Assalamu'alaikum,
Semasa balik mengendalikan kenduri adik sepupu hamba kahwin bulan November 2013, hamba ambil kesempatan sekali lagi cari Jeruk Madu Pak Ali. Kali ini hamba singgah di Bangunan Wakaf Seetee Aisah, Seberang Jaya. Kedai ini diusahakan oleh anak Pak Ali sendiri. Yang paling menarik tentang kedai ini adalah ia dirasmikan oleh Mufti Negeri Pulau Pinang, S.S. Dato' Seri Hj Hassan Hj Ahmad. Lihatlah sendiri gambar yang hamba ambil. Kalau hamba tidak silap, ini merupakan kedai Jeruk Madu Pak Ali yang paling laris. Syabas Usahawan Muslim, anda boleh, selagi bergantung harap dengan Allah dan mengikut segala perintah-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA. Wassalam.
salam,
BalasPadamminta izin link blog tuan ke blog saya...
salam,
BalasPadamminta izin link blog tuan ke blog saya...