PENGKHIANATAN ILMIAH OLEH WAHHABI SALAFI....
فقير غرباء:
MEMBONGKAR PENGKHIANATAN AGAMA OLEH WAHHABI SAUDI YANG MEMALSUKAN KITAB SAHIH BUKHARI - Pengajian Aswaja Pemurnian Nusantara
Hadits Mutasyabihat “Pinggang Ar-Rahman” diubah / dipalsukan.
Kitab umat Islam yang paling sohih setelah Al-Quran pun tidak luput dari dipalsukan oleh tangan-tangan jahil puak-puak Wahhabi. Mereka telah menggunting/membuang sebahagian teks dari hadits dalam kitab Sohih Bukhari.
Wahhabi memang terkenal dengan sikap jahilnya yang anti takwil. Mereka mengharamkan takwil pada hampir semua ayat-ayat dan hadits-hadits shifat. Menurut mereka, takwil itu ta’thil iaitu mentiadakan sifat-sifat Allah.
Tetapi apabila sebahagian Ulama Salaf mentakwil ayat-ayat shifat, Wahhabi sengaja menutup mata dan telinga mereka dari kenyataan tersebut. Perbuatan seperti ini adalah kerana mereka ingin mempertahankan doktrin tajsim mereka atau memang sengaja hendak menyesatkan umat Islam dari kebenaran.
Berikut adalah salah satu Hadits Sahih mutasyabbihat dari riwayat Imam Bukhari yang mana tiada jalan lain untuk memahaminya kecuali dengan cara ulama salafussoleh, iaitu dengan cara tafwidh al-ma’na bilaa kaifin walaa tasubiihin wa laa tamtsilin. Ia juga disebut sebagai takwil ijmali dan takwil tafsili, iaitu memberikan makna yang layak bagi sifat keagungan dan kesempurnaan Allah.
Oleh kerana text/kalimah mutasyabbihat (kalimah : بِحَقْوِ الرَّحْمَنِ) yang ada di dalam hadits ini akan menyebabkan terbongkarnya kefahaman songsang puak Wahhabi dan hadits ini juga akan menyebabkan runtuhnya doktrin tajsim mereka (menyamakan sifat Allah dengan manusia), maka dengan sengaja mereka membuang teks/kalimah tersebut. Berikut adalah bukti yang akan ditampilkan.
Inilah Hadits aslinya :
Nabi Sallallahu ‘Alahi Wasallam bersabda :
خَلَقَ اللَّهُ الْخَلْقَ ، فَلَمَّا فَرَغَ مِنْهُ قَامَتِ الرَّحِمُ ، فَأَخَذَتْ بِحَقْوِ الرَّحْمَنِ ، فَقَالَ لَهُ : مَهْ ، قَالَتْ : هَذَا مَقَامُ الْعَائِذِ بِكَ مِنَ الْقَطِيعَةِ ، قَالَ : أَلَا تَرْضَيْنَ أَنْ أَصِلَ مَنْ وَصَلَكِ وَأَقْطَعَ مَنْ قَطَعَكِ ؟ قَالَتْ : بَلَى يَا رَبِّ ، قَالَ : فَذَاكِ " ، قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : اقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ : فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ
"Allah menciptakan makhluk, ketika Allah telah merampungkannya, maka berdirilah rahim, ia berpegang kepada pinggang ar-Rahman (بِحَقْوِ الرَّحْمَنِ).
Allah berfirman kepadanya : “Diamlah”.
Ia menjawab : “Ini adalah kesempatan berlindung kepadaMu dari pemutusan”. Allah berfirman : “Apakah kamu tidak rela Aku menyambung orang yang menyambungmu dan memutus orang yang memutusmu?”.
Ia menjawab : “Ya, ya Rabbi”.
Allah berfirman : “Itu untukmu”.
Abu Hurairah berkata : “’Bacalah kalau kamu mahu : “Maka apakah jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah, Mukhtashar Sohih Al-Bukhari, no. 1696, dan Mukhtashar Sohih Muslim, no. 1764, Sohih Bukhari no. 4455, bab 2945 Surat Muhar).
Definasi : "PINGGANG AR-RAHMAN”
- DITAFSIRKAN OLEH ULAMA SUNNI = “PINGGANG YANG DIMULIAKAN AR-RAHMAN”, bukan bermaksud "PINGGANG ALLAH";
- SEPERTI “BAITULLAH” = “RUMAH YG DIMULIAKAN AR-RAHMAN”;
- NAQATALLAH = “UNTA BETINA YANG DIMULIAKAN ALLAH”
Teks asli pada kitab Sohih Bukhari ada disebut kalimah بِحَقْوِ الرَّحْمَنِ (belum digunting/dihilangkan) pada 4 terbitan:
1. Terbitan Doktor Musthofa Dib Al-Bigha
2. Terbitan Dar Tauqun Najah
3. Terbitan Al-Mathba’tus salafiyyah
4. Terbitan Dar Ibn Katisr
Tetapi kalimah (بِحَقْوِ الرَّحْمَنِ) telah DIGUNTING/DIHILANGKAN di dalam kitab yang telah ditahrif oleh terbitan Dar As-Salam Riyadh milik WAHHABI :
Sila lihat perbezaan yang terdapat di gambar scan kitab diantara kitab Terbitan Doktor Musthofa Dib Al-Bigha (gambar atas) dan kitab yang telah ditahrif Wahhabi iaitu terbitan Dar As-Salam Riyadh milik WAHHABI (gambar bawah).
Pada scan kitab terbitan Dar As-Salam Riyadh milik Wahhabi, kalimah “ بحقو للرحمن “ telah digunting/dihilangkan oleh wahhabi dan tidak akan diketemukan di dalam kitab terbitan itu.
Berbeza jika dibandingkan dengan
keempat terbitan milik sunni seperti berikut :
1. Terbitan Doktor Musthofa Dib Al-Bigha :
Dalam terbitan ini teks ” “ بحقو للرحمن “ ditetapkan (tidak dibuang).
2. Terbitan Dar Tauqun Najah :
Dalam terbitan ini pun teks ” “ بحقو للرحمن “ ditetapkan (tidak dibuang).
3. Terbitan Al-Mathba’tus salafiyyah :
Dalam terbitan ini pun teks ” “ بحقو للرحمن “ ditetapkan (tidak dibuang).
4. Terbitan Dar Ibn Katsir :
Dalam terbitan Dar Ibn Katsir juga teks “ بحقو للرحمن “ juga ditetapkan (tidak dibuang).
Inilah bukti pengkhianatan ilmiah dan kejahatan yang menjadi hobi dan yang terbiasa dilakukan oleh golongan wahhabi-salafi demi melancarkan doktrin-doktrin sesat mereka.
Menurut penelitian, ada lebih daripada 38 kitab yang telah terbukti mengalami pemalsuan. Padahal ini belum lagi termasuk kitab-kitab yang lain yang jumlahnya lebih banyak lagi. Diantara kitab-kitab yang telah mengalami pemalsuan adalah seperti berikut :
1. Sohih bukhari
2. Sohih muslim
3. Sohih at-turmudzi
4. Musnad imam ahmad
5. Tarikh al-ya’qubi
6. Nahj al-balaghah
7. Syarh aqaid an-nasafi
8. Al-kasykul wal mukhallah
9. Iqtidhas shirat al-mustaqim
10. Ahwalul qubur, ibn rajab
11. Al-bahr al-muhith
13. As-shawaiqul muhriqah
14. Diwan al-mutanabbi
15. Akhbarul himaqi wal mughaffilin
16. Hayatul muhammad
17. Thabaqatul mu’tazilah
18. Al-ibanah, asy’ari
19. Majma’ al-bayan
20. Mukhtashar tarikh ad-dual
21. Al-aghani, abul faraj
22. Muqatil at-thalibin
23. At-thabaqat, ibn sa’ad
24. Syarh an-nahj, al-mu’tazili
25. Tathir al-jinan
26. Al-ma’arif, ibn qutaibah
27. Tarikh at-thabari
28. Hasiyah as-shawi ala tafsir jalalain
29. Aqidatus salaf ashabul hadits
30. Syarh al-aqidah at-thahawiyah
31. Al-adzkar, an-nawawi
32. Tafsir al-kasyaf, az-zamahsyari
33. Diwanul imam syafi’i
34. Al-fawaid al-muntakhabat
35. Tafsir ruhul ma’ani
36. Hasiyah ibnul abidin
37. Majmu’ fatawa, ibn taimiyah
38. Nihayah al-qaul al-mufid
39. Alwasiat imam Hanafi
40. Nadzom jurumiyah
Semoga mereka dikembalikan kepada pangkal jalan dan semoga dilahirkan perasaan taubat di hati mereka hasil daripada pengkhianatan ilmiah terhadap agama suci Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan