Assalamu'laikum
Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim).
Ini antara hadis Nabi SAW yang menusuk ke dalam kalbu hamba, menggoncang minda hamba, menyebabkan hamba berfikir dengan begitu serius kehidupan hamba satu persatu...Tepat sekali hadis Nabi SAW ini. Benar sekali kata-kata junjungan SAW. Banyak juga kehidupan hamba dan keluarga yang mengikut kehidupan Yahudi dan Nasrani. Sama ada kita sedar atau tidak sedar, Yahudi dan Nasrani setelah kalah perang Salib telah mengubah strategi dan taktik peperangan mereka dengan orang Islam. Mereka mengkaji Al-Quran ayat demi ayat, perintah demi perintah, larangan demi larangan dan akhirnya melancarkan strategi dan taktik mereka untuk menjauhkan umat Islam dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Kalau nak cerita memang banyak. Insya-Allah, hamba akan tulis tajuk ini dalam bentuk siri tulisan. Lihat sahajalah pakaian rasmi ke pejabat. Kita kena pakai kemeja berlengan panjang, berseluar panjang, kalau majlis rasmi, urusan rasmi kena pakai tali leher, dah la cuaca kita panas, kita kena pakai blazer lagi. Berseluar panjang memang tak ada masalah kerana ia menutup aurat. Tetapi bagaimana dengan bertali leher, berblazer. Ini warisan British ke atas kita dan kita masih mengikutinya. Sudah 57 tahun kita merdeka, kita masih mengikut amalan mereka ini. Kalau anda pernah tinggal di negara Eropah contohnya, yang mengalami 4 musim cuaca, adalah biasa kena pakai blazer, kena pakai tali leher sebab musim sejuk, musim bunga dan musim luruh bukannya panas dan sememangnya sejuk bagi kita orang beriklim Khatulistiwa. Jadi berpakaian sebegitu adalah 'biasa' dan sesuai dengan budaya dan cuaca mereka di negara 4 musim. Musim panas di negara 4 musim pun tak sepanas di Malaysia, macam dalam penghawa dingin di pejabat, kecuali cuaca berubah/ekstrim. Agak mendukacitakan kerana kita sama ada di pihak kerajaan, di sektor swasta, ulamak dan para ustaz, apatah lagi orang awam masih mengikuti pakaian warisan British ini. Kita dapat lihat di televisyen, kalau tidak berkot, tidak bertali leher, dianggap tidak ikut standard. Alhamdulillah, akhir-akhir ini situasi sudah banyak berubah. Berbaju Melayu, berjubah, 'berbaju tempatan' sudah kurang menjadi halangan untuk muncul dalam beberapa acara di TV. Hebatnya warisan British ini sampai Pengawas Sekolah pun 'kena bertali leher' yang sebenarnya mengagungkan warisan British, tidak sesuai langsung dengan cuaca/iklim Malaysia (kasihan budak-budak sekolah-termasuk hamba dulu2), sehinggakan banyak organisasi kerajaan dan swasta pun ada tali leher rasmi!
Hamba lihat ada beberapa perubahan di sektor kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Zaman PakLah, baju batik dijadikan pakaian rasmi ke pejabat pada hari Khamis, ini suatu perubahan yang baik, lari daripada warisan British ini. Berbaju batik juga melambangkan jatidiri kita, mengukuhkan semangat kenegaraan, sesuai dengan cuaca Malaysia, selain membantu meningkatkan industri batik tempatan. Kalau di UKM, kedapatan staf yang memakai pakaian kebangsaan iaitu baju Melayu bersamping setiap hari Jumaat. Hamba kira ini juga baik kerana sesuai dengan cuaca, berbangga atas adat resam dan tradisi bangsa yang tidak bercanggah dengan agama. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini juga, kepopularan 'baju korporat' dalam kalangan sektor awam dan swasta. Walaupun baju korporat ini baju kemeja, hamba kira ia baik kerana berlengan pendek, tidak perlu bertali leher dan berblazer/ber'kot'. Baju korporat ini lebih sesuai dengan cuaca Malaysia. Semakin banyak agensi kerajaan, badan berkanun yang menggunakan baju korporat ini selain di sektor swasta.
Negara memerlukan perubahan yang bermula dari peringkat atas. Pemimpin negara harus berani berubah dan menunjukkan contohnya. Hamba bukanlah nak suruh buang blazer, tali leher ke dalam tong sampah. Kalau ke majlis rasmi di negara-negara Barat dan sebahagian besar negara di dunia, memang 'kita perlu pakai blazer dan bertali leher' untuk sesuaikan diri dengan keadaan. Cumanya, kalau tidak menjadi syarat majlis, mengapa kita tidak mahu memakai pakaian kebangsaan kita. Kedapatan pemimpin beberapa negara Afrika dan kurang maju yang mengenakan pakaian kebangsaan mereka di dalam majlis-majlis antarabangsa. Mengapa kita tidak? Begitu juga dengan majlis rasmi dalam negara. Masih kedapatan majlis rasmi negara yang mengkehendaki kita hadir dengan berblazer. Mengapa kita tidak tukarkan pakaian rasmi majlis ialah pakaian kebangsaan dan berbaju batik. Indonesia contohnya, pemimpin dan rakyatnya begitu bangga mengenakan baju batik keluaran tempatan dalam pelbagai majlis rasmi, kita masih nak berblazer.
Kaum-kaum bukan Melayu sebenarnya tidak harus bimbang dan takut dengan pakaian kebangsaan (baju Melayu bersamping dan bersongkok) ataupun baju batik. Ia sekadar identiti sebuah negara, bukan 'suruh masuk Melayu pun'. Songkok pun bukan pakaian orang Melayu pun pada asalnya, tetapi orang Melayu boleh menerima songkok ini sebagai sebagai sebahagian dari budaya mereka dan songkok yang digandingkan dengan Baju Melayu bersamping akan menyerlahkan identiti dan citra seseorang individu. Songkok juga sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Lihatlah betapa segaknya pakaian istiadat anggota tentera ketika bersongkok dengan pedang di pinggang.
Sementelah kita berblazer dan bertali leher, maka kita mengikut Barat dengan berfesyen mengikut mereka. Di Barat, mereka 'terpaksa berfesyen' kerana iklim 4 musim. Pakaian musim sejuk tidak boleh dipakai musim bunga kerana terlalu tebal dan panas, pakaian musim bunga kurang sesuai dipakai ketika musim panas kerana suhu dah naik, pakaian musim panas kurang sesuai untuk musim luruh kerana suhu dah sejuk balik dan pakaian musim luruh tidak dapat menahan diri daripada kesejukan di musim sejuk. Dari kitaran musim itu mereka terpaksa berfesyen sebelum akhirnya usahawan-usahawan dan peniaga mereka bentuk pelbagai bentuk fesyen untuk menarik perhatian masyarakat. Maka kita yang tiada 4 musim pun ikut mereka. Dari baju yang kurang mahal, nak pakai yang lebih 'branded', seluar nak berjenama, kasut pun nak berjenama, tali pinggang nak berjenama, tali leher pun nak berjenama... Hamba bukanlah suruh pakai seluar tanpa tali pinggang, tapi perlukah kita tali pinggang yang mahal? Perlukah kita kasut yang mahal-mahal? Semuanya kita ikut Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit sepertimana Hadis Nabi SAW di atas. Kesan peliknya adalah kita terpaksa membuat sistem penghawa dingin dengan menurunkan suhu penghawa dingin kerana pakaian kita tidak sesuai dengan cuaca kita...maka bangunan kerajaan, sektor swasta, kompleks membeli-belah pun 'ikut sama' untuk bagi kita yang dah salah berpakaian ini rasa selesa di pejabat!!! Sepatutnya kita berpakaian dengan pakaian yang sesuai dengan cuaca kita, dan bangunan kita direkabentuk agar sesuai dengan cuaca Malaysia!!!
Hamba pun banyak blazer dan tali leher. Taklah nak buang semuanya, pakai bila perlu. Tak ada yang 'branded' pun. Cuma kalau pemimpin kita, pemimpin sektor swasta kita semakin sedar perkara ini maka kesan akhirnya adalah ia semakin baik untuk kita dan negara kita. Kita menginsafi hadis Nabi SAW ini dan sama-sama kita berfikir dan berubah atas kuasa dan tanggungjawab setakat mana yang kita ada. Setidak-tidaknya kalau sebahagian besar sektor kerajaan dan swasta tidak berblazer dan bertali leher, maka suhu penghawa dingin boleh dinaikkan lagi, dan ini akan menjimatkan elektrik, mengurangkan pencemaran alam sekitar, mengurangkan aliran wang ke luar negara, dan penjimatan ini boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti pembangunan lain yang lebih bermanfaat untuk negara.
Setakat ini sahajalah huraian hamba berkaitan Hadis Nabi SAW ini iaitu berkaitan pakaian. Insya-Allah, moga-moga diberikan kelapangan masa, kecerdasan minda untuk siri-siri seterusnya. Wassalam.
Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim).
Kalau nak cerita memang banyak. Insya-Allah, hamba akan tulis tajuk ini dalam bentuk siri tulisan. Lihat sahajalah pakaian rasmi ke pejabat. Kita kena pakai kemeja berlengan panjang, berseluar panjang, kalau majlis rasmi, urusan rasmi kena pakai tali leher, dah la cuaca kita panas, kita kena pakai blazer lagi. Berseluar panjang memang tak ada masalah kerana ia menutup aurat. Tetapi bagaimana dengan bertali leher, berblazer. Ini warisan British ke atas kita dan kita masih mengikutinya. Sudah 57 tahun kita merdeka, kita masih mengikut amalan mereka ini. Kalau anda pernah tinggal di negara Eropah contohnya, yang mengalami 4 musim cuaca, adalah biasa kena pakai blazer, kena pakai tali leher sebab musim sejuk, musim bunga dan musim luruh bukannya panas dan sememangnya sejuk bagi kita orang beriklim Khatulistiwa. Jadi berpakaian sebegitu adalah 'biasa' dan sesuai dengan budaya dan cuaca mereka di negara 4 musim. Musim panas di negara 4 musim pun tak sepanas di Malaysia, macam dalam penghawa dingin di pejabat, kecuali cuaca berubah/ekstrim. Agak mendukacitakan kerana kita sama ada di pihak kerajaan, di sektor swasta, ulamak dan para ustaz, apatah lagi orang awam masih mengikuti pakaian warisan British ini. Kita dapat lihat di televisyen, kalau tidak berkot, tidak bertali leher, dianggap tidak ikut standard. Alhamdulillah, akhir-akhir ini situasi sudah banyak berubah. Berbaju Melayu, berjubah, 'berbaju tempatan' sudah kurang menjadi halangan untuk muncul dalam beberapa acara di TV. Hebatnya warisan British ini sampai Pengawas Sekolah pun 'kena bertali leher' yang sebenarnya mengagungkan warisan British, tidak sesuai langsung dengan cuaca/iklim Malaysia (kasihan budak-budak sekolah-termasuk hamba dulu2), sehinggakan banyak organisasi kerajaan dan swasta pun ada tali leher rasmi!
Negara memerlukan perubahan yang bermula dari peringkat atas. Pemimpin negara harus berani berubah dan menunjukkan contohnya. Hamba bukanlah nak suruh buang blazer, tali leher ke dalam tong sampah. Kalau ke majlis rasmi di negara-negara Barat dan sebahagian besar negara di dunia, memang 'kita perlu pakai blazer dan bertali leher' untuk sesuaikan diri dengan keadaan. Cumanya, kalau tidak menjadi syarat majlis, mengapa kita tidak mahu memakai pakaian kebangsaan kita. Kedapatan pemimpin beberapa negara Afrika dan kurang maju yang mengenakan pakaian kebangsaan mereka di dalam majlis-majlis antarabangsa. Mengapa kita tidak? Begitu juga dengan majlis rasmi dalam negara. Masih kedapatan majlis rasmi negara yang mengkehendaki kita hadir dengan berblazer. Mengapa kita tidak tukarkan pakaian rasmi majlis ialah pakaian kebangsaan dan berbaju batik. Indonesia contohnya, pemimpin dan rakyatnya begitu bangga mengenakan baju batik keluaran tempatan dalam pelbagai majlis rasmi, kita masih nak berblazer.
Kaum-kaum bukan Melayu sebenarnya tidak harus bimbang dan takut dengan pakaian kebangsaan (baju Melayu bersamping dan bersongkok) ataupun baju batik. Ia sekadar identiti sebuah negara, bukan 'suruh masuk Melayu pun'. Songkok pun bukan pakaian orang Melayu pun pada asalnya, tetapi orang Melayu boleh menerima songkok ini sebagai sebagai sebahagian dari budaya mereka dan songkok yang digandingkan dengan Baju Melayu bersamping akan menyerlahkan identiti dan citra seseorang individu. Songkok juga sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Lihatlah betapa segaknya pakaian istiadat anggota tentera ketika bersongkok dengan pedang di pinggang.
Sementelah kita berblazer dan bertali leher, maka kita mengikut Barat dengan berfesyen mengikut mereka. Di Barat, mereka 'terpaksa berfesyen' kerana iklim 4 musim. Pakaian musim sejuk tidak boleh dipakai musim bunga kerana terlalu tebal dan panas, pakaian musim bunga kurang sesuai dipakai ketika musim panas kerana suhu dah naik, pakaian musim panas kurang sesuai untuk musim luruh kerana suhu dah sejuk balik dan pakaian musim luruh tidak dapat menahan diri daripada kesejukan di musim sejuk. Dari kitaran musim itu mereka terpaksa berfesyen sebelum akhirnya usahawan-usahawan dan peniaga mereka bentuk pelbagai bentuk fesyen untuk menarik perhatian masyarakat. Maka kita yang tiada 4 musim pun ikut mereka. Dari baju yang kurang mahal, nak pakai yang lebih 'branded', seluar nak berjenama, kasut pun nak berjenama, tali pinggang nak berjenama, tali leher pun nak berjenama... Hamba bukanlah suruh pakai seluar tanpa tali pinggang, tapi perlukah kita tali pinggang yang mahal? Perlukah kita kasut yang mahal-mahal? Semuanya kita ikut Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit sepertimana Hadis Nabi SAW di atas. Kesan peliknya adalah kita terpaksa membuat sistem penghawa dingin dengan menurunkan suhu penghawa dingin kerana pakaian kita tidak sesuai dengan cuaca kita...maka bangunan kerajaan, sektor swasta, kompleks membeli-belah pun 'ikut sama' untuk bagi kita yang dah salah berpakaian ini rasa selesa di pejabat!!! Sepatutnya kita berpakaian dengan pakaian yang sesuai dengan cuaca kita, dan bangunan kita direkabentuk agar sesuai dengan cuaca Malaysia!!!
Hamba pun banyak blazer dan tali leher. Taklah nak buang semuanya, pakai bila perlu. Tak ada yang 'branded' pun. Cuma kalau pemimpin kita, pemimpin sektor swasta kita semakin sedar perkara ini maka kesan akhirnya adalah ia semakin baik untuk kita dan negara kita. Kita menginsafi hadis Nabi SAW ini dan sama-sama kita berfikir dan berubah atas kuasa dan tanggungjawab setakat mana yang kita ada. Setidak-tidaknya kalau sebahagian besar sektor kerajaan dan swasta tidak berblazer dan bertali leher, maka suhu penghawa dingin boleh dinaikkan lagi, dan ini akan menjimatkan elektrik, mengurangkan pencemaran alam sekitar, mengurangkan aliran wang ke luar negara, dan penjimatan ini boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti pembangunan lain yang lebih bermanfaat untuk negara.
Setakat ini sahajalah huraian hamba berkaitan Hadis Nabi SAW ini iaitu berkaitan pakaian. Insya-Allah, moga-moga diberikan kelapangan masa, kecerdasan minda untuk siri-siri seterusnya. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan