*Ibn Taymiyyah Mencela Sahabat Rasulullah ﷺ ; Abdullah Bin Umar
Ibn Taymiyyah al-Harrani mengatakan dalam kitabnya Iqtidha’ Sirath al-Mustaqeem, halaman 389-390, Dar al-Makrifah, Beirut-Lubnan :
فأما قصد الصلاة في تلك البقاع التي وصلى فيها اتفاقا فهذا لم ينقل عن غير ابن عمر من الصحابة بل كان أبو بكر وعمر وعثمان وعلي وسائر السابقين الأولين من المهاجرين والأنصار يذهبون من المدينة إلى مكة حجاجا وعمارا أو مسافرين ولم ينقل عن أحد منهم أنه تحرى الصلاة في مصليات النبي صلى الله عليه و سلم
ومعلوم أن هذا لو كان عندهم مستحبا لكانوا إليه أسبق فإنهم أعلم بسنته وأتبع لها من غيرهم وقد قال صلى الله عليه و سلم عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة
وتحري هذا ليس من سنة الخلفاء الراشدين بل هو مما ابتدع وقول الصحابي وفعله إذا خالفه نظيره ليس بحجة فكيف إذا انفرد به عن جماهير الصحابة
وأيضا فإن تحري الصلاة فيها ذريعة إلى اتخاذها مساجد والتشبه بأهل الكتاب مما نهينا عن التشبه بهم فيه وذلك ذريعة إلى الشرك بالله
“ Adapun melakukan solat di tempat yang disolatkan oleh Baginda di situ secara kesepakatan, maka ini tidak dinukilkan oleh sesiapapun melainkan ibn Umar dalam kalangan sahabat. Bahkan Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman dan seluruh golongan terawal dari kalangan al-Muhajirin dan al-Ansar yang pergi dari Madinah ke Makkah dalam keadaan melakukan haji, umrah atau dalam pemusafiran, tiada dinukilkan daripada mereka bahawa mereka mencari-cari tempat-tempat solat yang dilakukan oleh nabi di situ. Maka maklumnya, jika perkara ini digalakkan, sudah tentu mereka akan berlumba-lumba melakukannya kerana mereka lebih mengetahui tentang sunnah Rasulullah dan merekalah yang paling mengikut sunnah baginda berbanding orang lain. Rasulullah ﷺ bersabda mafhumnya, “ Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rasyidin yang telah diberi petunjuk. Gigitlah dengan geraham kamu sekuat-kuatnya. Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid^ah dan setiap yang bid^ah itu sesat.
*Mencari cari tempat solat seperti ini bukanlah daripada sunnah para Khulafa al-Rashidin bahkan ia adalah perkara baharu yang bid^ah. Maka pendapat sahabat dan perbuatannya jika bercanggah dengan neraca ini maka ia bukanlah hujah. Bagaimana pula jika sahabat tersebut (Abdullah Bin Umar) bersendirian dalam melakukan perkara ini berbanding mejoriti para sahabat yang lain?!!*
Begitu juga jika seseorang itu mencari-cari tempat tersebut untuk bersolat sebagai wasilah untuk menjadikannya masjid (tempat solatnya) dan menyerupai ahlul kitab di mana kita ditegah menyerupai mereka. *Maka perkara yang dilakukannya tersebut adalah salah satu jalan kesyirikan*.”
*Ulasan :*
Rasulullah memuji ibn ^Umar dan menyifatkan beliau sebagai lelaki yang soleh dalam sebuah hadith yang thabit, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepada Hafshah :
إن عبد الله رجل صالح
Mafhumnya : *“Sesungguhnya Abdullah adalah lelaki yang soleh”*. HR al-Bukhari. Makna lelaki yang soleh adalah dia adalah wali daripada wali-wali Allah taala. Setiap orang muslim mengetahui bahawa wali adalah orang yang diredhai Allah taala. Dan wali adalah maksum daripada kekufuran setelah mana thabit baginya kewalian tersebut, maka dia jadi kekasih Allah taala dengan dalil hadith qudsi :
مَن عاد لي وليا فقد آذنته بالحرب
Mafhumnya, _“Sesiapa yang memusuhkan wali maka Aku isytiharkan perang kepadanya (Aku akan membinasakannya)”_intaha.
al-Hafiz ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Baari, jilid 2 halaman 235, setelah menyebut hadith lain dengan tema yang sama, kemudian beliau berkata:
وَمُحَصِّلُ ذَلِكَ أَنَّ اِبْن عُمَر كَانَ يَتَبَرَّكُ بِتِلْكَ الْأَمَاكِنِ ، وَتَشَدُّدُهُ فِي الِاتِّبَاعِ مَشْهُور
_“Kesimpulannya daripada perkara tersebut bahawa ibn ^Umar pernah bertabarruk dengan tempat-tempat tersebut dan ketegasannya dalam mengikut Rasulullah adalah sangat masyhur”_intaha.
Kemudian kata al-Hafiz ibn Hajar :
فَهُوَ حُجَّةٌ فِي التَّبَرُّكِ بِآثَارِ الصَّالِحِينَ
_"Maka hal tersebut menjadi hujjah (dalil) boleh bertabarruk dengan peninggalan orang-orang yang soleh"._intaha
Wahai pengikut ibn Taymiyyah, adakah kalian boleh redha dengan pembid^ahan dan penyesatan ibn Taymiyyah terhadap sahabat nabi Abdullah bin Umar al-Khattab radhiAllahu Anhuma??!
Faedah :
Sabda Rasulullah ﷺ :
لا تسبوا أصحابي فلو أن أحدكم أنفق مثل أحد ذهبا ما بلغ مد أحدهم ولا نصيفه
_“Jangan kamu mencela sahabat-sahabatku. Sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebanyak gunung uhud pun, tetap juga tidak menyamai satu cupak atau setengah cupak sedekah yang dibelanjakan sahabat-sahabat Nabi (kerana keikhlasan mereka)”._ HR al-Bukhari.
Disediakan oleh:
Kajian Ilmiah Ahlis Sunnah (KIAS)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan