TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 16 Oktober 2016

UMAT ISLAM DI MALAYSIA BOLEH BERSATU HANYA PADA SATU FIRQAH SAHAJA.


UMAT ISLAM DI MALAYSIA BOLEH BERSATU
HANYA PADA SATU FIRQAH SAHAJA.
.
Kenapa firqah?
.
Sebab firqahlah umatku berpecah belah. Semua dalam firqah ini mengerjakan RUKUN Islam dan Iman serta mengerjakan haji ke Mekah, tidak masuk langsung cerita orang kafir.
.
Lihat hadis ini ;
.
Bersabda Nabi Muhammad SAW: ” Bahwasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah ummatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka kecuali satu ”. Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: ” Siapakah yang satu itu Ya Rasulallah? ” Nabi Muhammad SAW menjawab: ” Yang satu itu ialah orang yang berpegang ( beri’tiqad ) sebagai peganganku ( i’tiqadku ) dan pegangan sahabat-sahabatku ” ( Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, lihat Sahih Tirmidzi juz X halaman 109 ).
.
Tersebut dalam Kitab “ Bugyatul Mustarsyidin”. Karangan Mufti Syeikh Sayed Abdurrahman bin Muhammad bin Hussein bin Umar, yang dimasyhurkan dengan gelaran Ba’Alawi, pada halaman 398. Cetakan Mathba’ah Amin Abdul Majid Kahirah ( 138 H ), bahawa 72 firqah yang sesat itu berpokok pada 7 firqah, iaitu:
.
1.Kaum Syi’ah ======== 22 aliran
2.Kaum Khawarij======= 20 aliran
3. Kaum Muktazilah===== 20 aliran
4. Kaum Murjiah======== 5 aliran
5.Kaum Najariah======== 3 aliran
6.Kaum Musyabbihah==== 1 aliran
7.Kaum Jabariah=======   1 aliran
.
Jumlah 72 Firqah Ditolak.
.
Kalau ditambah dengan SATU aliran lagi dengan Ahlussunnah Wal Jama'ah cukup menjadi 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh Nabi Muhamamad s.a.w dalam hadis yang di riwayatkan Imam Tarmizi.
Demikian Kitab Bugyatul Mustarsydin.
.
Umat Islam di Malaysia telah berpecah pada 2 iaitu Firqah Ahlussunnah Wal Jama'ah dan Firqah Ibnu Taimiyah ( wahabi ) kebanyakan
pengikutnya tidak mengaku wahabi tetapi realitinya dalam aqidah dan amaliah mereka berfahaman gerakan wahabi beridolakan fahaman ulama bernama Ibnu Taimiyah dan sefaham dengannya. Kaum WAHABI termasuk kaum perlaksanaan dari faham IBNU TAIMIYAH mujassimah. Bukan Ahlu sunnah wal Jamaah. Ini mesti orang awam faham dan wajib faham.
.
Rujukan:(I'ITIQAD AHLUSSAH WAL-JAMA'AH, K.H.Sirajuddin Abbas, Pustaka Aman Press Sdn Bhd Kelantan,m.s.9-10 ).
.
Satu lagi aqidah umat Islam di Malaysia ini sedang rancak berkembang tanpa rasa bersalah dan ganjil begini.
.
BERPEGANG DENGAN MAKNA ZAHIR DARIPADA AYAT AL QURAN DAN HADIS, TANPA TASYBIH, TA'WIL, TA'THIL, DAN TAFWIDH.
.
Rujukan kitab ; (Nurul Furqan, Tafsir al-Quran Berdasarkan Tafsir al-Jalalain, cetakan Unit Terjemahan Telaga Biru Sdn. Bhd, m.s. 15 )
.
Pendapat Golongan Yang Mengatakan Bahawa ALLAH SWT BERTEMPAT DI ATAS ARASY, mempunyai wajah, dua tangan, dua mata, jari-jari dan sebagainya, tetapi semuanya tidak sama dengan makhluk. Mereka berpegang dengan MAKNA ZAHIR daripada ayat dan hadis, tanpa tasybih, ta'wil, ta'thil, dan tafwidh.
.
Inilah pegangan Imam IBNU TAIMIYAH , IBNU AL-QAYYIM dan golongan WAHABI. Mereka mendakwa bahawa inilah pegangan salaf. Mereka juga menggelar diri mereka SALAFIYYAH, di samping menolak semua pendapat lain, menghukumnya salah, sesat, bidaah dan pelbagai gelaran lain yang keji-keji. Puak pelampau dari golongan ini berani mengkafirkan orang yang tidak sama dengan mereka, na'uzubillahi min zalik.
.
Ini lah beza aqidah kita majoriti umat Islam Ahlu sunnah wal Jamaah dengan Wahabi soal aqidah. Aswaja “ Allah wujud Tanpa Tempat” , Wahabi bertempat pakai zahir ayat tidak mahu TAKWIL. Awas kesesatan aqidah TAJSIM dan MUJASSIMAH sedang dilebarkan oleh Wahabi sekarang ini melalui lidah-lidah ustaz mereka.
.
Di Malaysia , satu aqidah Allah Wujud Tanpa Bertempat (Ahlussunnah wal Jama'ah) ikutan aliran Asy'irah bermazhab Syafi'i dan lagi satu lagi aqidah Allah wujud bertempat di langit arash oleh kelompok Ibnu Taimiyah anti mazhab, taqlid berpegang quran dan hadis sahih saja,  bolehkah bersatu.............jawab sendiri.
.
Dalam realiti masalah aqidah tidak mungkin boleh bersatu lihat apa kata hadis. Kalau furu' fiqh boleh. Contoh Imam mazhab yang empat boleh bersatu  berbeza pendapat dan berlapang dada kerana aqidah mereka Allah Wujud Tanpa Bertempat.Tidak mengkafirkan antara satu dengan yang lain.
.
Kalau aqidahnya lain seperti Allah di langit  ( wahabi) boleh kah bersatu umat? Jawapan TIDAK. Kerana  ada macam-macam firqah seperti firqah wahabi versi Ibnu Taimiyah, Neo Khawarij versi I.S di Syria, Wahabi Arab Saudi, Wahabi Mesir, Wahabi Teluk, Wahabi Lubnan, Wahabi Indonesia tak ketinggalan juga Wahabi Malaysia menapulasi subjek bidah dan perbezaan pendapat untuk menambahkan pengikut  seolah-olah ULAMA sebelum Ibnu Taimiyah tidak pandai ikut sunnah dan beramal dengan hadis dhaif didakwakan palsu kononnya. Inilah pokok menjahanamkan  perpaduan akibat salah pilih firqah yang benar. Bukan mencari keredhaan Allah,tetapi mencari aib ulama muktabar dalam beramal kerana ulama bukan maksom dalam melebarkan fahamannya. Ulama yang boleh di ikuti mereka serupa al quran Ibnu Taimiyah manakala al sunnahnya ulama Ibnu Qayyim dengan slogan kembali kepada al Quran dan al Sunnah menolak ijma', qias, mazhab, taqliq dan lain-lain lagi.
.
Generasi tua Malaysia mungkin beraqidah Allah Wujud Tanpa Tempat. Malangnya Di Tanah Melayu fahaman Wahabi ini pada mulanya dikenali sebagai Kaum Muda. Paling awal muncul di Singapura yang dibawa oleh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki pada tahun 1869.

Oleh sebab mendapat tentangan yang hebat dari Ahli Sunnah Waljamaah, pendukung Kaum Muda ketika itu Syed Syeikh al-Hadi mengubah haluan penyebaran mereka ke Melaka.

Tentangan demi tentangan sehingga tidak dapat ditepis lagi menyebabkan beliau kemudian berhijrah ke Pulau Pinang.

Gerakan Kaum Muda ini menarik nafas lega apabila Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis pada tahun 1959 mengakui kedudukan " Ahlu Sunah Wal Jamaah " berdasarkan ketentuan pada tahun 1963 bahawa setiap fatwa hendaklah berdasarkan al-Quran dan al-Sunah dan bukannya ajaran Mazhab.

Keputasan ini secara tidak langsung memberi KREDIT kepada fahaman Kaum Muda yang menolak MAZHAB disinilah benih semaian perpecahan BERMULA tanpa disedari, dibaja pula oleh pendukungnya pemerintah Saudi morden.
.
Diburukkan lagi fakta ini. Walaupun Muktamar OIC terakhir di Makkah merasmikan keputusan Majmak al-Fiqh di bawahnya yang berpusat di Jeddah dan sebelumnya Majma’a al-Buhuth Al Islamiyyah di-Mesir mengisytiharkan lapan mazhab yang lahir dalam kalangan umat Islam yang diiktiraf bernama Islam. Lima daripada Sunni: Hanafi, Maliki, Syafi’e, Hanbali dan Zahiri, (tanpa menyebut mazhab yang terdahulu di kalangan sahabat dan tabe’in). Dua daripada Syi’ah: Imamiyyah (Ja’afariyyah) dan Zaidiyyah dan satu mazhab Khawarij, iaitu Ibadiyyah.
.
Lihat bagaimana firqah sesat yang 72 itu tumpang sekaki mendakwa diri mereka pun Ahlussunnah Wal Jama'ah, manakala aqidahnya yang 72 itu berbeza dengan majoriti umat Islam. INILAH PERPECAHAN BUKAN RAHMAT.
.
Halatuju Malaysia kalau mahu perpaduan pihak agamawan yang berauthoriti jangan bagi muka pada firqah yang lain dari Ahlussunnah wal Jamaah, kenapa? Sebab untuk menjadikan umat Islam Malaysia berfiqah Ahlussunnah wal jamaah aliran Asy'irah bermazhab Syafi'i satu firqah saja. Kalau firqah mujassimah di terima juga lihatlah kehancuran umat Islam berpecah.
.
Terkini kes bai'ah dan ta'liq banyak pendapat sehingga nak menetapkan hukum pun susah kalau pendapat Ibnu Taimiyah al mujassimah ini di ambil kira yang berlawanan dengan ijma' ulama mazhab yang empat.
.
Jangan bagi ruang kitab-kitab mesra dan tegar wahabi di kedai-kedai buku agama kerana buku agama tiada kawalan. Pusat pengajian tinggi pun telah diresap oleh fahaman Ibnu Taimiyah.Risau graduan dengan usrah berfirqah bukan firqah Ahlussunnah Wal Jamaah matlamat akhir kita kalau mahu perpaduan bukan perpecahan umat Islam Malaysia dengan satu aqidah yang benar dari Nabi SAW . amin...
.

Wallah wa'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan