TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Sabtu, 29 Oktober 2016

TALAQQI: KAEDAH SEBENAR DALAM MENUNTUT ILMU AGAMA


TALAQQI: KAEDAH SEBENAR DALAM MENUNTUT ILMU AGAMA

✨Sesungguhnya sebaik-baik perkara yang masa dihabiskan untuknya ialah mempelajari ilmu yang bermanfaat dan gigih menyebarkan ilmu di kalangan golongan dewasa dan kanak-kanak.

✨Telahpun diketahui jalan ilmu yang para ulama besar kita dan para ulama ikutan dalam Islam telah tempuhi ketika proses pengajaran dan pembelajaran ilmu adalah dengan cara talaqqi iaitu seorang penuntut  akan mengambil ilmu yang berupa riwayat, huraian dan pemahaman secara mendengar daripada mulut orang alim yang juga telah mendengar daripada orang alim yang sebelumnya dengan sanad yang bersambung kepada Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam.

🔹Inilah cara yang telah pun ditempuhi oleh para ulama salaf dan khalaf ketika talaqqi ilmu seperti imam kita al-Syafi^I radiyallahu ^anhu telah talaqqi ilmu daripada Muslim ibn Khalid, Malik ibn Anas, murid-murid Abu Hanifah dan selain mereka.

✨Sesungguhnya cara ini mempunyai dalil daripada al-Quran dan sunnah Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam. Allah ta^ala telah berfirman:
عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى
Mafhumnya: “Dia (Muhammad) telah diajar oleh Jibril” [Surah al-Najm, ayat 5]

✨Nabi Muhammad makhluk Allah yang paling utama ini telah pun talaqqi al-Quran daripada Jibril ^alaihis-salam, seterusnya para sahabat baginda talaqqi al-Quran daripada baginda dan selanjutnya orang yang selepas sahabat pula talaqqi al-Quran daripada para sahabat sehingga bersambungan kepada kita.

✨Sesungguhnya Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam  telah bersabda:
إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه
Mafhumnya: “Hanyasanya ilmu dengan talaqqi dan kefahaman itu dengan mendalami ilmu” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari].

✨Oleh itu, ilmu tidak ada tanpa belajar daripada seorang guru, bahkan semestinya seseorang yang menuntut ilmu itu mempelajari dengan mengambilnya daripada ahli ilmu dan tidak memadai dengan membaca buku-buku.

✨Al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab al-Adabul-Mufrad tentang kisah perjalanan Jabir ibn Abdillah al-Ansori radiyallahu ^anhu selepas kewafatan Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam dari al-Madinah al-Munawwarah ke Mesir selama sebulan untuk mendatang satu hadis daripada Abdullah ibn Unais yang telah mendengar hadis itu daripada Rasulullah dan Jabir belum pernah mendengarnya. Ini adalah hanya kerana sifat haloba beliau untuk talaqqi ilmu daripada mulut-mulut para ulama.

✨Sesungguhnya al-Imam al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan sebilangan pendapat daripada para ulama yang terbilang menunjukkan manhaj keilmuan yang mereka ikut dalam talaqqi ilmu dan beliau merangkan bahawa barangsiapa yang mengambil al-Quran daripada mushaf tanpa talaqqi maka dia digelar mushafi dan tidak digelar sebagai seorang qari, dan barangsiapa mengambil ilmu daripada kitab-kitab maka dia digelar sohafi dan tidak digelar sebagai seorang alim. Al-Khatib al-Baghdadi telah meriwayatkan daripada al-Imam al-Tabi^I al-Jalil Muhamad ibn Sirin radiyallahu ^anhu bahawa dia berkata:
لا يؤخذ العلم إلا من أفواه العلماء
Maksudnya: “Ilmu tidak diambil melainkan daripada mulut-mulut para ulama”.

✨Muslim meriwayatkan dalam muqaddimah kitab Sohih Muslim daripada Muhammad ibn Sirin bahawa dia berkata:
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم
Maksudnya: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka kamu lihatlah daripada siapakah kamu mengambil agama kamu”.

✨Sesungguhnya para ulama sangat haloba untuk mendengar ilmu sehingga sebahagian mereka mempunyai seratus guru dan sebahagian mereka mempunyai lebih ramai lagi guru. Al-Hafiz Abu Sa^id al-^Ala’i Khalil ibn Kaikaladi – beliau adalah guru kepada al-hafiz Zainud-Din al-^Iraqi – talaqqi hadis daripada tujuh ratus ulama secara mendengar lansung daripada mereka.

🔹Antara faedah besar talaqqi ilmu daripada mulut para ulama ialah:
1⃣ Dapat menjauh dari terjebak dalam kefahaman yang salah natijah daripada berpada dengan semata-mata mentelaah tanpa talaqqi.
2⃣ Dapat mengambil ilmu secara isnad ilmu yang dipercayai yang menjaga penuntut ilmu dari berpegang dengan riwayat-riwayat yang batil, mauduk dan pemikiran-pemikiran yang menyalahi manhaj Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah.
3⃣ Selamat dari pemalsuan dan penyelewengan yang banyak berlaku dalam kitab-kitab khususnya cetakan-cetakan yang berasaskan perniagaan yang tidak menitikberatkan ketetapan ilmiah.
4⃣ Memperoleh keberkatan dengan sebab hadir dalam majlis ilmu para ulama dan fuqaha’ dan dengan sebab hubungan rapat dengan mereka.

🌸Penyair ada berkata:
من يأخذ العلم عن شيخ مشافهةً *** يكن من الزيف والتصحيف في حرمِ
ومن يكن آخذاً للعلم من صحف *** فعلمه عند أهل العلم كالعدم

Maksudnya: “Barangsiapa mengambil ilmu daripada seseorang guru secara musyafahah, maka dia terpelihara dari penyelewengan dan pemalsuan. Dan barangsiapa selalu mengambil ilmu dari helaian kertas, maka ilmunya di sisi ahli ilmu adalah seperti tiada”.
         (16/14)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan