TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Rabu, 13 Jun 2012

Kampung Melayu di Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Assalamu'alaikum,

5 Jun 2012, Selasa, hamba dan keluarga ke Pulau Pinang. Kami balik bercuti di kampung dan tiba malam 3 Jun.  Cuaca kurang baik kerana baru kepas hujan lebat. Kami ke Kampung Melayu di Tanjung Tokong di Pulau Pinang.


Hamba sebenarnya nak ke Pulau ini, tapi tak boleh sebab laut bergelora, ombak dahsyat, nelayan pun tak keluar ke laut. 

Kenapa dengan Pulau kecil ini? Tunggulah berita seterusnya apabila hamba diizinkan Allah sampai ke pulau ini. 

Penginapan berpuluh tingkat sudah menjadi lumrah di Pulau Pinang memandangkan tanah yang semakin kurang... 

Ini apartmen untuk orang Melayu yang rumah mereka rosak apabila tsunami melanda pada tahun Disember 2004 yang disiapkan pada zaman PakLah jadi Perdana Menteri. Sesiapa pun yang menjadi pemerintah negara 'wajib' melakukan pelbagai usaha untuk 'mengekalkan orang Melayu/Islam' di bahagian Pulau di Pulau Pinang. Kalau tak ada apartmen ini, orang Melayu ini akan 'terpaksa' keluar dari negeri mereka sendiri.

Antara mata pencarian mereka adalah dengan menjadi nelayan 

Gunung Jerai kelihatan sayup-sayup di hujung sana 

 Ini Masjid lama di Tanjung Tokong

 Kawasan berair ini dahulunya perkampungan nelayan Melayu sebelum tsunami melanda


Dahulunya Gerakan di bawah Lim Chong Eu 'mengeluarkan orang Melayu dari Pulau' dengan membeli tanah-tanah milik orang Melayu di Tanjung Bunga dan sekitarnya dan menukarnya menjadi hotel-hotel besar. Hasilnya, orang Melayu/Islam yang tinggal di kawasan itu menjadi begitu sedikit.   Kini DAp di bawah Lim Guan Eng 'mengeluarkan orang Melayu dari Pulau' dengan tidak membina rumah-rumah/pangsapuri murah, dengan membina rumah-rumah yang mahal yang hanya mampu dimiliki orang-orang kaya, dan dengan 'membantu' orang Cina 'membeli beribu-ribu rumah milik Melayu/Islam di kawasan Pulau' melalui transaksi perniagaan biasa.. 

Anda pergilah ke Bayan Lepas, Balik Pulau dan lain-lain tempat dan lihat dan kaji sendiri. Hakikatnya 'kerjasama orang Melayu/Islam' dengan parti bukan Islam melalui BN (zaman Lim Chong Eu) dan melalui PR (zaman Lim Guan Eng) tidak  menguntungkan orang Melayu/Islam. Begitu naif orang Melayu/Islam yang berpolitik, kuasa dan jawatan itu yang direbut, bukannya memelihara amanah Allah. Hanya pada zaman Dr. Koh Tsu Koon, 'penghakisan bilangan orang Melayu/Islam' di Pulau Pinang tidak begitu ketara.

Hamba memang jelak dengan politik semasa, menyampah dan meluat dengan kedua-dua parti politik Melayu/Islam di pihak pemerintah dan pembangkang. Hamba sedang mengarang sebuah tajuk berkaitan politik ini, Insya-Allah nanti akan dipaparkan. Umat Islam di negeri seperti Pulau Pinang memerlukan kebijaksaaan yang luar biasa dalam mendepani arus semasa. Menunggu perancangan dan ketentuan Allah memanglah bukan mudah, cuba  cari  makna dan maksud ayat yang dibold dan diitalickan itu...Wassalam.


1 ulasan: