tidak akan menyembunyikan identiti hamba...
wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan