TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 6 Ogos 2012

Didiklah Nafsu Makan Anak-Anak

Assalamu'alaikum,



Minggu lepas, hari Jumaat (3 Ogos 2012/14 Ramadhan 1433), hamba dan keluarga ke majlis Iftar di sekolah rendah anak hamba yang kedua. Ramai juga ibu-bapa dan anak-anak yang hadir, dalam 300 lebih juga. Sekolah integrasi ini merupakan sebuah sekolah swasta, yang 'masih kecil' tetapi berkembang. Hamba memang tak hantar anak-anak ke sekolah kebangsaan. Pendidikan terpenting di setiap zaman adalah pendidikan agama. Pendidikan terpenting di akhir zaman adalah pendidikan agama. Mengapa? Bacalah, kajilah dan fahamilah hadis-hadis akhir zaman. Dah akhir zaman ke? Belajarlah, bergurulah, tanyalah guru-guru mursyid yang murabbi, ulamak-ulamak yang zuhud dan tawadhuk yang semata-mata memperhambakan diri dengan Allah Taala. Kalau nak 'direct', 'tanya sendiri Allah Taala' melalui solat hajat....

Selepas berbuka dengan kurma dan air mineral/minuman, tetamu yang hadir bersolat Maghrib terlebih dahulu. Selepas solat Maghrib, maka anak-anak dan ibu-bapa beratur untuk mengambil makanan di atas meja. Anak hamba yang kedua makan bersama hamba. Anak ketiga dan keempat bersama kakak sulung mereka makan dengan ummi mereka. Waktu makan, fenomena biasa yang hamba saksikan di banyak tempat berlaku juga di majlis iftar ini. Walaupun ibu-bapa murid-murid sekolah ini hamba kira mementingkan pendidikan agama (sebab hantar anak ke sekolah integrasi swasta; yurannya tidaklah murah, tetapi tidak mahal seperti sekolah antarabangsa), tetapi cara, gaya, anak-anak mereka makan sama seperti kanak-kanak lain.

Maksud hamba, ibu-bapa sekarang ramai yang kurang menitik-beratkan apa yang anak-anak makan, khususnya berapa banyak mereka makan. Sebahagian besar ibu-bapa tidak melarang anak-anak mereka untuk ambil apa saja makan untuk diisi di atas pinggan mereka.  Maka anak-anak yang kecil ini akan ambil macam2 untuk diisi di atas pinggan mereka, dan akhirnya, seperti biasa, banyak yang tak habis, membazir. Sekurang-kurangnya kalau dibiarkan di atas meja, mungkin ada tetamu lain yang akan ambil dan akhirnya makanan ini tidak terbuang ke dalam tong sampah sahaja.  Hamba perhatikan, masakan berlaukan ayam, kuih-muih, buah-buah dan 1001 makanan lain banyak tidak dapat dihabiskan oleh kanak-kanak ini dan akhirnya dibuang. Masalahnya adalah ibu-bapa sekarang tidak rasa bersalah apabila anak-anak mereka membazir. Ibu-bapa sekarang tidak menegur anak-anak mereka agar jangan ambil banyak makanan semasa berbuka, khususnya ketika makan 'ala buffet'.  Kelihatannya, ibu-bapa pun 'makan banyak', apatah mampu mereka menegah atau mencegah anak mereka agar jangan makan banyak.

Hamba memang tegas bab banyak makanan ini. Jangan ambil banyak dalam pinggan. Ambil apa yang nak dimakan sahaja. Ambil sedikit dulu, kalau nak lagi boleh tambah kemudian. Jangan membazir. Ambil setakat mana boleh dihabiskan. Apa yang diambil di atas pinggan mesti dihabiskan. Anak-anak pun faham perangai hamba kalau bab makan. Alhamdulillah, mereka pun setakat ini tidak tergolong dalam 'golongan kuat makan' dan 'berusaha untuk habiskan makanan di atas pinggan mereka'. Situasi di atas bukan sahaja berlaku dalam majlis iftar, tetapi juga berlaku dalam kenduri kahwin, jamuan hari-raya, jamuan kesyukuran dan 1001 majlis lain. Hamba kalau bab nak makan, selalu teringat, terbayang-bayang kanak-kanak dan berjuta-juta penduduk di Afrika yang tidak cukup makan. Kalau makanan tidak habis, hamba dan isterilah yang cuba habiskan walaupun terpaksa 'tambah hari'. Sayang nak buang makanan. Kami makan juga 'lebihan makanan anak-anak' walaupun petua orang tua-tua tidak menggalakkan. Hukum syariat lebih penting daripada petua orang tua-tua.

Itulah sedikit coretan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Hari ini cuti Nuzul Quran di Selangor. Moga-moga kita di Malaysia tidak sampai ke tahap 'kufur nikmat' bab makan-memakan ini.  Cuma hamba teringatkan hadis Nabi SAW tentang akhir zaman. "Berapakah yang akan tinggal kalau begini caranya?" Agak mendukacitakan ramai dalam kalangan kita  mementingkan pendidikan agama untuk anak-anak tetapi berpuasa sepertimana orang awam, sekadar menahan lapar dan dahaga. Kalau tak dapat puasa Qhawasul Qhawas, dapat tambahkan amal-ibadat, dapat didik nafsu makan, dapat kawal 1001 nafsu lain pun jadilah. Namun, itulah realiti kualiti puasa umat Islam hari ini. 

Sama-samalah kita fikir adakah kita dapat mendidik anak-anak agar jangan 'lahap makan', jangan 'kuat makan', jangan 'membazir ketika makan', jika ibu-bapa pun macam tu.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan