Assalamu'alaikum,
Selepas menjamu selera di Restoran Nasi Arab di BBBangi, kami ke Putrajaya (1 Julai 2012). Nak kena layan juga isteri dan anak-anak nak tengok Pesta Bunga di Putrajaya. Memang ramai pengunjung yang datang. Satu yang hamba puji, surau bergerak memang disediakan, termasuk bilik air. Tetapi hamba dan keluarga solat di Masjid Besi saja, kerana tak jauh mana. Biasalah, gerai makan-minum disediakan dan seperti biasa, harganya lebih mahal dari kedai biasa. Hamba bukanlah 'kaki bunga' tetapi suka ambil gambar bunga. Bunga menzahirkan sifat maha hebat, maha cantik Allah Taala. Kekaguman kepada kecantikan bunga boleh membawa kepada kekaguman kepada Sang Penciptanya. Hamba juga sebenarnya mencari ilham tentang hiasan depan rumah hamba. Hamba tak mahu celoteh panjang, biarlah gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya...
Dalam dewan...
Gambar terakhir di dalam dewan berhawa dingin...
Pelbagai gerai menjual pelbagai pokok, bunga dan tanaman
Macam mana rakyat tak sukakan hiburan? Setiap kali pesta mesti ada hiburan!!!
Gambar ini dan seterusnya adalah pertandingan hiasan antara sekolah. Setiap sekolah diperuntukkan keluasan kawasan tertentu. Perlu atau tidak pertandingan sebegini? Ada kebaikan dan keburukannya tetapu anda jawablah sendiri...
ada sambungannya, tunggu!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan