KAJIAN ILMIAH : KESESATAN IBNU TAIMIYAH DAN SEBAB-SEBABNYA MENGAPA BELIAU DITOLAK OLEH ULAMA 4 MAZHAB
SIAPAKAH IBNU TAIMIYAH?
Ahmad ibn Taimiyah dilahirkan di Harran, Syria, di dalam keluarga yang berilmu bermazhabkan Hanbali. Ayahnya adalah seorang yang berjiwa tenang. Ayahnya dihormati oleh para ulama Syam dan para pejabat pemerintah sehingga mereka amanahkan beberapa jabatan ilmiah kepadanya.
Setelah kewafatan ayahnya, Ibnu Taimiyah menggantikan posisinya. Orang-orang yang mempercayai ayahnya selama itu, juga mendorong dan memberikannya motivasi dalam meneruskan tugas-tugas ayahnya, serta memujinya.
Namun pujian-pujian tersebut ternyata membuat Ibnu Taimiyah terlena dan tidak menyedari motif sebenarnya di sebalik pujian tersebut.
Ibnu Taimiyah mulalah menyebarkan satu demi satu bid’ah-bid’ahnya. Sehinggakan para ulama dan anggota pejabat yang dahulu memujinya, satu-persatu mula menjauhinya.
KESESATAN IBNU TAIMIYAH DALAM PERKARA USUL DAN FURU'
Ibnu Taimiyah, meskipun tersohor dan memiliki banyak karangan dan pengikut, namun sesungguhnya dia adalah seperti yang dikatakan oleh al Hafizh al Faqih Waliyy ad-Din al ‘Iraqi (W 862 H):
“Ibnu Taimiyah telah menyalahi Ijma’ dalam banyak permasalahan, kira-kira sekitar 60 masalah. Sebahagiannya adalah dalam permasalahan Usul ad-Din (pokok-pokok agama) dan sebahagian yang lain berkenaan dengan masalah-masalah furu’ ad-Din (cabang-cabang agama). Ibnu Taimiyah dalam masalah-masalah tersebut mengeluarkan pendapat yang berlainan, iaitu berbeza setelah terjadi ijma’ di dalamnya".
Ramai di kalangan ORANG ORANG AWAM mula terpengaruh dan mengikuti ajaran sesat Ibnu Taimiyah. Situasi seperti ini membuat ulama-ulama di zaman Ibnu Taimiyah mula membantah pendapat-pendapatnya serta memasukkannya ke dalam kelompok para-para ahli bid’ah.
Di antara yang membantah Ibnu Taimiyah adalah Al Imam Al Hafizh Taqiyy ad-Din Ali bin Abd al Kafi As-Subki (W 756 H) yang mana di dalam kitabnya ad-Durrah al Mudliyyah fi ar-Radd 'ala Ibn Taimiyah, beliau mengatakan:
“Amma ba’du. Ibnu Taimiyah benar-benar telah membuat bid’ah-bid’ah dalam dasar-dasar keyakinan (Ushul al 'Aqa-id). Dia telah meruntuhkan tunggak-tunggak dan sendi-sendi Islam setelah dia, sebelum ini, bersembunyi di sebalik slogan mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah. Pada zahirnya, dia mengajak kepada kebenaran dan menunjukkan kepada jalan syurga. Ternyata kemudian, dia bukan melakukan ittiba’ (mengikuti sunnah, ulama Salaf dan konsensus ulama) tetapi telah membuat bid’ah-bid’ah baru. Dia keluar dari lingkungan Islam dengan menyalahi Ijma’ mereka. Dan dia juga mengatakan tentang sifat Allah dengan perkataan yang mengandung tajsim (meyakini Allah adalah jisim: benda yang memiliki ukuran dan dimensi) dan ketersusunan (tarkib) bagi Allah".
Di antara perkataan Ibnu Taimiyah dalam Usul Ad-din yang menyalahi ijma’ para muslimin adalah kenyataannya bahawa alam ini qadim (tidak ada permulaan). Ini juga adalah sebagaimana yang dikatakannya di dalam tujuh kitabnya:
1. Muwafaqah Sharih al Ma’qul li Shahih al Manqul,
2. Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah,
3. Syarh Hadits an-Nuzul,
4. Syarh Hadits ‘Imran ibn al Hushain,
5. Naqd Maratib al Ijma’,
6. Majmu’ah Tafsir Min Sitt Suwar,
7. Al Fatawa.
KESESATAN FAHAMAN IBNU TAIMIYAH MENGENAI ALLAH
Ibnu Taimiyah juga berkata: "Allah pada Azal (keberadaan tanpa permulaan) selalu diiringi dengan makhluk." Ibnu Taimiyah juga mengatakan bahawa Allah mempunyai jism (bentuk), mempunyai arah dan berpindah-pindah. Kefahaman seperti ini adalah kefahaman yang ditolak dalam agama Allah.
Dalam sebahagian karangannya, Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa ukuran Allah SWT sama sebesar ‘Arsy, tidak lebih besar atau lebih kecil. Maha suci Allah dari perkataan yang sesat ini!
KESESATAN FAHAMAN IBNU TAIMIYAH MENGENAI PARA NABI
Ibnu Taimiyah juga mengatakan bahawa para Nabi itu tidak ma’sum. Nabi Muhammad SAW tidak memilik jah (kehormatan). Oleh kerana itu lah menurutnya, jika ada orang bertawassul dengan Nabi, maka itu adalah kesalahan besar (sebagaimana dia katakan dalam kitab karangannya "At-Tawassul Wa al Wasilah".
Ibnu Taimiyah juga mengatakan bahawa bermusafir untuk ziarah ke makam Rasulullah adalah PERJALANAN MAKSIAT dan tidak boleh mengqasar solat kerananya (sebagaimana yang di kemukakannya di dalam kitab "Al Fatawa"). Yang peliknya, tidak ada seorang 'Alim pun yang hidup sebelumnya yang berpendapat seperti beliau. Jadi adakah ulama yang lahir sebelum Ibnu Taimiyah semuanya salah? PELIK TAPI BENAR!
Ibnu Taimiyah juga mengatakan bahawa seksa bagi penduduk neraka akan terhenti dan tidak akan berlaku selama-lamanya (sebagaimana dituturkan oleh sebahagian ahli fiqh dari sebahagian karangan Ibnu Taimiyah dan dinukil oleh muridnya; Ibn al Qayyim al Jawziyyah dalam kitab Hadi al Arwah).
KEBANGKITAN ULAMA MENENTANG FAHAMAN SESAT IBNU TAIMIYAH
Ibnu Taimiyah sudah berkali-kali diperintah untuk bertaubat dari kata-kata dan keyakinannya yang sesat, baik dalam masalah-masalah usul maupun furu'. Tetapi beliau selalu mengingkari janji-janjinya sehingga akhirnya beliau dipenjara dengan kesepakatan para qadhi (hakim) dari empat madzhab: Syafi’i, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Al Imam al Hafizh al Faqih al Mujtahid Taqiyy ad-Din as-Subki dalam salah satu risalahnya mengatakan: “Ibnu Taimiyah dipenjara atas kesepakatan para ulama dan para penguasa”.
Makanya, beliau harus diwaspadai dan dijauhi. Ini adalah sepertimana dijelaskan oleh Ibnu Syakir al Kutubi (murid Ibnu Taimiyah sendiri) dalam kitabnya: "Uyun at-Tawarikh".
Pada waktu yang sama, Raja Muhammad ibn Qalawun mengeluarkan keputusan rasmi pemerintah untuk dibaca di semua Masjid di Syam dan Mesir, agar masyarakat berwaspada dan menjauhi Ibnu Taimiyah dan para pengikutnya. Ibnu Taimiyah akhirnya dipenjara di benteng Al-Qal’ah di Damaskus sehingga mati di tahun 728 H.
PARA ULAMA MEMBONGKAR KESESATAN IBNU TAIMIYAH
Al Hafizh Ibnu Hajar (W 852 H) menukil dari kitab Ad-Durar Al-Kaminah (juz I, hlm. 154-155) bahawa para ulama menyebut Ibnu Taimiyah dengan tiga sebutan:
1. Mujassim,
2. Zindiq,
3. Munafiq.
PENJELASAN IBNU HAJAR AL-HAYTAMI (W 974 H) TENTANG IBNU TAIMIYAH
Ibnu Hajar Al-Haytami (W 974 H) di dalam kitabnya "Hasyiyah Al-Idhah fi Manasik Al-Hajj Wa al 'Umrah li An-Nawawi" (hlm 214), mengatakan tentang pendapat Ibnu Taimiyah yang mengingkari sunnahnya safar (perjalanan) untuk ziarah ke makam Rasulullah SAW:
"Janganlah tertipu dengan pengingkaran Ibnu Taimiyah terhadap sunnahnya ziarah ke makam Rasulullah, kerana sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang disesatkan oleh Allah seperti yang dikatakan oleh Al ‘Izz ibn Jama’ah. At-Taqiyy as-Subki, dengan panjang lebar juga, telah membantah Ibnu Taimiyah dalam salah satu tulisannya tersendiri. Perkataan Ibnu Taimiyah yang berisi celaan dan penghinaan terhadap Rasulullah tidaklah aneh memandangkan beliau telah pun mencaci Allah SWT. (Maha Suci Allah dari perkataan orang-orang kafir dan atheis). Ibnu Taimiyah menisbatkan perkara-perkara yang tidak layak bagi Allah - beliau mengatakan Allah memiliki arah, tangan, kaki, mata (yang merupakan anggota badan) dan perkara-perkara buruk yang lain. Oleh kerana it, Demi Allah, dia telah dikafirkan oleh ramai para ulama. Semoga Allah memperlakukannya dengan kedilan-Nya dan tidak menolong pengikutnya yang mendokong pembohongan dan pendustaan yang dilakukan Ibnu Taimiyah terhadap Syari’at Allah yang mulia ini”.
PENJELASAN SHEIKH TAQIYY AL-DIN AL-HUSNI (W 829 H) TENTANG IBNU TAIMIYAH
Pengarang kitab Kifayatul Akhyar Syekh Taqiyy Ad-Din Al-Husni (W 829 H), setelah memberi kenyataan tentang kesesatan Ibnu Taimiyah daripada para ulama empat madzhab, di dalam kitabnya Daf’u Syubah Man Syabbaha Wa tamarrada beliau mengatakan:
فصار كفره (ابن تيمية) مجمعا عليه
“Maka dengan demikian, kekufuran Ibnu Taimiyah adalah perkara yang disepakati oleh para ulama”.
PENJELASAN AZ-ZAHABI (MANTAN MURID IBNU TAIMIYAH) TENTANG IBNU TAIMIYAH
Az-Zahabi (Mantan murid Ibnu Taimiyah) di dalam risalahnya "Bayan Zaghal Al-Ilmi wa Ath-Thalab" (hlm 17) berkata tentang Ibnu Taimiyah:
”Saya sudah lelah mengamati dan menimbang sepak terajangnya (Ibnu Taimiyah), hingga saya merasa bosan setelah bertahun-tahun menelitinya. Hasil yang saya perolehi : ternyata bahawa penyebab tidak sejajarnya Ibnu Taimiyah dengan ulama Syam dan Mesir serta beliau dibenci, dihina, didustakan dan dikafirkan oleh penduduk Syam dan Mesir adalah kerana :
A. Sifat sombongnya,
B. Terlena oleh diri dan hawa nafsunya (‘ujub),
C. Sangat haus dan sangat mendambakan untuk memimpin para ulama dan sering melecehkan para ulama besar.
Az-Zahabi meneruskan:
“Sesungguhnya apa yang telah menimpa Ibnu Taimiyah dan para pengikutnya, hanyalah sebahagian dari risiko yang harus mereka peroleh, janganlah pembaca ragukan hal ini”.
PENJELASAN AL-HAFIZ ABU SA'ID AL-'ALA-I (W 761 H) TENTANG IBNU TAIMIYAH
Al Hafizh Abu Sa’id al ‘Ala-i (W 761 H) yang hidup semasa dengan Ibnu Taimiyah juga telah mencelanya. Abu Hayyan al Andalusi (W 745 H) juga melakukan hal yang sama, sejak membaca kenyataan sesat Ibnu Taimiyah dalam Kitab Al ’Arsy yang berbunyi:
“Sesungguhnya Allah DUDUK di atas Kursi dan telah mengkhususkan tempat kosong di Kursi itu untuk mendudukkan Nabi Muhammad SAW bersama-Nya”
Oleh kerana kenyataan yang ditulis oleh Ibnu Taimiyah seperti di atas ini, Al-Hafizh Abu Sa’id al ‘Ala-i melaknat Ibnu Taimiyah.
SIFAT KEKUFURAN BERBENTUK TASYBIH YANG DITONJOLKAN OLEH IBNU TAIMIYAH
Imam Abu Hayyan al Andalusi dalam tafsirnya yang berjudul An-Nahr Al-Maadd min Al-Bahr Al-Muhith, telah membongkar kekufuran di dalam tulisan-tulisan Ibnu Taimiyah.
Ibnu Taimiyah telah menuturkan keyakinannya bahawa Allah DUDUK di atas ‘Arsy di dalam beberapa kitabnya:
- Majmu’ al Fatawa, (juz IV, hlm. 374),
- Syarh Hadith An-Nuzul, (hlm. 66),
- Minhaj As-Sunnah an-Nabawiyyah, (juz I , hlm. 262).
Keyakinan seperti ini jelas merupakan kekufuran. Ia tergolong ke dalam kekufuran Tasybih, iaitu menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya sebagaimana dijelaskan oleh para ulama Ahlus Sunnah.
Perkara-perkara ini juga merupakan bukti bahawa kenyataan Ibnu Taimiyah Mutanaaqidh (Kenyataannya yang sering bertentangan antara satu dengan yang lain). Bagaimanakah beliau boleh beri'tiqad pada satu saat bahawa Allah duduk di atas ‘Arsy. Dan di saat yang lain pula beliau mengatakan Allah duduk di atas Kursi???. Sesungguhnya kursi itu jauh sangat kecil kalau dibandingkan dengan ‘Arsy.
PUNCA BUDAYA TAKFIR (AHLI TAKFIR)
Ibnu Taimiyah adalah penyebab khusus pengkafiran terhadap :
- orang yang ber-tawassul,
- ber-istighatsah dengan Rasulullah dan para Nabi,
- orang yang berziarah ke makam Rasulullah, para Nabi serta para Wali untuk ber-tabarruk.
Wajib diketahui bahawasanya budaya Takfir seperti ini belum pernah terjadi sebelum kemunculan Ibnu Taimiyah. Bahkan Ahli Takfir memberi julukan kepada Syekh ‘Alawi ibn Abbas al Maliki dengan julukan "Thaghut Bab as-Salam" (ini ertinya mereka mengkafirkan Sayyid ‘Alawi), oleh kerana beliau mengajar di sana (di Bab as-Salam, al Masjid al Haram, Makkah al Mukarramah).
PARA ULAMA, AHLI FIQH DAN PARA QADHI YANG MEMBANTAH IBNU TAIMIYAH
Berikut adalah nama-nama para ulama yang hidup sezaman dengan Ibnu Taimiyah (W 728 H) atau pernah berdebat dengannya atau yang hidup setelahnya dan membantah serta menyerang pendapat-pendapatnya. Mereka adalah para ulama dari empat mazhab: Syafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali:
1. Al Qadhi al Mufassir Badr ad-din Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama’ah asy-Syafi’i (W 733 H).
2. Al Qadhi Muhammad ibn al Hariri al Anshari al Hanafi.
3. Al Qadhi Muhammad ibn Abu Bakar al Maliki.
4. Al Qadhi Ahmad ibn ‘Umar al Maqdisi al Hanbali.
Dengan fatwa empat Qadhi (hakim) dari empat mazhab ini, Ibnu Taimiyah dipenjara pada tahun 762 H. Peristiwa ini dihuraikan di dalam kitab "Uyun At-Tawarikh" tulisan Ibnu Syakir al Kutubi dan "Najm Al-Muhtadi wa Rajm Al-Mu’tadi" tulisan Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi.
5. Syeikh Salih ibn Abdillah al Batha-ihi, pimpinan para ulama di Munaybi’ ar-Rifa’i, kemudian menetap di Damaskus dan wafat tahun 707 H. Beliau adalah salah seorang yang menolak pendapat Ibnu Taimiyah dan membantahnya seperti dijelaskan oleh Ahmad al-Witri di dalam kitabnya "Raudhah an-Nazhirin wa Khulashah Manaqib as-Salihin". Al Hafizh Ibnu Hajar al ‘Asqalani juga menuturkan biografi Syeikh Shalih ini dalam "Ad-Durar al Kaminah".
6. Syekh Kamal ad-Din Muhammad ibn Abu al Hasan Ali as-Siraj ar-Rifa’i al Qurasyi dalam Tuffah al Arwah wa Fattah al Arbah. Beliau ini hidup sezaman dengan Ibnu Taimiyah.
7. Qadhi al Qudhah (Hakim Agung) di Mesir: Ahmad ibn Ibrahim as-Surrruji al Hanafi (W 710 H) di dalam "I’tiraadlat ‘Ala Ibn Taimiyah fi ‘Ilm al Kalam".
8. Qadhi al Qudhah (Hakim Agung) mazhab Maliki di Mesir: Ali ibn Makhluf (W 718 H).
Beliau berkata: "Ibnu Taimiyah berkeyakinan Tajsim. Dalam mazhab kami, orang yang meyakini ini telah kafir dan wajib dibunuh”.
9. Asy-Syeikh al Faqih Ali ibn Ya’qub al Bakri (W 724 H). Ketika Ibnu Taimiyah datang ke Mesir, beliau berjumpa dengannya dan mengingkari pendapat-pendapatnya .
10. Al Faqih Syams ad-Din Muhammad ibn ‘Adlan asy-Syafi’i (W 749 H). Beliau mengatakan: "Ibnu Taimiyah berkata: Allah di atas ‘Arsy dengan keberadaan di atas yang sebenarnya. Allah berbicara (berfirman) dengan huruf dan suara".
11. Al Hafizh al Mujtahid Taqiyy ad-Din as-Subki (W 756 H) di dalam beberapa kitabnya:- Al I’tibar Bi Baqa al Jannah Wa an-Nar- Ad-Durrah al Mudliyyah Fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah- Syifa as-Saqam fi Ziyarah Khairi al Anam- An-Nazhar al Muhaqqaq fi al Halif Bi ath-Thalaq al Mu’allaq- Naqd al Ijtima’ Wa al Iftiraq fi Masa-il al Ayman wa ath-Thalaq- at-Tahqiq fi Mas-alah at Ta’liq- Raf' asy-Syiqaq ‘An Mas-alah ath-Thalaq.
12. Al Muhaddith al Mufassir al Usuli al Faqih Muhammad ibn ‘Umar ibn Makki, yang lebih dikenali dengan Ibn al Murahhil asy-Syafi’i (W 716 H). Beliau membantah dan menyerang Ibnu Taimiyah.
13. Al Hafizh Abu Sa’id Salah ad-Din al ‘Ala-i (W. 761 H). Beliau mencela Ibnu Taimiyah sepertimana dijelaskan di dalam kitab "Dzakha-ir al Qashr fi Tarajim Nubala al ‘Ashr" (hlm .32-33) dan kitab tulisan Ibnu Thulun: "Ahadith Ziyarah Qabr an-Nabi SAW".
14. Qadhi al Qudhah (Hakim Agung) di al Madinah al Munawwarah: Abu Abdillah Muhammad ibn Musallam ibn Malik ash-Salihi al Hanbali (W 762 H).
15. Syekh Ahmad ibn Yahya al Kullabi al Halabi yang lebih dikenali dengan Ibn Jahbal (W 733 H). Beliau hidup sezaman dengan Ibnu Taimiyah dan telah menulis sebuah risalah untuk membantahnya, berjudul "Risalah fi Nafyi al Jihah", iaitu menafikan Jihah (arah) bagi Allah.
16. Al Qadhi Kamal ad-Din ibn az-Zumallakani (W 727 H). Beliau telah berdebat dengan Ibnu Taimiyah dan menyerangnya melalui penulisan dua risalah bantahan tentang masalah talak dan ziarah ke makam Rasulullah.
17. Al Qadhi Kamal Shafiyy ad-Din al Hindi (W 715 H), beliau berdebat dengan Ibnu Taimiyah.
18. Al Faqih al Muhaddith ‘Ali ibn Muhammad al Bajiyy asy-Syafi’i (W 714 H). Beliau berdebat dengan Ibnu Taimiyah di dalam empat belas majlis dan berhasil membungkamnya.
19. Al Mu-arrikh al Faqih al Mutakallim al Fakhr Ibn al Mu’allim al Qurasyi (W 725 H) di dalam kitabnya "Najm al Muhtadi wa Rajm al Mu’tadi".
20. Al Faqih Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Ali al Mazini ad-Dahhan ad-Dimasyqi (W 721 H) di dalam dua risalahnya:- Risalah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah fi Mas-alah ath-Thalaq.- Risalah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah fi Mas-alah az-Ziyarah.
21. Al Faqih Abu al Qasim Ahmad ibn Muhammad asy-Syirazi (W 733 H) di dalam kitabnya "Risalah fi ar-Radd ‘Ala ibn Taimiyah".
22. Al Faqih al Muhaddith Jalal ad-Din Muhammad al Qazwini asy-Syafi’i (W 739 H)
23. Surat keputusan resmi yang dikeluarkan oleh Sultan Ibnu Qalawun (W 741 H) untuk memenjarakannya.
24. Al Hafizh Az-Zahabi (W 748 H). Beliau hidup sezaman dengan Ibnu Taimiyah dan telah membantahnya di dalam dua risalahnya :- Bayan Zaghal al ‘Ilm wa ath-Thalab. - An-Nashihah Az-Zahabiyyah.
25. Al Mufassir Abu Hayyan al Andalusi (W 745 H) di dalam Tafsirnya: An-Nahr al Maadd Min al Bahr al Muhith.
26. Syekh ‘Afif ad-Din Abdullah ibn As’ad al Yafi’i al Yamani al Makki (W 768 H).
27. Al Faqih ar-Rahhalah Ibnu Baththuthah (W 779 H) dalam kitabnya "Rihlah Ibn Baththuthah".
28. Al Faqih Taj ad-Din as-Subki (W 771 H) di dalam kitabnya Thabaqat asy-Syafi’iyyah al Kubra.
29. Al Muarrikh Ibnu Syakir al Kutubi (W 764 H): murid Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya: ‘Uyun at-Tawarikh.
30. Syeikh ‘Umar ibn Abu al Yaman al Lakhami al Fakihi al Maliki (W 734 H) di dalam at-Tuhfah al Mukhtarah Fi ar-Radd ‘Ala Munkir az-Ziyarah.
31. Al Qadhi Muhammad as-Sa’di al Mishri al Akhna-i (W 750 H) di dalam al Maqalah al Mardhiyyah fi ar-Radd ‘Ala Man Yunkir az-Ziyarah al-Muhammadiyyah. Buku ini dicetak dalam satu rangkaian dengan Al-Barahin As-Sathi’ah karya Al ’Azami.
32. Syekh Isa az-Zawawi al Maliki (W 743 H) di dalam risalah beliau "Fi Mas-alah ath-Thalaq".
33. Syeikh Ahmad ibn Uthman At-Turkamani Al-Juzajani Al-Hanafi (W 744 H) di dalam "Al Abhats al Jaliyyah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah".
34. Al Hafizh Abd ar-Rahman ibn Ahmad, yang terkenal dengan Ibnu Rajab al Hanbali (W 795 H) di dalam: "Bayan Musykil al Ahadith al Waridah fi Anna ath-Thalaq ath-Thalath Wahidah".
35. Al Hafizh Ibnu Hajar al ‘Asqalani (W 852 H) di dalam beberapa kitabnya:- Ad-Durar al Kaminah fi A’yan al Mi-ah ath-Thaminah- Lisan al Mizan- Fath al Bari Syarh Sahih al Bukhari- Al Isyarah Bi Thuruq Hadith az-Ziyarah
36. Al Hafizh Waliyy ad-Din al ‘Iraqi (W 826 H) di dalam Al Ajwibah al Mardliyyah fi ar-Radd ‘Ala al As-ilah al Makkiyyah.
37. Al Faqih al Mu-arrikh Ibn Qadli Syuhbah asy- Syafi’i (W 851 H) di dalam Tarikh Ibn Qadhi Syuhbah.
38. Al Faqih Abu Bakr al Husni (W 829 H) di dalam kitannya Daf’u Syubah Man Syabbaha Wa Tamarrada Wa Nasaba Dzalika Ila al Imam Ahmad.
39. Pimpinan para ulama seluruh Afrika, Abu Abdillah ibn ‘Arafah at-Tunisi al Maliki (W 803 H).
40. Al ‘Allamah ‘Ala ad-Din al Bukhari al Hanafi (W 841 H). Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan orang yang memanggilnya dengan panggilan Syeikh Al Islam. Ertinya orang yang menyebutnya dengan panggilan Syeikh Al Islam, walaupun dia tahu perkataan dan pendapat-pendapat kufurnya. Perkara ini dituturkan oleh Al Hafizh as-Sakhawi di dalam Adl-Dlau Al Lami'.
41. Syeikh Muhammad ibn Ahmad Hamid ad- Din al Farghani ad-Dimasyqi al Hanafi (W 867 H) di dalam risalahnya Ar-Radd ‘Ala Ibnu Taimiyah fi al I’tiqad.
42. Syeikh Ahmad Zurruq Al Fasi al Maliki (W 899 H) di dalam Syarh Hizb al Bahr.
43. Al Hafizh as-Sakhawi (W 902 H) di dalam Al I’lan Bi at-Taubikh liman Dzamma at-Tarikh.
44. Ahmad ibn Muhammad yang dikenali dengan Ibnu Abd as-Salam al Mishri (W 931 H) di dalam al Qaul an-Nashir fi Raddi Khabath 'Ali ibn Nashir.
45. Al ‘Alim Ahmad ibn Muhammad al Khawarizmi ad-Dimasyqi yang dikenali dengan Ibnu Qira (W 968 H), beliau juga mencela Ibnu Taimiyah.
46. Al Bayyadli al Hanafi (W 1098 H) di dalam Isyarat al Maram Min ‘Ibarat al Imam.
47. Syeikh Ahmad ibn Muhammad al Witri (W 980 H) di dalam Raudlah an-Nazhirin Wa Khulashah Manaqib As-Salihin.
48. Syeikh Ibnu Hajar al Haytami (W 974 H) di dalam kitab-kitabnya:- Al Fatawi al Hadithiyyah- Al Jawhar al Munazhzham fi Ziyarah al Qabr al Mu’azhzham- Hasyiyah al Idhah fi Manasik al Hajj
49. Syeikh Jalal ad-Din ad-Dawwani (W 928 H) di dalam Syarh al ‘Adludiyyah.
50. Syeikh 'Abd an-Nafi’ ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Arraq ad-Dimasyqi (W 962 H) seperti dijelaskan di dalam Dzakha-ir al Qashr fi Tarajim Nubala al ‘Ashr (hlm. 32-33) buah karya Ibnu Thulun.
51. Al Qadhi Abu Abdullah al Muqri di dalam Nazm al-La-ali fi Suluk al Amali.
52. Mulla ‘Ali al Qari al Hanafi (W 1014 H) di dalam Syarh asy-Syifa li al Qadhi ‘Iyadh.
53. Syekh Abd ar-Ra-uf al Munawi Asy-Syafi’i (W 1031 H) di dalam Syarh asy-Syama-il li at-Tirmidzi.
54. Al Muhaddith Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Illan ash-Shiddiqi al Makki (W 1057 H) dalam risalahnya al Mubrid al Mubki fi ar-Radd 'ala ash-Sharim al Munki.
55. Syeikh Ahmad al Khafaji al Mishri al Hanafi (W 1069 H) di dalam Syarh asy-Syifa li al Qadhi ‘Iyadh.
56. Al Muarrikh Ahmad Abu al ‘Abbas al Muqri (W 1041 H) di dalam Azhar ar-Riyadh.
57. Syekh Ahmad az-Zurqani al Maliki (W 1122 H) di dalam Syarh al Mawahib al-Ladunniyyah.
58. Syekh Abd al Ghani an-Nabulsi (W 1143 H) di dalam banyak kitab-kitabnya.
59. Al Faqih ash-Shufi Muhammad Mahdi ibn ‘Ali ash Shayyadi yang terkenal dengan ar-Rawwas (W 1287 H)
60. As-Sayyid Muhammad Abu al Huda Ash-Shayyadi (W 1328 H) dalam Qiladah al Jawahir.
61. Al Mufti Musthafa ibn Ahmad asy-Syaththi al Hanbali ad-Dimasyqi (W 1349 H) di dalam kitabnya An-Nuqul Asy-Syar’iyyah.
62. Mahmud Khaththab as-Subki (W 1352 H) di dalam ad-Din al Khalish atau Irsyad al Khalq Ila ad-Din al-Haqq.
63. Mufti Madinah Asy-Syekh Al Muhaddith Muhammad al Khadlir asy-Syinqithi (W 1353 H) di dalam kitabnya Luzum ath-Thalaq ats-Tsalas Daf’uhu Bi Ma La Yastathi’ al ‘Alim Daf’ahu.
64. Syeikh Salamah al ‘Azami asy-Syafi’i (W 1376 H) di dalam al Barahin as-Sathi’ah fi Radd Ba’dl al Bida’ asy-Sya-i’ah dan beberapa makalah dalam surat kabar Mesir Al Muslim
65. Mufti Mesir Syekh Muhammad Bakhit al Muthi’i (W 1354 H) di dalam karyanya Tathhir al Fuad Min Danas aI I’tiqad
66. Wakil Syeikh al Islam pada Daulah Uthmaniyyah (Dinasti Bani Uthman) Syeikh Muhammad Zahid al Kawtsari (W 1371 H) di dalam beberapa kitabnya:- Maqalat al Kawthari- At-Ta’aqqub al Hathith lima Yanfihi Ibnu Taimiyah mi al Hadith- Al Buhuth al Wafiyyah fi Mufradat Ibnu Taimiyah- Al Isyfaq ‘Ala Ahkam ath-Thalaq
67. Ibrahim ibn Uthman as-Samnudi al Mishri di dalam kitabnya Nushrah al Imam as-Subki Bi Radd ash-Sharim al Munki.
68. ‘Alim Makkah Muhammad al ‘Arabi at- Tabban (W 1390 H) di dalam Bara-ah al Asy’ariyyin Min ‘Aqa-id al Mukhalifin.
69. Syeikh Muhammad Yusuf al Banuri al Bakistani di dalam Ma’arif as-Sunan Syarh Sunan at-Tirmidzi.
70. Syeikh Manshur Muhammad ‘Uwais di dalam Ibnu Taimiyah Laisa Salafiyyan.
71. Al-Hafizh Syekh Ahmad ibn ash-Shiddiq al Ghummari al Maghribi (W 1380 H) dalam beberapa karyanya, di antaranya:- Hidayah ash-Shaghra- Al Qaul al Jaliyy
72. Asy-Syeikh al Muhaddits Abdullah al Ghammari al Maghribi (W 1413 H) di dalam banyak kitabnya. Di antaranya:- Itqan ash-Shan-‘ah Fi Tahqiq Ma’na al Bid’ah
- Ash-Shubh as-Safir fi Tahqiq Shalah al Musafir
- Ar-Rasa-il al Ghammariyyah
73. Al Musnid Abu al Asybal Salim ibn Jindan (W
1969 H) dari Jakarta Indonesia di dalam kitabnya Al Khulashah al Kafiyah fi al Asanid al ‘Aliyah.
74. Hamdullah al Barajuri, ‘Alim Saharnapur dalam al Bashair Li Munkiri at-Tawassul Bi Ahl al Qubur
75. Syeikh Musthafa Abu Sayf al Hamami. Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Ghawth al ‘Ibad Bi Bayan ar-Rasyad. Buku ini mendapat persetujuan dan rekomendasi dari beberapa ulama besar, di antaranya: Syekh Muhammad Sa’id al ‘Arfi, Syekh Yusuf ad-Dajwi, Syekh Mahmud Abu Daqiqah, Syekh Muhammad al Buhairi, Syekh Muhammad Abd al Fattah ‘Inati, Syekh Habibullah al Jakni asy-Syinqithi, Syekh Dasuqi Abdullah al ‘Arabi dan Syekh Muhammad Hifni Bilal.
76. Muhammad ibn Isa ibn Badran as-Sa’di al Mishri
77. As-Sayyid Syekh al Faqih Alawi ibn Thahir al Haddad al Hadhrami.
78. Mukhtar ibn Ahmad al Muayyad al ‘Adzami (W 1340 H) di dalam Jala’al Awham ‘An Madzahib al A-immah al 'Izham Wa at-Tawassul Bi Jahi Khair al Anam ‘Alaihi ash-Salatu Wa as-Salam yang beliau tulis sebagai bantahan terhadap buku Ibnu Taimiyah; Raf' al Malam.
79. Syekh Ismail al Azhari di dalam Mir-at an-Najdiyyah.
80. KH. Muhammad Ihsan dari Jampes Kediri Jawa timur di dalam Kitabnya Siraj ath-Thalibin
81. KH. Muhammad Hasyim Asy’ari (W 1366 H/1947 R), Rais Akbar Nahdlatul Ulama dari Jombang Jawa Timur, dalam kitabnya Risalah Ahlussunnah Wal Jama’ah.
82. KH. Ali Maksum (W 1989 R), Rais ‘am Nahdhatul Ulama IV dari Yogyakarta Jawa Tengah di dalam bukunya Hujjah Ahlussunnah Wal Jama’ah.
83. KH Abu al Fadll bin Abd asy-Syakur, dari Senori Tuban Jawa Timur di dalam kitab-kitabnya, di antaranya: - Al Kawakib al-Lamma’ah fi Tahqiq al Musamma Bi Ahlussunnah Wal Jama’ah
- Syarh al Kawakib al-Lamma’ah
84. KH. Ahmad Abdul Hamid dari Kendal Jawa Tengah di dalam Bukunya ’Aqa-id Ahlussunnah Wal Jama’ah.
85. KH Siradjuddin 'Abbas (W 1401 H/1980 R) di dalam banyak kitabnya:- I’tiqad Ahlussunnah wal Jama’ah- 40 Masalah Agama, jilid IV
86. Tuan Guru KH. Muhammad Zainuddin Abdul Majid ash-Shaulati (W 1997 R) Ampenan Pancor Lombok NTB di dalam bukunya Hizb Nahdhatul Wathan Wa Hizb Nahdhatul Banat.
87. K.H. Muhammad Muhajirin Amsar ad-Dari (W 2003 R) dari Bekasi Jawa Barat di dalam salah satu surat yang beliau tulis.
88. Al Habib Syeikh al Musawa ibn Ahmad al Musawa as-Saqqaf: Penasehat Umum Perguruan Tinggi dan Perguruan Islam Az Ziyadah Klender Jakarta Timur.
89. KH. Muhammad Syafi’i Hadzami: Mantan Ketua Umum MUI Propinsi DKI Jakarta 1990-2000, di dalam bukunya Taudhih al Adillah.
90. KH. Ahmad Makki Abdullah Mahfudz Sukabumi Jawa Barat di dalam bukunya Hishnu as-Sunnah Wal Jama’ah fi Ma’rifat Firaq Ahl al Bid’ah.
91. Syeikh Abdullah Tha'ah. Beliau membantah Ibnu Taimiyah di dalam bukunya Al Fatawa al 'Aliyyah yang beliau tulis pada tahun 1932. Buku ini memuatkan fatwa para ulama, para Imam, pengajar dan para mufti serta para Qadhi di Makkah, yang sebahagiannya berasal dari Indonesia, Thailand dan lain-lain. Mereka mengatakan bahawa Ibnu Taimiyah sesat dan menyesatkan. Berikut adalah nama para ulama yang turut menghadiri majlis pernyataan fatwa tersebut serta menandatanganinya : Sayyid Abdullah–Mufti Madzhab Syafi'i di Makkah, Syeikh Abdullah Siraj–pimpinan para Qadhi dan Kepala para ulama Hijaz, Syeikh Abdullah ibn Ahmad–Qadhi Makkah, Syekh Darwisy–Amin Fatwa Makkah, Muhammad 'Abid ibn Husain–Mufti Madzhab Maliki di Makkah, Syeikh Umar ibn Abu Bakr Aljuneid–Wakil Mufti Madzhab Hanbali di Makkah, Syeikh Abdullah ibn Abba –Wakil Qadhi Makkah, Syeikh Muhammad Ali ibn Husein al Maliki–Seorang Imam dan pengajar di Makkah, Syeikh Ahmad al Qari – Qadhi Jeddah-, Syekh Muhammad Husein – Seorang Imam dan pengajar di Makkah-, Syeikh Mahmud Zuhdi ibn Abdur Rahman – Seorang pengajar di Makkah-, Syeikh Muhammad Habibullah ibn Maayaabi – Seorang pengajar di Makkah-, Syeikh Abdul Qadir ibn Shabir al Mandayli (Mandailing- Sumut) –Seorang pengajar di Makkah-, Syeikh Mukhtar ibn 'Atharid al Jawi (asal Jawa) –Seorang pengajar di Makkah-, Syeikh Sa'id ibn Muhammad al Yamani –Seorang Imam dan pengajar di Makkah-, Syeikh Muhammad Jamal ibn Muhammad al Amir al Maliki –Seorang Imam dan pengajar di Makkah-, Sayyid 'Abbas ibn 'Abdul 'Aziz al Maliki –Seorang pengajar di Makkah-, Syeikh Abdullah Zaydan asy-Syinqithi –Seorang pengajar di Makkah-, Syeikh Mahmud Fathani (asal Thailand) –Seorang pengajar di Makkah, Syeikh Hasanuddin ibn Syekh Muhammad Ma'shum asal Medan Deli-Sumut.
92. Syeikh Ahmad Khathib al Minangkabawi, Seorang Imam Madzhab Syafi'i di Makkah asal Minangkabau Sumatera dalam bukunya al Khiththah al Mardhiyyah.
93. Syekh Muhammad Ali Khathib Minangkabau, Murid Syeikh Ahmad Khathib al Minangkabawi, di dalam kitabnya Burhan al Haqq. Beliau juga telah mengumpulkan para ulama di Sumatera untuk membantah Rasyid Ridha penulis al Manar dan para pengikutnya di Indonesia.
94. Syeikh Abdul Halim ibn Ahmad Khathib al Purbawi al Mandayli, Murid Syekh Mushthafa Husein, pendiri Pon-Pes. al Mushthafawiyyah, Purba Baru, Sumut dalam risalahnya Kasyf al Ghummah yang beliau tulis tahun 1389 H -12/8/1969.
95. Syeikh Abdul Majid Ali (W. 2003) Kepala Kantor Urusan Agama daerah Kubu-Riau, Sumatera, salah seorang ulama kharismatik dan terkenal di daerah tersebut. Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan mengatakan bahawa gurunya Syeikh Abdul Wahhab Panay-Medan mengkafirkan Ibnu Taimiyah.
96. K.H. Abdul Qadir Lubis, pimpinan Pon.Pes. Dar at-Tauhid, Mandailing-Sumut (W. 2003). Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah di sebagian majlisnya.
97. K.H. Muhammad Sya'rani Ahmadi Kudus Jawa Tengah dalam bukunya al Fara-id as-Saniyyah wa ad-Durar al Bahiyyah yang beliau tulis pada tahun 1401 H. Dalam buku ini beliau mengatakan bahawa Ibnu Taimiyah adalah seorang Musyabbih Mujassim (orang yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya dan meyakini bahwa Allah adalah jisim-benda).
98. K.H. Muhammad Mashduqi Mahfuzh, Ketua Umum MUI Jawa Timur dalam bukunya al Qawa'id al Asasiyyah li Ahlissunnah Wal Jama'ah.
99. Syeikh al Muhaddith al Faqih Abdullah al Harari al Habasyi dalam kitabnya al Maqalaat as-Sunniyyah Fi Kasyf Dlalalaat Ahmad ibnu Taimiyah.
RUMUSAN
Akhir kata wahai orang-orang yang mencari kebenaran. Lihat dan amatilah! Bagaimana mungkin kita boleh berpegangan dengan orang (Ibnu Taimiyah) yang dicela oleh sekian ramai para ulama? Para ulama juga telah menjelaskan hakikatnya berserta dengan kesesatan-kesesatannya supaya diwaspadai, dijauhi dan tidak diikuti oleh ummat.
FIKIR-FIKIRKANLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan