TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 16 Oktober 2016

Muktamar 200 Ulama Di Chechnya: Pencerahan Buat Asri Khalid


[Muktamar 200 Ulama Di Chechnya: Pencerahan Buat Asri Khalid]

1. Asri Khalid begitu konsisten sekali dalam memperlekehkan muktamar yang dihadiri oleh 200 ulama yang boleh kita katakan mewakili majoriti umat Islam di dunia ini. Inilah kelompok terbesar ulama zaman berzaman sesuai dengan hadith-haditt nabi yang mengarahkan kita berpegang pada Al-Jamaah (kelompok terbesar). Pembaca boleh baca apa yang dimaksudkan dengan Al-Jamaah disini:https://www.facebook.com/ARG.johor/posts/1231788556852052

2. Pertama, Asri Khalid menggunakan hujah banyak persatuan ulama https://www.facebook.com/mohd.asri.336/posts/1404456942914470yang membantah muktamar tersebut dan Asri Khalid menasihatkan kita supaya tidak taksub.

3. Kedua, Asri Khalid juga sering merujuk tokoh (menurut beliau) seperti kurayyim rajih dan qardawi.

4. Ketiga, Asri Khalid juga kadangkala sering kongsi (share) di wall beliau supaya masing-masing sentiasa berlapang dada dan jangan mudah menyesatkan orang lain. Sekali imbas ia memberi imej yang baik kepada para pembaca beliau seolah-olah beliau seorang yang mu'tadil.

5. Jawapan kami kepada hujah-hujah yang dikongsikan oleh Asri Khalid dan juga sering yang dilemparkan oleh wahhabi ialah syubhat apakah akidah nabi sama dengan akidah asyirah maturidiah, malah ini adalah hujah juga dalam link yang dikongsikan oleh Asri Khalid yang kononnya datang dari 21 pertubuhan. apa yang kami boleh jawab ialah Islam terpecah kepada 72 golongan, dan 1 golongan yang selamat. Bantahan 72 golongan kepada 1 golongan bukan menunjukkan ia adalah betul atau ia adalah majoriti ulama. 1 golongan yg selamat itu adalah majoriti ulama. Syubhat yg mengatakan akidah asyairah ialah akidah yang baru boleh kita bawa penyataan ulama untuk menjelaskannya. Al-Imâm Tajuddin as-Subki (w 771 H) dalam Thabaqât asy-Syâfi’iyyah mengutip perkataan al-Imâm
al-Ma’ayirqi; seorang ulama terkemuka dalam madzhab Maliki, menuliskan sebagai berikut:

“Sesungguhnya al-Imâm Abu al-Hasan bukan satu-satunya orang yang pertama kali berbicara membela Ahlussunnah. Beliau hanya mengikuti dan memperkuat jejak orang-orang terkemuka sebelumnya dalam pembelaan terhadap madzhab yang sangat mashur ini. Dan kerana beliau ini maka madzhab Ahlussunnah menjadi bertambah kuat dan jelas. Sama sekali beliau tidak membuat pernyataan-pernyataan yang baru, atau membuat madzhab baru."

6. Jika masih tidak faham bahawa akidah yang dibawa dan diajarkan oleh Imam Abul Hasan Asy'ari ini bukan akidah yang baru, kami tanya soalan mudah sahaja dan mohon dapat jawab juga dengan mudah tanpa putar belit, soalannya, apakah Qiraat yang dibaca oleh Nabi? sila jawab soalan ini. Jika jawapan anda ialah Qiraat Hafs, maka anda telah meludah ke langit.

7. Kedua, berkenaan dengan kenyataan tokoh qiraat (cara baca Al-Quran) yang sering menjadi rujukan Asri Khalid tersebut, kita boleh bandingkan kenyataan beliau dengan kenyataan para ulama di Muktamar, kenyataan kurayyim jelas berunsurkan takfir dan tabdi'. Jelas sungguh beliau hampir-hampir mengkafirkan 200 ulama yg mewakili majoriti umat islam di dunia ini dengan pernyataan iblis, syiah, pengkhianat, jahil dan lain-lain yang tidak tergamak kami terjemahkan teksnya. Caci maki sebegini tidak layak untuk disampaikan ditengah masyarakat awam yang hidup aman harmoni di Malaysia. sebenarnya kami sudah mengumpulkan tahzir ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada kurayyim rajih, namun atas dasar adab yang diajarkan oleh para ulama, kami tidak mengeluarkan tahzir terhadap beliau oleh ulama aswj syria.

8. Selain Kurayyim Rajih, tokoh yang menjadi rujukan orang yang mencela muktamar seperti asri khalid ini ialah Qardawi. Sesetengah mereka yang jahil mengatakan Qardawi ialah ketua ulama di dunia ini. Ini pernyataan yg sangat keliru kerana Qardawi merupakan ketua PERSATUAN ulama sedunia yang ditubuhkan dan didaftarkan oleh beliau sendiri. Persatuan ini tidak disertai oleh Ulama-ulama kibar Azhar, para habaib juga tidak menyertai persatuan ini, majoriti ulama-ulama hindi (pakistan, india, sri lanka, bangladesh) juga tidak menyertai persatuan ini, majoriti ulama afrika juga tidak sertai persatuan ini, malah ulama-ulama wahabi saudi juga memusuhi persatuan ini (boleh baca celaan ulama saudi disini https://www.firanda.com/index.php/artikel/manhaj/452-pengakuan-syaikh-al-qordowi-ulama-saudi-lebih-paham-dari-pada-dirinya), persatuan terbesar di dunia dengan keahlian rasmi 52 juta ahli, iaitu Nahdatul Ulama Indonesia sendiri tidak merujuk qardawi dalam bahstul masail mereka, ulama-ulama pattani tidak merujuk qardawi dan senarai ini boleh berterusan. sebenarnya majoriti ulama di dunia yg berpengaruh tidak menyertai persatuan ini termasuklah khabar bahawa syeikh abdullah bin bayyah juga menarik diri dari persatuan ini kerana tidak setuju dengan pendirian kesatuan ini yang menjadi salah satu punca pertumpahan darah di tanah arab. Sebenarnya, yg tepat ini adalah persatuan ikhwanul muslimin dan oleh kerana ikhwanul muslimin popular di malaysia, maka nama Qardawi dijulang hingga ada orang jahil menganggap beliau merupakan ketua ulama di dunia ini.

9. Oleh kerana majoriti ulama tidak menyertai persatuan ini, maka logik jika kita lihat senarai yang dikeluarkan oleh think tank raja jordan iaitu The Royal Islamic Strategic Studies Centre (http://rissc.jo/) dan diiktiraf menjadi rujukan seluruh dunia bahawa Qardawi sekadar  menduduki tempat ke 32 dari senarai 500 orang islam berpengaruh dan sheikhul azhar merupakan ulama di tempat yang pertama, menyusul ialah habib umar, syeikh ali jumuah dan lain-lain ulama ASWJ berpengaruh masa kini yang rata-rata mereka menyertai muktamar tersebut. Kenyataan ini bukan mahu menghina Syaikh Qardawi, namun hanya menyampaikan sesuatu fakta, iaitu fakta yang kurang popular dikalangan masyarakat awam Malaysia.

10. Asri Khalid tidak perlu mengaitkan muktamar ini dengan Syiah, kerana jelas pendirian muktamar ini bahawa jalan yang selamat ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu asyairah Maturidiah. Asri Khalid juga harus sedikit rajin dan buat kajian ringkas tentang kesatuan ulama dunia yang Asri Khalid dambakan tersebut, cuba Asri khalid buka rekod siapa pimpinan-pimpinan sebelum ini yg memegang jawatan tinggi di kesatuan itu? ternyata jika Asri Khalid rajin buat semakan akan jumpa sebelum-sebelum ini yang menjadi naib presiden kesatuan ulama dunia ialah ulama-ulama syiah dan ibadi, kedua-dua ini bukan ASWJ. Jadi sebelum menuduh ulama-ulama azhar sekongkol dengan syiah (https://www.facebook.com/mohd.asri.336/posts/1404305322929632), jangan lupa semak rekod tokoh-tokoh yg anda taksub sendiri, siapa yang berusaha bersungguh-sungguh mengusahakan taqrib antara sunni-syiah hingga melantik wakil syiah dan ibadi sebagai naib presiden kesatuan yg saudara dambakan itu?

11. Terakhir ialah sikap Asri Khalid yang kongsi (share) di wall beliau supaya berlapang dada dengan aliran lain dan jangan mudah menyesatkan orang lain. Tetapi hasil carian pantas kami di Wall Asri Khalid lain pula ceritanya, Asri gemar share dari ustaz-ustaz wahhabi yang menyesatkan asyairah, yg mensyirikkan istighasah, malah dalam isu-isu fiqh juga Asri Khalid sering kongsi artikel-artikel yg menyesatkan amalan umat islam. ini salah satu contoh posting Asri Khalid yg share menyamakan amalan umat Islam dengan amalan hindu dan kristianhttps://www.facebook.com/mohd.asri.336/posts/1404277836265714

12. Kami tidak mahu menggunakan perkataan Iblis, munafik, pembohong dan sebagainya kepada Asri Khalid, tetapi kami dengan rendah diri memohon supaya Asri Khalid selepas ini lebih berhati-hati dari melakukan kritikan dan celaan terutama kepada majoriti ulama ASWJ. Ini kerana Al-Hafiz Ibnu Asakir rahimahullah berkata dalam "Tabyin Kadzib al-Muftariy", “Ketahuilah wahai saudaraku, semoga Allah senantiasa membimbing kita kepada keridlaan-Nya, dan menjadikan kita semua sebagai orang yang benar-benar bertaqwa kepada-Nya. Sesungguhnya daging (penggunjing) para ulama itu beracun, dan kebiasaan Allah dalam menyingkap topeng para pencela mereka (ulama) telah diketahui bersama. kerana mencela mereka dengan sesuatu yang tidak ada pada mereka, merupakan petaka besar, dan melecehkan kehormatan mereka dengan cara dusta dan mengada-ada merupakan kebiasaan buruk, dan menentang mereka yang telah Allah pilih untuk menebarkan ilmu, merupakan perangai tercela”.

Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan