IBNU TAIMIYAH Idola Wahabi berfaham JAHMIYYAH soal KEKALNYA NERAKA.
.
Apa itu Wahabi dan bezanya dengan Ahlu Sunnah Wal Jama'ah.
.
Perbicaraan khilafiah antara Wahabi dengan majoriti umat Islam, dikatakan ajaran Wahabi ini berbedza dengan umat Islam.
.
Umat Islam yang mana? Umat Islam sejak Sahabat Rasullullah SAW, Para Ulama Tabi'en, Salaf, Imam Mujtahidin yang empat, Ulama Hadis Wahabi berbeza dengan mereka, kerana Wahabi ini lahir pada abad ke 12 Hijriah. Cuma sebahagian pemikirannya terinspirasi dari fikiran ulama yang kontroversi yang banyak meragukan yang bernama Syeikh Ibnu Taimiyah serta anak murid Ibnu Qayyim.
.
Ibnu Taimiyah seorang ulama yang sering keluar masuk penjara dan meninggal di penjara, kerana pandangannya banyak yang ganjil, menyimpang dari pandangan sahabat, ulama salaf dan tabi'en.
.
Satelah Ibnu Taimiyah meninggal dunia ajarannya habis. Pada abad ke 12 Hijrah ajarannya dikembangkan dan di
hidupkan kembali oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab al-Nejd yang kita kenal dewasa ini kelompok Wahabi.
.
Wahabi ini pandangannya berbeza dengan umat Islam, seperti yang katakan sejak umat Islam masa Rasullullah SAW. Ada berapa perbezaan Wahabi dengan kita dan dengan majoriti umat Islam.
.
Kalau Syeikh Ibnu Taimiyah pandangannya berbeza dengan umat Islam kira-kira 60 masalah seperti disebutkan oleh al-Imam al-Hafizh Wali ad-Din al-Iraqi (w. 826 H) dalam kitabnya " Al-Ajwibah al-Mardhiyyah fi ar-Radd a'la al-As'ilah al-Makkiyyah".
.
Salah satu pendapat beliau yang berbeza dengan majoriti umat Islam ialah pandangannya NERAKA TIDAK KEKAL.
.
Dalam kitabnya Ibnu Taimiyah yang bernama " Minhaj al-Sunnah al-Nabawwiyah fi Naqd Kalam al-Syi'ah wal Qadariyyah". Dibahagian awal kitab tersebut Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Jahm bin safwan pendiri ALIRAN JAHMIYYAH berpendapat NERAKA TIDAK KEKAL, kerana dia berpendapat demikian maka Jahm bin safwan dikafirkan oleh seluruh umat Islam.
.
Tenyata Ibnu Taimiyah tidak konsistan, dibahagian belakang kitab yang sama Minhaj al-sunnah al-Nabawwiyah Ibnu Taimiyah mengatakan tentang kekalnya tidak neraka pendapat yang lebih kuat adalah pendapatnya Jahm bin Safwan yang mengatakan NERAKA TIDAK KEKAL. Jadi kalau tadi dia mengatakan pendapat neraka tidak kekal itu kafir, tetapi dibahagian belakang kitab yang sama dia mengatakan pendapat yang KUAT adalah pendapat yang kafir itu. Jadi pendapat yang kafir lebih kuat dari Islam kata beliau.
.
Inilah pendapat Ibnu Taimiyah yang kontroversi, termasuk pendapat beliau yang kontroversi melarang bertawassul, beristighsah dengan orang yang sudah meninggal.
.
Nah dari sekian banyak pendapat yang kontroversi ini, kemudian bid'ah sayyi'ah jadi pendapat yang menyimpang kita katakan bid'ah dholalah atau bid'ah sayyi'ah Ibnu Taimiyah ini yang sudah padam dan yang sudah terkubur lama dihidupkan kembali oleh ajaran Wahabi. Beristighsah, tawassul, tabaruk katanya Wahabi kafir,syirik pelakunya masuk neraka selama-lamanya.
.
Orang yang bertawassul beristighsah bersolawat mithalnya membaca
.
" allahumma shalli wa sallim ala sayyidina muhammadin qad dhaqat hilati adrikni ya rasulallah" .
.
kafir katanya Wahabi masuk neraka, kerana dalam solawat ini ada bacaan "adrikni ya rasullallah" tolonglah aku ya rasullallah kafir kata Wahabi padahal majoriti umat Islam seluruh dunia membaca solawat seperti ini selain Wahabi beristigah.Jadi katanya Wahabi seluruh umat Islam selain Wahabi kafir dan syirik. Ini diantara pendapat Wahabi.
.
Kalau kita mengkluklasikan ada berapa jumlah pandangan Wahabi yang berbeza dengan majoriti umat Islam sebahagian ulama mengatakan Wahabi berbeza dengan umat Islam sekitar dalam 150 masalah lebih. Mulai dari persoalan aqidah sampai persoalan amaliah.
.
Persoalan yang paling pokok yang berbeza dengan kita ada empat.
.
1_Tentang aqidah tauhid iaitu pembahagian tauhid menjadi 3. Wahabi punya pandangan tauhid terbahagi 3. Ada tauhid uluhiyyah, rubuhiyyah dan tauhid asma wa sifat. Padahal kalau ditanya mana ayat al quran dan hadis Nabi membahagi tauhid menjadi 3 tidak ada, di al-quran tidak ada di hadis-hadis rasullallah juga tidak ada. Tauhid menjadi 3 ini hanya semacam aturan yang dibuat orang Wahabi untuk menghalangi orang lain masuk syurga, kerana selain Wahabi tiada konsep tauhid terbahagi 3, ternyata kata Wahabi syarat masuk syurga mesti tauhid terbagi 3. Padahal Rasullallah, para sahabat, ulama salaf, tabien dan ahli hadis tidak ada membahagi tauhid menjadi 3.Kira-kira macam mana nasib beliau menurut Wahabi.
.
2_Kemudian perbezaan tauhid menjadi 3 ini berlanjut pada perbezaan berikutnya Wahabi perbezaan majoriti umat Islam berpendapat Tuhan itu ada tanpa tempat, tiada tempatnya, Tuhan tidak memerlukan tempat.
Bukan seperti manusia pasti ada tempatnya.Tetapi katanya kalau Tuhan tidak bertempat kata Wahabi tuhan itu ada tempatnya. Ini cabang pembahagian tauhid menjadi 3 .
.
3. Kemudian dari pembahagian tauhid menjadi 3 ini ada khilafiah lagi iaitu larangan istighsah tawassul dan tabbaruk.Umat Islam sejak masanya rasullallah juga telah di ajar oleh rasullallah sudah terbiasa beristigah dan bertabaruk, tetapi katanya Wahabi orang yang beristighsah bertawassul bertabbaruk adalah kafir masuk neraka selama-lamanya. Itu katanya Wahabi.
.
4. Kemudian dari pembahagian tauhid menjadi 3 Wahabi membuat ajaran lagi yang berbeza dengan kita iaitu Wahabi tidak mahu melakukan TAKWIL mana-mana ayat yang mutasyabihat atau hadis-hadis mutasyabih.Hadis-hadis yang tidak jelas maknanya, ayat al-Quran yang tidak jelas makna Wahabi tidak mahu melakukan TAKWIL. Ini dari perbezaan tadi, jadi berbeza pandangan tauhid ini berpengaruh dalam perbezaan Wahabi dalam hal aqidah dan amaliah.
.
Jadi sudah ada 4 dari pembahagian tauhid tadi menjadi 3.Tuhan ada dilangit katanya Wahabi ,istighsah tawassul, tabbaruk adalah perbuatan syirik dan kafir, yang keempat Wahabi tidak mahu "Bid'ah Hasanah". Semua bid'ah tersesat. Tidak ada yang namanya Bid'ah Hasanah. Ini katanya Wahabi.
.
Kesimpulannya empat hal ini menjadi perbezaan pokok antara kita dengan Wahabi. Adapun persoalan-persoalan lain diluar yang empat ini biasanya merupakan cabang dari empat hal ini. Jadi contonya tidak mahu menyambut Maulid Nabi s.a.w, disatu sisi tidak mahu Bid'ah Hasanah disisi lain memang Wahabi ini mengangap syirik orang yang memuji-muji Rasullallah berlebihan. Jadi orang memuji-muji rasullallah membaca solawat itu dikatakan syirik apa lagi sampai berdiri.
.
Keempat pokok ini mesti di ketahui oleh pengikut Ahlu sunnah wal Jama'ah untuk menghadapi cabaran Wahabi ini sejak akhir-akhir ini naik tochang berseminar membela Ibnu Taimiyah di fitnah katanya.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan