TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 24 Oktober 2016

MENJAWAB KEBATHILAN GOLONGAN WAHHABI YANG GEMAR MEMBID'AH SESATKAN ORANG.


SECARA RINGKASNYA  MENJAWAB KEBATHILAN GOLONGAN WAHABI YANG GEMAR MEMBID'AH SESATKAN ORANG.

Apakah itu"BID'AH"????

MAKNA BID`AH DARI SEGI BAHASA:

Makna Bid`ah dari segi bahasa adalah (1)

"مَا أُحْدِثَ عَلَى غَيْرِ مِثَالٍ سَابِقٍ".

Terjemahan:
"Sesuatu yang diadakan tanpa ada contoh sebelumnya".

Al-Syeikh al-Syairazi menyatakan mengenai definisi bid`ah mengikut bahasa (2)

"الْأَمْرُ الَّذِيْ يَكُوْنُ أَوَّلًا".

Terjemahan:
"Sesuatu perkara yang menjadi pertama [yang sebelumnya tidak ada]".

Al-Syeikh al-Mufassir al-Razi juga menyatakan (3)

"إِخْتِرَاعُهُ لَا عَلَى مِثَالٍ".

Terjemahan:
"Mengadakan sesuatu tidak mengikut contoh".
...............

Bid'ah ini terbahagi kepada dua bahagian

PEMBAHAGIAN BID`AH

Pertama: Bid`ah Dhalalah. Disebutkan juga Bid`ah Sayyi-ah atau Sunnah Sayyiah. Iaitu perkara baru yang menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah.

Kedua: Bid`ah Huda atau disebutkan juga Bid`ah Hasanah atau Sunnah Hasanah. Iaitu perkara baru yang sesuai dan selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.

1. Al-Imam al-Syafi`e rahimahullah telah berkata:

"الْمُحْدَثَاتُ مِنَ اْلأُمُوْرِ ضَرْبَانِ: أَحَدُهُمَا: مَا أُحْدِثَ ِممَّا يُخَالـِفُ كِتَابًا أَوْ سُنَّةً أَوْ إِجْمَاعًا أَوْ أَثَرًا، فهَذِهِ اْلبِدْعَةُ الضَّلَالـَةُ، وَالثَّانِيَةُ: مَا أُحْدِثَ مِنَ الْخَيْرِ وَلَا يـُخَالِفُ كِتَابًا أَوْ سُنَّةً أَوْ إِجْمَاعًا وَهَذِهِ مُحْدَثَةٌ غَيْرُ مَذْمُوْمَةٍ".

Maksudnya:
"Perkara-perkara baru yang diadakan itu dua jenis: Pertama: Perkara baru yang bercanggah dengan al-Qur’an, al-Sunnah,  Athar (sesuatu yang dilakukan atau dikatakan oleh sahabat tanpa ada di antara mereka yang mengingkarinya) atau ijma` (kesepakatan ulama’). Maka itulah bid`ah yang sesat. Dan kedua:Perkara baru yang diadakan daripada segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah dan ijma`, maka ia adalah bid`ah yang bukan keji ".

Darimanakah al Imam as Syafie mengambil nas ini? Sudah tentu daripada Hadith Rasulullaah Solallahu A^alaihi Wassallaam.

2. Diriwayatkan daripada sahabat Nabi Jarir Ibn` Abdillah al-Bajali, bahawa beliau berkata: Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِـهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ
 فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِـهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ".

Terjemahan:
"Barangsiapa yang mengadakan (sesuatu) di dalam agama Islam sunnah (perbuatan) yang baik, maka baginya pahala dari perbuatannya tersebut, dan pahala dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya, tanpa berkurang sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa mengadakan [sesuatu] di dalam Islam sunnah [perbuatan] yang buruk, maka baginya dosa dari perbuatannya tersebut, dan dosa dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya tanpa berkurang dari dosa-dosa mereka sedikitpun ". -Diriwayatkan dalam Sahih Muslim

3. Dalil Al Quran

Begitu juga dalil didalam Al Quran Allaah Subahanahu Wata^ala Berfirman

((وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ)).

Terjemahan:
"Dan Kami (Allah) jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya (Nabi `Isa) rasa santun dan kasih sayang, dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah, padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka, tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) kerana untuk mencari keredhaan Allah ". - Surah al Hadid Ayat 27

Ayat ini adalah dalil tentang adanya bid`ah hasanah. Dalam ayat ini Allah memuji umat Nabi Isa`alaihissalam yang terdahulu, mereka adalah orang-orang muslim dan orang-orang mukmin yang beriman dengan kerasulan Nabi Isa `alaihissalam bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Allah memuji mereka kerana mereka kaum yang lemah lembut dan penuh kasih sayang, juga kerana mereka merintis rahbaniyyah. Mereka mengamalkan Rahbaniyyah iaitu perbuatan yang menjauhi syahwat duniawi, hingga mereka meninggalkan nikah, kerana ingin berterusan dalam beribadah kepada Allah ta`ala.

Dalam ayat di atas Allah mengatakan “Ma Katabnaha `Alaihim”, ertinya: “Kami (Allah) tidak mewajibkan Rahbaniyyah tersebut ke atas mereka, melainkan mereka sendiri yang membuat dan merintis Rahbaniyyah itu untuk tujuan mendapat keredhoan Allah”. Dalam ayat ini juga Allah memuji mereka, kerana mereka merintis perkara baru yang tidak ada nas-nya di dalam kitab Injil dan juga tidak diwajibkan bahkan sama sekali tidak pernah dinyatakan oleh Nabi `Isa al-Masih kepada mereka. Melainkan mereka yang ingin berupaya semaksima mungkin untuk taat kepada Allah, dan berterusan untuk beribadah kepada-Nya dengan tidak menyibukkan diri dengan menikah, menafkahkan isteri dan keluarga. Mereka membina rumah-rumah kecil yang sederhana dari tanah di tempat-tempat sepi dan jauh daripada orang ramai untuk beribadah sepenuhnya kepada Allah ta`ala...

.........

APAKAH ADA BID'AH YANG BAIK?  JAWAPAN "YA ADA BID'AH YANG BAIK" SEBAB UMAR AL KHATHTHAB SENDIRI PERNAH MELAFAZKANYA BAHAWASANYA ADA "BID'AH YANG BAIK".

Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab Sahih-nya daripada `Abd al-Rahman bin `Abd al-Qari mengenai solat Tarawih, beliau (`Abd al-Rahman al-Qari) keluar bersama `Umar Ibn al-Khaththab radiyallahu`anhu pada suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid. Mereka berdua mendapati sekumpulan sahabat solat bersendirian dan yang lain berjema`ah. `Umar al-Khaththab mengatakan jika dia mengumpul mereka mengikut qari [imam], maka ia lebih baik. Dia kemudiannya menyuruh mereka mengikut Ubai bin K`ab. Pada malam lain, ketika ramai yang solat Tarawih di belakang seorang imam, `Umar al-Khaththab berkata:[26]
"نِعْمَتِ الْبِدْعَةُ هَذِهِ".

Terjemahan:
"Ini adalah sebaik-baik bid`ah ".

Oleh itu, jelaslah bahawa `Umar al-Khaththab secara tegas mengatakan tentang adanya bid`ah hasanah. Beliau menamakan solat berjama`ah dalam solat tarawih di bulan Ramadhan sebagai bid`ah hasanah. Beliau memuji perbuatan solat tarawih berjama`ah ini, dan mengatakan ia sebaik-baik bid`ah.

.......

APAKAH ADANYA CONTOH-CONTOH BIDAAH YANG BAIK, YANG MANA ZAMAN RASULULLAH SOLALLAHU A^ALAIHI WASSALLAM TIDAK MELAKUKANYA?

JAWAPANYA ADA DAN ANTARANYA

1) PENAMBAHAN "AZAN KE DUA PADA SOLAT JUMAAT"

Penambahan Azan sebelum solat Juma`at dilakukan oleh sahabat Nabi `Uthman bin `Affan Rodiallaahu anh (35)

2) MELETAKAN TITIK ATAU TANDA DI DALAM MUSHAF AL QURAN

Perbuatan meletakan titik di dalam beberapa huruf al-Qur’an oleh Yahya Ibn Ya`mur. Beliau adalah salah seorang tabi`in yang mulia dan agung. Beliau seorang yang `alim dan bertaqwa. Perbuatan beliau ini disepakati oleh para ulama’ dalam kalangan ahli hadith dan lainnya. Mereka semua menganggap baik perbuatan meletakan titik di dalam beberapa huruf al-Qur’an tersebut. Padahal ketika Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam membaca al-Qur’an tersebut kepada para penulis wahyu, mereka semua menulis dengan tanpa meletakkan titik walau sedikitpun pada huruf-huruf al-Quran.

3) MENYALIN DAN MENYUSUN MUSHAF/ AL QURAN

Demikian pula di zaman Khalifah `Uthman Ibn `Affan, beliau menyalin dan menggandakan mushaf menjadi lima atau enam naskah, pada setiap salinan mushaf tersebut tidak ada satu-pun yang dibuatkan titik-titik pada sebahagian huruf-hurufnya. Namun demikian, sejak setelah pemberian titik oleh Yahya bin Ya`mur tersebut, kemudian semua umat Islam hingga kini selalu memakai titik dalam penulisan huruf-huruf al-Qur’an. Apakah mungkin hal ini dikatakan sebagai bid`ah sesat dengan alasan Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam tidak pernah melakukannya? Jika demikian halnya maka hendaklah mereka meninggalkan mushaf-mushaf tersebut dan menghilangkan titik-titiknya seperti pada zaman `Uthman bin `Affan.

Abu Bakar Ibn Abu Dawud, putera daripada al-Imam Abu Dawud penulis kitab Sunan, di dalam kitabnya al-Mashahif berkata: “Orang yang pertama kali membuat titik-titik di dalam Mushaf adalah Yahya bin Ya`mur”. Yahya bin Ya`mur adalah salah seorang ulama’ tabi`en yang meriwayatkan (hadith) daripada sahabat `Abdullah ibn `Umar dan lainnya.

Ps/ minta golongan wahabi jangan baca al Quran yang berbaris atau bertitik. Minta mereka baca tanpa sebarang tanda dan titik

4) PEMBINAAN MIHRAB DI DALAM MASJID

Pembinaan Mihrab di dalam masjid sebagai tempat solat Imam, orang yang pertama kali membuat Mihrab ini adalah al-Khalifah al-Rasyid `Umar Ibn `Abd al-`Aziz di Masjid Nabawi. Perbuatan al-Khalifah al-Rasyid ini kemudian diikuti oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia ketika mereka membangun masjid. Siapa berani mengatakan bahawa itu adalah bid`ah sesat dan haram, sedangkan hampir seluruh masjid di zaman sekarang mempunyai mihrab? Siapa yang tidak mengenali Khalifah `Umar Ibn `Abd al-`Aziz sebagai al-Khalifah ar-Rasyid?

5) MAWLID NABI

Peringatan Maulid Nabi adalah bid`ah hasanah sebagaimana dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Dihyah (abad 7 H), al-Hafiz al-`Iraqi (W 806 H), al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani (W 852 H), al-Hafiz al-Suyuthi (W 911 H), al-Hafiz al-Sakhawi (W 902 H), Syeikh Ibn Hajar al-Haitami (W 974 H), al-Imam Nawawi (W 676 H), al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W 660 H), Mantan Mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi`e (W 1354 H), mantan Mufti Beirut Lubnan Syeikh Musthafa Naja (W 1351 H) dan masih banyak lagi para ulama’ terkemuka lainnya.

6) MEMBACA SELAWAT RASULULLAH SOLALLAHU A^ALAIHI WASSALLAM SELEPAS AZAN

Membaca selawat ke atas Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam selepas azan adalah bid`ah hasanah sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafiz al-Suyuthi di dalam kitab Musamarah al-Awa-il, al-Hafiz al-Sakhawi di dalam kitab al-Qaul al-Badi`, al-Haththab al-Maliki dalam kitab Mawahib al-Jalil, dan para ulama’ besar lainnya.

7) MENULIS KALIMAH "SOLALLAHU A^ALAIHI WASSALLAM

Menulis kalimah “Sallallahu`laihi Wasallam” selepas menulis nama Rasulullah termasuk bid`ah hasanah. Kerana Rasulullah menulis di dalam surat-surat yang baginda dan dikirimkan kepada raja-raja dan para pemerintah di zaman baginda hidup, tidak pernah menulis kalimah selawat seperti itu. Didalam surat-suratnya, Rasulullah hanya menuliskan: “Min Muhammad Rasulillah Ila Fulan…”,ertinya: “Dari Muhammad Rasulullah kepada Si Fulan…”.

8) TARIKAT

Beberapa Tarekat yang dirintis oleh para wali Allah dan orang-orang saleh. Seperti tarekat al-Rifa`eiyyah, al-Qadiriyyah, al-Naqsyabandiyyah dan lainnya yang kesemuanya berjumlah 40 tarekat. Pada asalnya, tarekat-tarekat ini adalah bid`ah hasanah, namun kemudian sebahagian pengikut beberapa tarekat ada yang menyimpang dari ajaran yang sebenar. Namun demikian hal ini tidak boleh mengatakan kesemua tarekat sesat walaupun ada tarekat yang sesat.
............

GOLONGAN WAHABI DIA TIDAK FAHAM ISTILAH BID'AH BAGI MEREKA SEMUA BID'AH ITU SESAT MASUK NERAKA. SEBAB APA?? SEBAB MEREKA (GOLONGAN WAHABIYYAH) INI JAHIL, AMIK ILMU DENGAN KEFAHAMAN JELIK MEREKA. MEREKA TIDAK BERAKAL. MEREKA INI TIDAK MENGIKUT ULAMA MUKTABAR. MEREKA DAKWA MEREKA AHLI HADITH, KONONYA BERPEGANG DENGAN AL QURAN DAN SUNNAH>>>> MEREKA SENTIASA MENJAJA DENGAN BERKATA "IKUTLAH AL QURAN, IKUT LAH SUNNAH" TETAPI MEREKA FAHAM AL QURAN DAN SUNNAH TANPA ILMU, TANPA RUJUKAN ULAMA MUKTABAR. MEREKA PENGIKUT TOKOH-TOKOH SESAT MEREKA. MEREKA WAHABI INI FAHAM HADITH INI :

hadits `A’isyah, bahawa ia berkata: Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ".

Terjemahan:
"Barangsiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam syari’at kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak ".
                                                                         (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Dapat difahami daripada sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam: “Ma Laisa Minhu”, ertinya “Yang tidak sesuai dengannya”, bahawa perkara baru yang tertolak adalah yang bertentangan dan menyalahi syari`at. Adapun perkara baru yang tidak bertentangan dan tidak menyalahi syari`at maka ia tidak tertolak.

GOLONGAN WAHABI INI DIBARISI OLEH MEREKA YANG TIDAK FAHAM UGAMA. MEREKA INI SANGAT HEBAT DI MATA MEREKA YANG JAHIL UGAMA. MEREKA (TOKOH-TOKOH WAHABI) INI SANGAT PETAH BERBICARA, BERPIDATO AYAT-AYAT AL QURAN DAN HADITH SENTIASA BERMAIN DI LIDAH MEREKA. SEHINGGA ORANG AWAM TAKJUB DENGAN KEBOLEHAN MEREKA.
...........

Namun begitu terdapat bid'ah yang menyanggahi Syarak.

ANTARA CONTOH BID'AH YANG SESAT ADALAH BID'AH YANG MENYALAHI USULUDDIN. BERKAIT RAPAT DENGAN ILMU AQIDAH.

Bid`ah-bid`ah dalam masalah pokok-pokok agama (Usuluddin), di antaranya seperti:

Bid'ah Golongan yang menjisimkan Allaah. Golongan ini berpegang dengan makna zohir ayat Mutasyabihat. Mereka menisbahkan Allaah ta^ala duduk tapi tak serupa duduknya kita. Menisbahkan Allaah bertangan tetapi tanganya tak serupa makhluk, Menisbahkan Allaah bertempat di atas arasy, bersize atau berukuran, beranggota dan seumpamanya. Golongan ini sangat popular dan antara mereka sangat masyur dimata manusia. Sehingga  ada dikalangan mereka ini digelar mufti, ustaz, maulana dan seumpamanya. Mereka berselindung di sebalik kepetahan berkata dengan lafaz-lafaz ayat Al quran dan al Hadith. Mereka ini golongan yang sesat lagi menyesatkan, zaman ini dikenali sebagai Wahabiyah mujassimah

Bid`ah Pengingkaran terhadap ketentuan (Qadar) Allah. Iaitu keyakinan sesat yang mengatakan bahawa Allah tidak mentaqdirkan dan tidak menciptakan sesuatupun daripada perbuatan ikhtiar hamba. Seluruh perbuatan manusia, -menurut keyakinan ini-, terjadi dengan penciptaan manusia itu sendiri. Sebahagian daripada mereka meyakini bahawa Allah tidak menciptakan keburukan. Menurut mereka, Allah hanya menciptakan kebaikan sahaja, sedangkan keburukan terjadi adalah daripada hamba itu sendiri. Mereka juga berkeyakinan bahawa pelaku dosa besar bukan seorang mukmin, dan juga bukan seorang kafir, melainkan berada pada posisi di antara dua posisi tersebut, tidak mukmin dan tidak kafir. Mereka juga mengingkari syafa`at Nabi. Golongan yang berkeyakinan seperti ini dinamakan dengan kaum Qadariyyah. Orang yang pertama kali mengingkari Qadar Allah adalahMa`bad al-Juhani di Basrah, sebagaimana yang  telah diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari Yahya ibn Ya`mur.

Bid`ah Jahmiyyah. Kaum Jahmiyyah juga dikenal dengan sebutan Jabariyyah, mereka adalah pengikut Jahm Ibn Safwan. Mereka berkeyakinan bahawa seorang hamba itu majbur (dipaksa); ertinya setiap hamba tidak memiliki kehendak sama sekali ketika melakukan segala perbuatannya.Menurut mereka, manusia bagaikan sehelai bulu atau kapas yang terbang di udara dan mengikut arah angin sahaja, ke arah kanan dan ke arah kiri, ke arah manapun, ia sama sekali tidak memiliki ikhtiar dan kehendak.

Bid`ah kaum Khawarij. Mereka mengkafirkan orang-orang mukmin yang melakukan dosa besar.

Bid`ah sesat yang mengharamkan dan mengkafirkan orang yang bertawassul dengan para nabi atau dengan orang-orang saleh setelah para nabi atau orang-orang saleh tersebut meninggal dunia. Atau pengkafiran terhadap orang yang bertawassul dengan para nabi atau orang-orang saleh di masa hidup mereka namun orang yang bertawassul ini tidak berada di hadapan mereka. Orang yang pertama kali memunculkan bid`ah sesat, haram, masuk neraka ini adalah Ahmad Ibn `Abd al-Halim ibn Taimiyah al-Harrani (W 728 H), yang kemudian diambil olehMuhammad Ibn `Abd al-Wahhab dan para pengikutnya yang dikenal dengan gelaran Wahhabiyyah.

Bid`ah-bid`ah `Amaliyyah yang buruk: Sebagai contoh menulis huruf (ص) atau (صلعم) sebagai singkatan daripada “Shallallahu`alaihi wasallam” setelah menuliskan nama Rasulullah. Termasuk dalam bahasa Malaysia dan Indonesia menjadi “SAW”. Para ahli hadith telah menegaskan di dalam kitab-kitab Mushtalah al-Hadith bahawa menuliskan huruf “shad” sahaja setelah penulisan nama Rasulullah adalah makruh. Ertinya meskipun ini bid`ah sayyi-ah, namun demikian mereka tidak sampai mengharamkannya. Kemudian termasuk juga bid`ah sayyi-ah adalah mengubah nama Allah dengan membuang alif madd (bacaan panjang) dari kata Allah atau membuang Ha'daripada kalimah Allah.

...........

Namun begitu jika dihimpunkan bid'ah yang baik dan bid'ah yang sesat. Maka kita dapati yang paling banyak di muka bumi ini adalah bid'ah yang sesat.

...........

JAUHILAH GOLONGAN WAHABIAH YANG GEMAR MENGHUKUM TANPA HAQ DAN TANPA DALIL. MEREKA MEREKA ADALAH GOLNGAN YANG BATHIL LAGI MENYESATKAN.

PESANAN KAMI :

BERLAJARLAH DENGAN BERGURU, YANG DI KETAHUI SOHIH SANADNYA. IKUTLAH GURU YANG MUKTABAR. BERLAJAR HARUSLAH DENGAN CARA TALAQQI, BUKAN BER FB, BER GOOGLE, INTERNET, BACA BUKU ETC...

SEMOGA ALLAAH TA^ALA PELIHARA IMAN KITA DAN DIBERIKAN PERTUNJUK JALAN KEBENARAN....

SHARE STATUS INI IKHLAS KERANA ALLAAH

INTAHA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan