TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 27 Februari 2012

Beramal dengan ilmu tasawuf adalah untuk menjiwai dan merasai akan roh agama

Assalamu'alaikum,



Belajar dan beramal dengan ilmu tasawuf untuk menjiwai, merasai akan roh agama, bukan untuk cerita sana-sini, sembang kedai kopi, bicara tanpa adab...Jika beramal dengan fiqh itu dapat menzahirkan perbezaan orang Islam dengan orang bukan Islam, maka beramal dengan tasawuf itu dapat membezakan antara orang mukmin dengan orang Islam.

Akan sebab itu, berhati2lah dalam berbicara, ketika berbicara akan tasawuf kerana buah bicara itu adalah penzahiran roh agama si pengamal tasawuf. Sebagaimana isi, begitulah kulitnya.

Kalau kata-kata kesat, keji, umpatan dan fitnah yg dilemparkan, maka itulah gelodak rasa dan jiwa si pengamal tasawuf itu...

Kalau seronok cerita sembang sana-sini, maka cerita-cerita itulah pengabdian si salik dalam perjalanan tasawufnya, maksudnya, perjalanan ilmu dan amalnya adalah mencari cerita-ceriti utk disembang-sembangkan... Kalau bab amal yang banyak dibicarakan, maka itu lebih baik bagi si pengamal daripada kisah dan cerita yang 'tidak banyak isi amalnya'...

Kalau asbab politik menjadikan pengamal tasawuf berpecah atau tidak dapat 'bersama/bersatu' dengan rakan salik yang lain yang di sebelah puak politik yg lain, maka jiwa dan roh agamanya adalah jiwa politik dan roh politik, bukan berjiwa tasawuf, roh agamanya bukan tasawuf... Banyak pengamal tasawuf tersangkut dalam hal ini, politik itu dominan dalam dirinya, bukan amal-amal tasawuf yang bertujuan untuk membersihkan hati dan diri, mencantikkan akhlaknya...

Hatta pengamal tasawuf yang diberikan petunjuk Allah tentang kebenaran segelintir kecil ulamak dalam parti dokongan politiknya tidak boleh 'menyatakan ulamak di parti satu lagi' salah, tidak benar di sisi Allah kerana dia hanya diberikan petunjuk dan kebenaran tentang suatu perkara yang kecil, bukan keseluruhannya dan dia tidak diberikan petunjuk tentang kebenaran 'ulamak di parti satu lagi' .  Maka, dari itu berhati-hatilah. Ingatlah, kita hamba Allah, tidak diberikan, tidak dibukakan, tidak ditunjukkan dengan keseluruhan sifat maha mengetahui, maha bijaksana DIA dalam apa sahaja isu. Betapa ramai pengamal tasawuf yang menolak kebenaran yang datang dari ulamak yang bukannya dari parti mereka. Betapa ramai pengamal tasawuf fanatik dengan kebenaran mereka sahaja? Habis, apa bezanya mereka dengan orang awam? Apa najitah tasawuf pada diri mereka?

Kalau bahasa dan buah bicaranya mudah menyindir, mengata-ngata, amalan-amalan guru-guru, ulamak2 tasawuf dahulu, maka bermasalah lagilah perjalanan si salik itu...  

Kalau masih jalan kita saja yang betul, cepat, pantas dan seumpamanya, maka bermasalah lagilah perjalanan si salik itu...

Kalau asyik mencari salah dan silap jalan orang lain, maka bermasalah lagilah perjalanan si salik itu...

Betapa ramai ahli tasawuf, mereka yang mengaku beramal dengan ilmu tasawuf, jalan tariqat dan hakikat, terlupa atau cuai apabila berbicara di FB dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak mencerminkan akhlak pengamal tasawuf, Banyak pengamal tasawuf cuai, lupa bahawa akhlak mereka itu adalah cerminan akhlak gurunya...terlupa mereka bahawa mereka itu 'lambang akhlak' bagi gurunya...Apabila mereka menzahirkan buah bicara yang tidak selayaknya, mereka sebenarnya telah memperlihatkan bahawa akhlak itulah hasil bimbingan guru masing-masing. Lihatlah bagaimanasahabat-sahabat baginda SAW yang mencerminkan akhlak Junjungan Nabi SAW.  Dari itu, usahlah berbicara hal yang tinggi-tinggi jika akhlak kita sendiri masih bermasalah.


Yang susah bagi pengamal tasawuf hatta guru-guru tasawuf adalah mendapatkan tawadhuk.. Kalau dapat tawadhuk, banyak masalah perpecahan dan perbalahan antara jalan tasawuf dan tariqat dapat diatasi.

Setinggi mana bicara tentang hal ehwal alam jabarut, malakut dan lahut, apa ertinya jika akhlak kita tiada bezanya dengan akhlak orang ramai? Manakah tasawuf sebagai jiwa dan roh agama bagi diri kita?

Wassalam.
 
 

13 ulasan:

  1. Sahabatku MQAH... semenjak tuan Muhammad Qul Amirul Hakim menulis blog...ini adalah artikel tuan yang paling saya suka... dan yang saya nanti nantikan selama ini... Syabas...perbanyakkan lagi sentuhan sebegini yang saya doakan agar dijadikan asbab semua pihak yang mengamaalkan tasauf terbuka hijab yang menyelubngi mereka dengan begitu halus ini... manakala bagi peminat tasauf pula mudah2an terbuka minda melihat apa sebenarnnya yang kiita nak cari melalui ajaran tasauf..ataupun apakah objektif "hujung" apabila mengamalkan tasauf. wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudaraku Sheikh HF...apalah yg hamba tahu...sekadar coretan2 bagi hamba-NYA yg amat sedikit amal ini...

      Padam
  2. Bagus artikel ini.. cuma bagi saya akhlak yang baik diterjemahkan pada tindakan iaitu suka menolong orang2 yang tidak terdaya, memberi sedekah dan macam2 lagila.. ada orang bercakap aja bagus iaitu tulisan di FB bagus-bagus belaka.. pastu bila diminta berbuat sesuatu yang baik dan sememangnya dalam kemampuannya.. terus menjauhkan diri.. senyap begitu sahaja...

    Kadang2 ada juga yang saja huha huha.. sebab tidak hendak orang melihat diri dia dengan pandangan tinggi.. biarlah rendah di pandangan manusia tetapi di pandangan tuhan??

    Namun memang ada (dan mungkin ramai - saya tak tahu) yang dah memang akhlak dia bagus dan juga suka menolong orang. suka share ilmu pengetahuan dan sebagainya.. tidak kisah/ria' kalau orang pandang tinggi.. terpulanglah depa kan..

    So bagi saya.. baiklah kita bersangka2 baik saja cukuplah.. mungkin orang yang biasa2 di mata kita bukan biasa2 di mata tuhan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Syedhs...akhlak itu luas faham dan ertinya, merangkumi perkataan, perbuatan, hubungan dengan Allah, hubungan dgn manusia dan hubungan dgn makhluk2 yg lain. Buatlah apa saja yg baik utk agama. Akhlak hamba pun belumlah elok, cuma kita diminta nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.

      Padam
  3. assalamualaikum,...salam dari ikhwan TQN di Purwokerto Banyumas Indonesia

    BalasPadam
  4. Wa'alaikummussalam. Semoga terus istiqamah dgn TQN

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum..

    Saya Rahim dari Sepang..saya ingin tumpang bertanya..
    Boleh saya tahu, di Sepang ada guru yang mengajar ilmu tasawuf tak??

    BalasPadam
  6. Salam Arm Izan a.k.a. Rahim...Belum dengar guru tasawuf di Sepang...cuma kat Pondok Jenderam ada guru ngajar tasawuf...Kat Nilai hamba pernah dengar ada wakil talqin TQN, tapi dah lupa...

    BalasPadam
  7. Oh..terima kasih saudara..boleh saya tahu nama pondok kat Jenderam tue..

    BalasPadam
  8. Salam Arm...boleh tanya Mr Google...:-)...

    http://epondok.wordpress.com/2008/07/25/pondok-jenderam-hilir/

    http://www.aljenderami.com.my/

    BalasPadam
  9. Terma kasih byk saudara atas bantuan saudara..
    Semoga Allah memberkati dan memberi rahmat kpd saudara..Amin..

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum.
    Saya azhar dari putrajaya.saya ingin tumpang bertanya..
    Boleh saya tahu di putrajaya ada guru yang ngajar tasawuf tak.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam