TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 16 Oktober 2016

MELURUSKAN SYUBHAT WAHABI TENTANG MAKNA JAMAAH


[MELURUSKAN SYUBHAT WAHABI TENTANG MAKNA JAMAAH]

Dalam beberapa tulisan kami yang lepas telah dijelaskan bahwa di antara tanda-tanda Ahlussunnah Wal-Jamaah adalah jumlah anggotanya yang merupakan majoriti umat Islam bersesuaian dengan makna dari kalimat al-jama’ah. Hal tersebut didasarkan pada dua hujah;

Pertama, secara bahasa jamaah atau jama’ memang bermakna banyak. Seseorang itu jika bersendirian, tidak dikatakan banyak atau berjamaah. Dalam kitab-kitab Kamus Bahasa Arab dijelaskan bahawa makna jamaah secara bahasa adalah sekumpulan apa sahaja dan jumlahnya banyak (‘adadu kulli syay’in wa katsratuhu). (Lihat: Ibnu Manzhur, Lisan al-‘Arab, juz 8, hal. 53; dan al-Zabidi, Taj al-‘Arus min Jawahir al-Qamus, juz 1, hal. 5167.).

Kedua, dalil-dalil hadits yang menjelaskan bahawa golongan yang selamat adalah al-sawad al-a’zham, iaitu ,majoriti umat Islam. Hadits-hadits ini tidak dapat dijawab dan dibantah oleh kaum Wahabi. Alhamdulillah, Allah membuktikan kebenaran Ahlussunnah Wal-Jamaah dengan dalil-dalil yang kuat dan tidak terbantahkan.
Akan tetapi, sebahagian ustadz Wahabi untuk membenarkan ajarannya yang menyimpang dan tidak sesuai dengan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, selalu mencari-cari syubhat untuk menolak dan mengingkari hadits-hadits shahih. Di antara syubhat yang dijadikan sandaran oleh kaum Wahabi adalah atsar dari Ibnu Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu yang berupa:

عن عمرو بن ميمون ، قال : قدم علينا معاذ بن جبل على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فوقع حبه في قلبي ، فلزمته حتى واريته في التراب بالشام ، ثم لزمت أفقه الناس بعده عبد الله بن مسعود ، فذكر يوما عنده تأخير الصلاة عن وقتها ، فقال : « صلوها في بيوتكم ، واجعلوا صلاتكم معهم سبحة » . قال عمرو بن ميمون : « فقيل لعبد الله بن مسعود : » وكيف لنا بالجماعة ؟ « فقال لي : » يا عمرو بن ميمون ، إن جمهور الجماعة هي التي تفارق الجماعة ، إنما الجماعة ما وافق طاعة الله وإن كنت وحدك
Amr bin Maimun berkata: “Mu’adz bin Jabal datang kepada kami pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu hatiku mencintainya. Maka aku tidak pernah meninggalkannya hingga aku memakamkannya di Syam. Kemudian, aku tidak pernah meninggalkan seorang yang paling faqih sesudahnya, iaitu Abdullah bin Mas’ud. Pada suatu hari diceritakan kepada beliau tentang penundaan shalat dari waktunya (yang dilakukan oleh para penguasa). Maka beliau berkata: “Shalatlah kalian di rumah kalian dan jadikan shalat kalian bersama mereka sebagai shalat sunnah.” Amr bin Maimun berkata: “Lalu Abdullah bin Mas’ud ditanya: “Bagaimana dengan shalat berjamaah kami?” Ia berkata kepadaku: “Wahai Amr bin Maimun, sesungguhnya majoriti jamaah yang meninggalkan jamaah. Jamaah itu hanyalah sesuatu yang sesuai dengan ketaatan kepada Allah walaupun kamu seorang diri.”

Atsar ini diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (juz 1 hlm 138 [220]), al-Lalaka’iy dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah (juz 1 hlm 82 [160]) dan al-Mizzi dalam Tahdzib al-Kamal (juz 22 hlm 264).

Menurut kaum Wahabi, dalam atsar di atas, Abdullah bin Mas’ud menjelaskan bahawa Jama’ah itu golongan yang sesuai dengan ketaatan kepada Allah walaupun seorang diri. Kerana itu walaupun Wahabi jumlahnya minoriti, masih boleh dikira masuk sebagai kelompok Ahlussunnah Wal-Jamaah selama mana ajarannya sesuai dengan kebenaran.

Ada beberapa catatan berkaitan atsar di atas:

Pertama, atsar tersebut sanadnya dha’if. Dalam sanad al-Lalaka’iy terdapat perawi Hammad bin Nu’aim al-Khuza’iy, seorang perawi jujur tetapi banyak melakukan kekeliruan. Sedangkan dalam sanad al-Thabarani terdapat perawi yang majhul (tidak diketahui kredibilitinya) dan perawi Ibnu Tsauban yang mengandungi kelemahan. Demikian kesimpulan dari takhrij Ustadz Wahabi sendiri dalam terbitan Dar al-Hadits, Mesir.

Kedua, seandainya atsar tersebut shahih atau hasan, atsar tersebut tidak dapat dijadikan pembenaran terhadap ajaran kelompok Wahabi yang minoriti kerana beberapa alasan:

a) Atsar tersebut konteksnya adalah masalah furu’iyah amaliyah yang berkaitan dengan shalat berjamaah, bukan masalah akidah. Sebagaimana dimaklumi dalam kitab-kitab akidah, perbezaan aliran-aliran dalam Islam itu konteksnya masalah ushuliyah, bukan masalah furu’iyah.

b) Jika diamati dengan teliti, makna jamaah dalam atsar tersebut mengarah pada pahala shalat berjamaah di awal waktu. Dalam atsar tersebut dijelaskan bahawa para penguasa yang merupakan imam shalat berjamaah pada masa-masa itu selalu mengakhirkan shalat dari awal waktu, dan hal itu kemudian diikuti oleh jamaahnya. Oleh kerana itu, Sayyidina Ibnu Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu menjelaskan, bahawa orang yang mengerjakan shalat di awal waktu di rumahnya tidak dianggap keluar meninggalkan pahala berjamaah, bahkan sesuai dengan jamaah atau mendapatkan pahala shalat berjamaah. Mengapa? Mengerjakan shalat di awal waktu itu hukumnya sunnah dan sangat dianjurkan, sedangkan shalat berjamaah itu hukumnya sunnah. Mengakhirkan shalat sampai ke akhir waktu hukumnya tidak boleh. Sedangkan orang tersebut tidak mengerjakan shalat berjamaah pada awal waktu, kerana ada alasan yang dapat diterima (uzur syar’iy).

Disediakan oleh:

Muhammad Idrus Ramli
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan