TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 16 Oktober 2016

Di sebalik Ibnu Taimiah siri 6: Pencerahan Buat Ustaz Mashadi Masyuti


[Di sebalik Ibnu Taimiah siri 6: Pencerahan Buat Ustaz Mashadi Masyuti]

1. ARG Johor ada diberikan satu penulisan dari Ustaz Mashadi Masyuti yang memuji muja Syaikh Ibn Taimiyah. Rujuk:https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=524850664372336&id=302084166648988 hal ini menurut ARG ia merupakan pandangan peribadi dan hak Ust Mashadi Masyuti untuk memuji muja Ibn Taimiyah kerana memang dalam sejarah Islam wujudnya para ulama yang memuji Ibn Taimiyah. Walaupun pujian para ulama terhadap Ibn Taimiyah itu perlu diteliti satu persatu kerana sejarah Ibn Taimiyah penuh kontroversi dan memang ramai ulama yg memujinya namun ada yg menarik pujian, ada yg memuji dan terus mengkritik, ada yg memuji kerana sangka baik taubatnya dan macam-macam ragam lagi dalam hal ini.

2. Namun apabila Ustaz Mashadi Masyuti memuji Ibn Taimiyah dengan rentak tarian iaitu memuji melangit pada Ibn Taimiyah sambil mencela majoriti ulama-ulama ahli sunnah yg lain, ia satu perkara yg amat buruk, jika dalam penulisan yg lepas ustaz mashadi masyuti mencela ulama mesir katanya penjilat pemerintah, kali ini ARG tidak boleh terus menerus membiarkan majoriti ulama silam dihina oleh ustaz mashadi masyuti hanya kerana majoriti ulama sezaman dgn Ibn Taimiyah mencela Ibn Taimiyah. Ini sedikit petikan celaan ust mashadi masyuti terhadap majoriti ulama sezaman dgn ibn taimiyah:

"Sebab itulah tidak hairan ramai ulama sezamannya yang dengki dengan sifat imamah yang di miliki oleh Imam Ibnu Taimiah"

dan

"Pujian2 Ulama atas keilmuan Imam Ibnu Taimiah tertulis dalam banyak kitab2 sejarah melainkan mereka yang masih tersimpan dengki dari kalangan Rafidah dan Muktazilah dan Hululiah dan seumamanya"

3. Ust Mashadi membawa nama-nama ulama seperti Ibn Abd Hadi, Ibn Hajar Al-Asqalani, As-Subki dan Zamlakani. Kita tidak perlu membahaskan penilaian Ibn Abd Hadi terhadap Ibn Taimiyah kerana ia bukan ulama Asyairah dan memang maklum dlm sejarah ibn Abd Hadi merupakan murid paling setia pd Ibn Taimiyah.

4. Pertama, memang benar puji-pujian oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani kepada Ibn Taimiyah dalam kitabnya  Durur al-Kaminah. tetapi satu perkara yg perlu di ambil tahu ialah, di dalam kitab yang sama Ibn hajar menceritakan kisah taubatnya Ibn taimiyah dari permasalahan akidah. Apabila membaca keseluruhan kisah ini, kita akan memahami bahawa pujian Ibn hajar kepada ibn Taimiyah kerana sangka baik Ibn Hajar bahawa Ibn Taimiyah sudah bertaubat. Jika ust mashadi tidak bersetuju bahawa Ibn taimiyah bertaubat, itu juga pandangan sekelompok ulama, namun disisi Ibn Hajar, Ibn taimiyah memang bertaubat. ini kisah yg diriwayatkan oleh Ibn hajarhttps://jundumuhammad.com/2011/07/28/riwayat-taubatnya-ibnu-taimiyyah-dari-aqidah-tajsim/

5.Kedua, Ust Mashadi mengatakan bahawa ibn zamlakani pada awalnya mencela ibn taimiyah kemudian memujinya setelah melihat kehebatannya.Kenyataan ust Mashadi Ini, perkara yg keliru atau sekadar hanya mencedok dari sumber penulisan wahabi tanpa membaca tuntas penjelasan ibn hajar, wallahualam. ibn Zamlakani memang ada memuji Ibn taimiyah pada awalnya, namun akhirnya ibn zamlakani berpaling dari ibn taimiyah seperti mana Ibn Hajar dalam ad Durar al.Kaminah (I/150) menceritakan tentang ash Shofadi, murid Ibn Taimiyyah dan juga murid Ibn Katsir, yang menyenaraikan nama-nama kitab karangan Ibn Taimiyyah dan ulama yang memujinya. Beliau menulis:

وسرد أسماء تصانيفه في ثلاثة اوراق كبار واورد من امداح اهل عصره كابن الزملكاني قبل ان ينحرف عليه وكابي حيان كذلك وغيرهما

"Ash Shafadi menyenaraikan kitab-kitab Ibn Taimiyyah dalam tiga kertas besar dan mendatangkan didalamnya pujian-pujian ulama semasanya seperti Ibn Zamlakani sebelum berpaling darinya dan Abu Hayyan yang juga demikian dan selainnya"

6. ketiga, Ust mashadi mengatakan bahawa Imam As-Subki pada awal mencela namun kemudian memuji ibn taimiyah setelah melihat kehebatan beliau. dalam hal ini ARG Johor tidak pasti As-Subki mana yang dimaksudkan oleh ust mashadi, ini kerana 2 as subki yang benar-benar masyhur dalam mazhab syafie dan menjadi jaguh dalam bidang hadith ialah Syaikhul Islam Taqiyudin As-subki dan anaknya Al-hafidz Tajudin As subki. jika lihat pada teks yg dilampirkan oleh ust mashadi, ia nampaknya bukan dtg dari dua as subki yg masyhur tersebut, ia adalah Syaikh bahaudin As-Subki, anak juga kepada Taqiyudin As-subki.

ﺑﻬﺎﺀ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺍﻟﺴﺒﻜﻲ ‏( 773-719 ﻫـ، -1319 1372 ﻡ ‏) . ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻜﺎﻓﻲ ﺑﻦ ﺗﻤﺎﻡ ﺍﻟﺴﺒﻜﻲ . ﻳﻠﻘﺐ ﺑﺒﻬﺎﺀ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻭﻳﻜﻨﻰ ﺑﺄﺑﻲ ﺣﺎﻣﺪ . ﺃﺧﺬ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻋﻦ ﺃﺑﻴﻪ ﺷﻴﺦ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺗﻘﻲ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺃﺑﻲ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﻭﻋﻦ
ﺍﻷﺻﻔﻬﺎﻧﻲ ، ﻭﺍﺑﻦ ﺍﻟﻘﻤﺎﺡ، ﻭﺃﺑﻲ ﺣﻴﺎﻥ . ﺗﻮﻟﻰ ﺍﻟﺘﺪﺭﻳﺲ ﺑﺎﻟﻤﻨﺼﻮﺭﻳﺔ ، ﻭﺍﻟﺠﺎﻣﻊ ﺍﻟﻄﻮﻟﻮﻧﻲ، ﻣﻜﺎﻥ ﺃﺑﻴﻪ ﺣﻴﻦ ﺗﻮﻟﻰ ﻗﻀﺎﺀ ﺍﻟﺸﺎﻡ ، ﻭﺗﻮﻟﻰ ﺗﺪﺭﻳﺲ
ﻣﺬﻫﺐ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺑﺎﻟﻤﺸﻬﺪ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ، ﻭﺑﺠﺎﻣﻊ ﺍﻟﺤﺎﻛﻢ . ﻭﺗﻮﻟﻰ ﺍﻟﻘﻀﺎﺀ ﺃﻳﻀًﺎ ﺑﺎﻟﺸﺎﻡ ﻋﻮﺿﺎ ﻋﻦ ﺃﺧﻴﻪ ﺛﻢ ﻋﻬﺪ ﺇﻟﻴﻪ ﺑﻘﻀﺎﺀ ﻣﺪﻳﻨﺔ ﺍﻟﻌﺴﻜﺮ ﻭﺍﻹﻓﺘﺎﺀ ﺑﺪﺍﺭ ﺍﻟﻌﺪﻝ، ﻭﺍﻟﺨﻄﺎﺑﺔ ﺑﺎﻟﺠﺎﻣﻊ ﺍﻟﻄﻮﻟﻮﻧﻲ . ﻛﺎﻥ ﻏﺎﻟﺐ ﺃﻫﻞ
ﻣﺼﺮ ﻳﺤﺒﻮﻧﻪ ﻟﻤﺎ ﻋﺮﻑ ﻋﻨﻪ ﻣﻦ ﺳﻌﺔ ﻋﻠﻢ ﻭﺇﺣﺴﺎﻥ ﻭﻛﺜﺮﺓ ﻋﻄﺎﺀ ﻟﻠﻤﺤﺘﺎﺟﻴﻦ . ﻛﺎﻥ ﻛﺜﻴﺮ ﺍﻟﺤﺞ ﻭﺍﻟﻤﺠﺎﻭﺭﺓ ﻟﺒﻴﺖ ﺍﻟﻠﻪ . ﺗﻮﻓﻲ ﺑﻤﻜﺔ ﺍﻟﻤﻜﺮﻣﺔ . ﻣﻦ ﻣﺆﻟﻔﺎﺗﻪ ﻋﺮﻭﺱ ﺍﻷﻓﺮﺍﺡ ﺷﺮﺡ ﺗﻠﺨﻴﺺ ﺍﻟﻤﻔﺘﺎﺡ ﻭﻫﻮ ﻛﺘﺎﺏ ﻓﻲ ﺍﻟﺒﻼﻏﺔ ﺑﻌﻠﻮﻣﻬﺎ ﺍﻟﺜﻼﺛﺔ

Jika yg dimaksudkan Taqiyuddin as Subki pernah.mentohmah Ibn Taimiyyah, kemudian memujinya setelah mendapat teguran adz Dzahabi, tetapi dalam karya-karya beliau terakhir, setelah wafatnya adz Dzahabi beliau kembali mentohmah dan melaknat Ibn Taimiyyah, seperti terlihat jelas dalam kitab kritikan beliau kepada Ibn Qayyim, anak murid Ibn Taimiyyah, as Saif ash Shaqil.

7. Hal ini bukan ganjil kerana murid ibn taimiyah yg lainnya seperti Az Zahabi juga seperti  dikhabarkan Al-hafiz as sakhawi, syaikh zahid al kautsari, dan pentahqiq-pentahqiq manuskrip seperti Dr Solahuddin Al Munajjid dan Dr Basyar Awad ma’ruf pada akhirnya az zahabi mengkritik tajam pada ibn taimiyah. Boleh baca kritikan az zahabi terhadap ibn taimiyah disini https://jundumuhammad.com/2011/02/21/nasehat-adz-dzahabi-terhadap-ibn-taimiyah-bukti-pengakuan-seorang-murid-bagi-kesesatan-sang-guru/

8. Berkenaan dakwaan ust mashadi masyuti bahawa tidak ada ulama pada zaman ibn taimiyah yang boleh mengalahkan ibn taimiyah, ia hanya pendapat minoriti anak-anak murid ibn taimiyah, sedangkan jika dilihat ulasan majoriti ulama seperti mana ulasan imam tajudin as subki dlm tabaqat syafiiyah al kubra mengulas perdebatan ibn taimiyah dan al hindi, bahawa ibn taimiyah tidak konsisten dlm debat dan sering keluar skop perdebatan. Juga fakta bahawa ramai anak murid ibn taimiyah yg berpaling dari beliau seperti as shafadi dan lain-lain serta fatwa majoriti ulama zaman itu dan akhirnya setelah mengambil kira semua pandangan, ulil amri dizaman itu yg menurut ust mashadi kasihkan ibn taimiyah bersetuju ibn taimiyah dipenjarakan hingga mati dalam penjara.

9. Penulisan ini bukan untuk menghina Ibn taimiyah, tetapi ia sekadar membetulkan fakta dimana ust mashadi telah dilihat banyak tersilap kerana disyaki hanya membaca penulisaan pengkagum ibn taimiyah tanpa membaca jawapan balas dari pihak yang mengkritik ibn taimiyah dan malangnya kesilapan beliau itu menahtijahkan penghinaan kepada kelompok besar ulama silam dizaman ibn taimiyah.

Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan