*[Kisah Pilu Peristiwa Para Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asyairah) Dibunuh Oleh Puak Hanabilah Yang Mujassimah]*
1. Kali ini ARG Johor akan menampilkan fakta sejarah peristiwa pembunuhan yang dilakukan kaum Hanabilah dan Karamiyyah yang mujassimah kepada beberapa ulama Ahlus sunnah wal Jama’ah.
2. Pembunuhan terhadap al-Imam Abu Bakar Furak al-Asy’ari.
ودعي إلى مدينة غزنة، وجرت له بها مناظرات، وكان شديد الرد على ابن كرام- المجسم – ، ثم عاد إلى نيسابور، فسم في الطريق- أي مات مسموما – ، فمات بقرب بست، ونقل إلى نيسابور، ومشهده بالحيرة يزار، ويستجاب الدعاء عنده
“ Beliau diundang ke kota Guznah, dan terjadilah perdebatan di sana. Beliau orang yang sangat menentang Ibnu Karram (al-Mujassim). Kemudian kembali ke Naisabur. Lalu beliau diracun diperjalanan dan wafat dalam keadaan teracuni. Beliau wafat dekat dengan Bast, dan dipindah ke Naisabur. Masyhad (makam) beliau ada di Hirah dan diziarahi, dan terkabulkan doa di sisi makamnya “ ( Siyar A’lam an-Nubala, adz-Dzahabi : 17/215)
3. Pembunuhan terhadap al-Imam al-Buuri asy-Syafi’i dan jama’ahnya.
Al-Imam Ibnul Atsir bercerita :
وفيها مات البوري الفقيه الشافعي، تفقه على محمد بن يحيى، وقدم بغداد ووعظ، وكان يذم الحنابلة، وكثرت أتباعه، فأصابه إسهال، فمات هو وجماعة من أصحابه، فقيل: إن الحنابلة أهدوا إليه حلوى فمات هو وكل من أكل منها
“ Dan di tahun 567 Hijriyyah, wafatlah ulama ahli fiqih iaitu al-Buuri asy-Syafi’i. beliau belajar fiqih kepada Muhammad bin Yahya. Datang ke Baghdad dan memberi nasihat. Beliau telah mencela kaum Hanabilah (yang mujassimah) di dalam majlisnya dan semakin banyak pengikutnya, lalu beliau terkena sakit perut (keracunan makanan), maka beliau wafat dan beberapa pengikutnya yang bersamanya. Dikatakan bahawa kaum Hanabilah memberikan hadiah manisan kepada beliau, maka beliau wafat dan orang-orang yang ikut makan bersamanya.(Al-Kamil fit Tarikh, Ibnul Atisr)
4. Pembunuhan terhadap al-Imam Fakhruddin ar-Razi.
وتوفى الإمام الرازى سنة 606 من الهجرة ، قيل فى سبب وفاته أنه مات مسموما ، لخلاف بينه وبين الكرامية فى أمور العقيدة حتى كفرهم فسموه ومات بسبب ذلك
“ Imam Fakhruddin ar-Razi wafat tahun 606 Hijriyyah, dikatakan penyebab beliau wafat adalah kerana diracun, disebabkan perseteruan antara beliau dan kaum Karamiyyah dalam perkara akidah, sehingga beliau mengkafirkan mereka dan mereka meracuni beliau hingga wafat “ (Thabaqat al-Mufassirin, ad-Dawudi : 2/215 dan Wafiyat al-A’yan : 4/248)
5. Pembunuhan terhadap Syaikh Marbad bin Hamd at-Tamimi.
Beliau dibunuh di kota Raghbah ketika kembali pulang dari berkunjung ke tempat syaikh ash-Shan’ani dari Shan’a. Dengan keperluan menyedarkan syaikh ash-Shan’ani tentang pujiannya kepada Muhammad bin Abdul Wahhab. Maka syaikh ash-Shan’ani sedar dan menarik kembali pujiannya tersebut.
6. Syaikh Abdullah bin Ali bin Amr Alu Rasyid al-Hanbali,
seorang pembesar ulama madzhab Hanbali. Beliau sempat mengarang kitab bantahan terhadap wahabi dengan judul “ ar-Radd al-Munif fi ar-Radd ‘ala Ali Abdil Lathif “. Dengan sebab ini lah beliau wafat dibunuh pihak Abdul Lathif. (Raudhoh ath-Thalibin : 1/351, bnu Bassam : 5/333)
7. Hakim Uyainah, Ustman bin Mu’ammir.
Beliau dibunuh oleh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya di hari Jum’at selepas sholat jum’at dan masih di dalam masjid di bulan mulia Rajab, dengan tuduhan berkhianat dan murtad. sebagaimana direkod oleh Ibn Ghannam dalam Tarikh Najdnya:
“Ketika umat Islam mengetahui hal itu (pengkhianatan Utsman), maka beberapa orang merancang membunuhnya, di antaranya Hamd bin Rasyid dan Ibrahim bin Zaid. Seusai shalat Jumat, mereka membunuh Utsman di tempat shalatnya di dalam masjid pada bulan Rajab tahun 1163 H.” (Tarikh Najd, 103)
8. Dan masih banyak lagi para ulama Ahlus sunnah yang menjadi korban pembunuhan kaum Mujassimah. Bahkan ribuan kaum muslimin pun turut serta dibunuh oleh mereka. Dengan ini, ARG menggesa kerajaan Johor supaya lebih serius memantau mana-mana penceramah agama yang cuba membenarkan dan membela ajaran mujassimah di bumi Johor ini.
9. Kegagalan kita dalam membendung perkara ini akan menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan yang tidak aman dan sentiasa dalam perbalahan.
Nota: Al-Karamiyyah adalah pengikut Ibnu Karram, di antara akidahnya adalah meyakini Allah berada di atas langit. Berdoa mengangkat tangan ke langit adalah bukti kuat Allah ada di langit dakwa mereka. Mereka juga meyakini Dzat Allah memiliki materi, jisim dan anggota. Allah bersemayam di Arsy dengan semayam sentuhan. Allah memiliki batasan, arah, tempat dan ukuran. Lihat kitab al-Farq bainal Firaq dan al-Milal wa an-Nihal.
Disediakan oleh:
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor *(ARG Johor)*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan