TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 16 Oktober 2016

JDT JUARAI ASWAJA


JDT JUARAI ASWAJA

*[Respon Kepada Ustaz Esa Deraman UMED]*

Telah sampai kepada kami, video di facebook penjelasan dari UMED tentang isu larangan mengajar yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor kepada beliau. Kami disini berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada masyarakat kerana video UMED ini sudah tersebar luas. Boleh rujuk video UMED disini:


Perkara yang mahu disentuh disini ialah berkenaan hujah-hujah UMED yang menurut kami ia merupakan satu kekeliruan dan boleh mengelirukan orang awam dari sudut akidah dan fikah.  Sebenarnya banyak lagi isu yang kami ingin tulis. Tetapi kali ini kami akan menjawab 2 isu sahaja secara ringkas memandangkan video yang dikongsikan hanya menyinggung 2 isu ini. Juga selepas ini jika UMED mahu berdialog secara terbuka atau tertutup di jabatan agama dengan para penyelidik kami (ARG) secara ilmiah, kami sedia untuk aturkan  muzakarah/debat ini.

Isu Pertama (solat 4 mazhab campur aduk)

1. UMED mengatakan bahawa solat 4 mazhab dalam satu solat dibenarkan dalam rakaman youtube bahawa setiap rakaat boleh setiap rakaat dengan mazhab yg berlainan https://youtu.be/kq2E5j18kUE?t=30

2. Kemudian dalam penjelasan selanjutnya di video terbaru, UMED mengatakan bahawa hujahnya terdapat dalam tuhfatul murid karya al bajuri dalam bab aimmah.

3. Setelah kami semak karya tersebut ternyata UMED keliru, kerana jelas dalam kitab tersebut al baijuri memaksudkan keharusan bertaklid dengan mana-mana mazhab 4 dan memberi contoh solat mana-mana waktu dengan mazhab yang berlainan, contohnya solat subuh dengan mazhab syafiee, solat zuhor dengan mazhab maliki, ini yang dimaksudkan dengan al baijuri, tetapi UMED mengatakan dalam satu solat boleh solat 4 mazhab dalam 4 rakaat, ini sangat berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh al baijuri dalam tuhfatul murid, tidak cukup dengan itu al baijuri sendiri memberi ta’liq dibawah bahawa keharaman talfiq (campur mazhab dgn cara yg salah). Disini UMED terkeliru dalam memahami ibarat yang ditulis oleh al baijuri dan ini menimbulkan kekeliruan.

4. Kitab tuhfatul murid karya al baijuri ini merupakan kitab syarah kepada kepada jauharatut tauhid iaitu kitab yg mengajarkan akidah asyairah dan maturidiah, objektif utama kitab ini ialah membahaskan bab akidah, sepatutnya apabila merujuk kepada perbahasan fiqh seperti campur mazhab dalam solat UMED perlu merujuk kepada kitab-kitab fiqh yang muktamad dalam mazhab, bukan merujuk kitab akidah sebagai perbahasan utama.

5. contohnya dalam kitab I’anatut Thalibin juz 4 halaman 217-218 jelas mengatakan bahawa jika sengaja mahu pindah mazhab orang awam sekalipun harus tahu amalan secara menyeluruh kerana bimbang terjadi talfiq dan dengan syarat bukan mengambil keringanan (melainkan ada maslahah) kerana menurut pendapat yang paling kuat jika sengaja mengambil keringanan (tasaahul) tanpa sebab hukumnya fasiq.

6. Kami beri contoh, ada qaul dalam mazhab hanafi bahawa tu’maninah bukan menjadi kefardhuan dalam solat, jadi adakah kita bersetuju jika rakaat pertama orang awam guna salah satu qaul hanafi tidak tukmaninah rakaat pertama, kemudian rakaat kedua tukmaninah kerana rukun menurut mazhab syafiee? Apa hasil solat sebegini?

Isu Kedua

1. Berkenaan dengan Kitab Ibn qoyyim UMED telah mengkritik Dr. Zamihan Al Ghari dan boleh lihat disini: https://www.youtube.com/watch?v=v3inAeSZybQ&feature=youtu.be kerana dalaam harian metro Dr Zamihan ada menulis tentang isu kitab Ibn Qoyyim.

2. Dalam video tersebut UMED mengatakan bahawa Dr. Zamihan mengatakan (menulis) “ibn qoyyim sesat dan segala karangannya sesat”.

3. Disini kesalahan besar UMED mendakwa sesuatu perkara yang tidak ditulis oleh Dr. Zamihan dalam harian metro 20 Mei 2014 boleh dilihat screenshotnya disini:


Jelas dalam tulisan beliau ada memuji ibn qayyim iaitu perkataan ini dalam tulisan Dr. Zamihan sendiri:

“Ibnu Qayyim seorang ulama yang diakui memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang, berjasa dalam mengembangkan ilmu tasawuf dalam bentuk yang mudah khususnya melalui kitab beliau seperti Madarik as-Salikin, ad-Da Wa ad-Dawa, Thariq al-Hijratain dan Ighasatul Lahfain.”

4. Seterusnya dalam video terbaru UMED mengatakan bahawa Al Azhar menyanjung tinggi Ibn Qoyyim dengan membawa nama Sheikh Ali Jumuaah, ini sebenarnya adalah diluar konteks perbincangan kerana penulisan Dr. Zamihan adalah berkenaan akidah, bukan bab tasawuf atau muamalat. Sekali lagi UMED silap fakta, kerana dalam tulisan Dr. Zamihan sendiri melampirkan fatwa al azhar tentang kitab ijtima juyush iaitu kitab akidah karangan Ibn Qoyyim yang telah di haramkan oleh Al Azhar sendiri secara rasmi kerana boleh mengelirukan akidah. Berikut petikannya:

Syeikh Usamah al-Azhari pernah ditanya mengenai pendirian al-Azhar terhadap Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim, lalu beliau menjawab:

“Setelah tercetaknya kitab Ijtima al-Juyush al-Islamiyyah karangan Ibnu Qayyim, maka al-Azhar mengadakan suatu persidangan tergempar untuk mengkaji fahaman yang terkandung dalam kitab berkenaan. Akhirnya persidangan membuat kesimpulan setelah penelitian yang mendalam dilakukan. Kitab itu adalah kitab yang sesat dan perlu dijauhi oleh umat Islam.”

Jadi jelas disini ialah pandangan rasmi Al Azhar, bukan pandangan Dr. Zamihan, UMED sepatutnya jujur dalam berkomentar tentang kitab-kitab akidah Ibn Qoyyim disisi Al Azhar. Malah hujah UMED bahawa sheikh ali jum’ah dan Sayid Muhammad Alawi menaqalkan pandangan-pandangan ibn taimyah dalam buku mereka ini juga perlu kepada penjelasan kerana konteks perbahasan mereka berbeza dan sekali lagi UMED silap memahaminya, kami tidak komentar tentang perkara ini buat masa ini kerana sudah mencukupi fakta diatas.

5. UMED kemudian membawa contoh bahawa Imam Yahya Bin Main mendhaifkan Imam Syafie,  ini sekali lagi satu fakta yang tidak matang ketepatannya, kisah itu dalam siyar alam nubala karya imam az zahabi. Kerana jika baca hingga habis pasti kita tahu imam ibn main menarik kembali jarhnya terhadap imam syafie. Kisah ini di sensasikan oleh wahabi bernama al halabi. Akhirnya wahabi yg lain marah pada al halabi kerana membawa isu yg tidak betul ini. Malangnya UMED silap faham atau tidak baca habis isu ini dan akhirnya menggunakan isu ini sebagai hujah membela ibn qoyyim.

6. UMED mengatakan bahawa jarh (kritikan) ulama sezaman tidak boleh diterima, ini juga tidak tepat kerana dalam kes Ibn Taimiyah dan Ibn Qoyyim ulama sezaman yang muktabar dari pelbagai bidang baik disisi pemerintah atau yang bukan dengan pemerintah mengkritik mereka dengan keras, dan perkara ini berjalan terus sehingga ke hari ini dikritik oleh ulama zaman berzaman.

Kesilapan UMED terlalu banyak untuk 2 isu ini, sebenarnya ada banyak lagi isu yang boleh ditulis disini, namun cukup sahaja buat masa ini 2 isu ini. Kesilapan fakta-fakta pada isu lain juga boleh menyebabkan masyarakat keliru. Jika diperlukan kami akan menulis lagi sambungan isu-isu seterusnya.

Sumber :
*Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah*
*Johor Bahru, Johor*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan