TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 16 Oktober 2016

Bila Wahhabi Kata Langit Itu Bukan Tempat


Bila Wahhabi Kata Langit Itu Bukan Tempat!
 

1} Wahhabi marah ketikamana Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah mengatakan langit itu adalah tempat dan beriman Allah di langit secara hakiki adalah memberi maksud menempatkan Allah dan menjisimkan Allah. Kerana mengambil tempat atau ruang itu adalah sifat bagi jirim.

{2} Lalu Wahhabi bertanya : Siapa kata langit itu tempat?

{3} Kami menjawab : Allah dan Rasul yang mengatakan langit itu adalah tempat bagi para malaikat. Langit bukan tempat bagi Allah kerana ia akan membawa makna Allah berjisim dan bersesak-sesak dengan para malaikat di langit sepertimana mafhum hadith yang kami nyatakan di bawah ;

{4} Pertamanya kami datangkan dalil daripada Al-Quran seperti berikut ;

وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ

Dan berapa banyak malaikat di langit (an-Najm:26)

قُل لَّوْ كَانَ فِي الْأَرْضِ مَلَائِكَةٌ يَمْشُونَ مُطْمَئِنِّينَ لَنَزَّلْنَا عَلَيْهِم مِّنَ السَّمَاءِ مَلَكًا رَّسُولًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau ada di bumi, malaikat yang berjalan serta tinggal mendiaminya, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi rasul". (al-Isra':95)

وَيَوْمَ تَشَقَّقُ السَّمَاءُ بِالْغَمَامِ وَنُزِّلَ الْمَلَائِكَةُ تَنزِيلًا

Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat), dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan. (al-Furqan:25)

{5} Imam al-Qurtubi ketika mentafsirkan ayat ini di dalam tafsir beliau ;

وَالْمَلَكُ عَلَىٰ أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ

Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. (al-Haaqah:17)

Beliau menyebut ;

والملك " يعني الملائكة ; اسم للجنس .
" على أرجائها " أي على أطرافها حين تنشق ; لأن السماء مكانهم ; عن ابن عباس . الماوردي : ولعله قول مجاهد وقتادة . وحكاه الثعلبي عن الضحاك ، قال : يريد أن السماء مكان الملائكة فإذا انشقت صاروا في أطرافها .

al-Malak iaitu Malaikat nama bagi jenis
Di atas segala penjuru iaitu pada setiap lapisan penjuru ketikamana ditempatkan pada penjuru masing-masing kerana langit adalah tempat mereka (malaikat). Daripada Ibn 'Abbas, al-Mawardi : Moga-moga ini perkataan Mujahid dan Qatadah. Diceritakan oleh al-Tha'labi daripada al-Dhohhak berkata : Maksudnya : Sesungguhnya langit tempat para malaikat apabila dipecahkan jadilah mereka itu pada lapisan penjuru masing-masing.

{6} Keduanya kami datangkan Sabda Nabi صلى الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين ;

وعن جابر بن عبد الله - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: " ما في السماوات السبع، موضع قدم، ولا شبر ولا كف إلا وفيه ملك قائم، أو ملك راكع، أو ملك ساجد

Daripada Jabir Bin Abdillah رضي الله عنه berkata. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Tidaklah pada langit yang tujuh satu tempat sebesar tapak kaki atau sejengkal atau seluas tapak tangan kecuali padanya para malaikat yang berdiri atau para malaikat yang rukuk atau para malaikat yang sujud.

Riwayat at-Thobrani dan Abu Nuaim (Jam'ul jawaami' bagi Imam Suyuti)

{7} Setelah didatangkan semua dalil ini, Wahhabi terus meroyan dan mereka tetap juga ingin mengambil akidah golongan mujassimah. Justeru dalil apakah lagi yang Wahhabi inginkan untuk tidak menempatkan Allah di langit? Perkataan Allah dan Rasul tidak mengubah pendirian akidah sesat mereka. Lalu apa lagi yang diharapkan melainkan hidayah Allah kepada mereka.

الله المستعان...

Saudaramu,
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Universiti Al-Azhar Mesir
Selasa, 31 Mei 2016
Miri, Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan