TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 2 Januari 2014

Perkhemahan Tahunan di Pulau Besar, Melaka (20-22 Disember 2013)

Assalamu'alaikum,

Pada 20-22 Disember 2013, hamba sekeluarga berkhemah sekali lagi ke Pulau Besar, Melaka. Dalam tahun 2012, hamba dan sekeluarga pernah berkhemah di Pulau Besar, antara 14-15 November 2012. Ketika itu, kami menyambut Maal Hijrah di Pulau Besar. Pulau Besar memang istimewa disisi hamba, sebab itu ada label khusus berkaitan pulau ini di blog hamba. Sewaktu berkhemah 14-15 Nov 2012 itu, hamba perasan yang kami agak keletihan kerana hanya 2 hari semalam di Pulau Besar. Jadinya, untuk tahun 2013, kami merancang untuk berkhemah selama 3 hari 2 malam. Hamba sendiri dah berjanji dengan anak-anak dari bulan September/Oktober 2013 lagi. Anak-anak asyik tanya berapa bulan/minggu lagi mereka nak berkhemah di Pulau Besar.  Jadinya, walaupun selepas itu ada beberapa aktiviti lain yang bertindan dengan jadual kami ke Pulau Besar, hamba terus beri keutamaan kepada aktiviti keluarga memandangkan dah janji dan anak-anak pun nak sangat ke sana.  

Alhamdulillah,  pada hari Jumaat yang dimaksudkan, 20 Disember 2013, kami bertolak dari rumah jam 9 pagi lebih sikit dan sampai di Jeti Umbai sebelum pukul 1100 pagi.   Dalam jam 1110 pagi, kami dah menjejakkan kaki ke Pulau Besar.  Anak sulung dan kedua hamba suruh buat sendiri khemah mereka, dan hamba, isteri dan dua anak tidur dalam khemah canggih kami. Alhamdulillah, khemah siap pada masanya dan hamba dengan anak kedua dan ketiga sempat bersolat Jumaat di Masjid Pulau Besar. Ini kali pertama hamba bersolat Jumaat di Pulau Besar. Jemaah lebih kurang seramai 100-120 orang juga. Masjid Pulau Besar baru beberapa bulan mengadakan Solat Jumaat, baca artikel ini.  Pusat Tahfiz di Pulau Besar bercuti sebab cuti sekolah. Pelancong kelihatan lebih ramai hari Jumaat berbanding hari Sabtu.  

Hamba sekeluarga  naik bot PakTam...


Kawasan ini memang seronok berkhemah sebab berpokok, bersih dan tepi pantai


Salah satu khemah yang sempat hamba ambil gambar ketika dalam bot


Kami menghampiri pantai berdekatan Makam Sultan Arifin, air laut dah pasang penuh walaupun jam 11 pagi

Air laut tengah pasang, jadi boleh sampai ke kawasan pantai berhampiran Makam

Ini kawasan perkhemahan hamba sekeluarga. Jadi dah tak boleh naik feri lagi sebab banyak barang.  Khemah canggih hamba yang besar tu, saiz 6 dewasa. Semua orang puji khemah tu, ada yang sanggup nak 'order' kalau hamba ke luar negara lagi...he3.. Khemah tu hamba beli baru waktu sambung belajar di luar negara, ruang tengah bila malam boleh letak barang dll. Khemah kecil biru tu beli kat car boot sale saja, mungkim GBP5-10 saja, untuk 3 dewasa...

Berbeza dengan perkhemahan tahun 2012, tahun 2013, kami nak masak semua, taknak makan kat gerai/kedai. Jadi beli dapur gas mudah alih ini, harga RM50 lebih. Gasnya dalam RM4-RM5 satu balang. Hamba buat anggaran untuk kami sekeluarga, sehari satu balang saja. Alhamdulillah, kali ini kami tidak berbelanja makan sesen pun kat gerai/kedai makan.


Petang masak air.... 

 Kemudian buat air teh dan cicah dengan roti...:-)...Tu sedikit bahagian badan hamba, nampak jari  ja, hamba ni kulitnya taklah gelap, cerahlah juga...he3...

Kami bawa lampu ayam ni yang gunakan 'minyak gas' aka minyak tanah. Kelebihan lampu ini adalah dengan minyak yang penuh, ia boleh bertahan dari 730 malam sampai 730 pagi. Di sebalik kegelapan malam, lampu ini memang membantu. Namun, kena berjaga-jaga, jangan letak dekat dengan khemah, sebab risiko jatuh, terbakar dan lain-lain.

Kami juga bawa lampu berbateri ini. Lampu ini hamba beli kat UK dulu. Setiap lampu menggunakan empat bateri AA. Kerana menggunakan lampu LED, ia tahan lama. Kalau masuk dalam khemah, lampu ini lebih baik berbanding lampu suluh.

Memandangkan sekolah anak-anak hamba tiada pengakap dll, hamba ajar anak-anak macam mana nak buatkan unggun api. Lepas tu, ghalit anak-anak hamba melayan unggun api ni. 

Esoknya, 21 Disember 2013 (Sabtu), selepas sarapan pagi, kami ke pantai belakang Pulau.  Pantai ini pantai kegemaran hamba untuk mandi-manda, lepak-lepak, sembang santai. Hamba ajar pula anak-anak macam mana masak telur dalam tanah. Alhamdulillah, telur semua masak dengan 'jayanya'. Anak-anak teruja sebab 'hairan bin ajaib' masak telur dalam tanah...he3...

 Ni padang golf pantai belakang pulau...padang ja ada, pemainnya tak ada...Nasib baik jin-jin dan bunian Pulau Besar 'tak berahi' main golf...

Cadangnya kami nak pusing pulau, jadi kami dah sampai dekat Apartmen Bunian ni. Kemudian Pak Guard kat sini tak bagi lalu sebab katanya Tan Sri ada...ehmmm, takpalah, lain kali.

Jadinya kami kembali ke kawasan khemah dan rentas pulau menggunakan jalan tengah.


Nampaknya Tan Sri ni masih 'maintain' Padang Golf, mungkin dengan harapan nak buka satu hari nanti. Nasihat hamba kepada Tan Sri, tak payahlah buka Padang Golf ini. Golf sinonim dengan sukan orang kaya, sinonim dengan 'judi sebab pertaruhan bila main', sinonim juga dengan kegiatan maksiat lain seperti arak dan pelacuran (sebahagian padang golf di Indonesia sebab Kedinya wanita dan menawarkan perkhidmatan sampingan), dan semua ini tak sinonim dengan Pulau Besar...Eloklah Tan Sri fikirkan saham di negeri akhirat, tukarkan Apartmen ni jadi Pusat Pengajian Islam/Pondok/Pusat Tahfiz/Pusat berkaitan Islam/Melayu (seperti Akademi Silat Melayu Malaysia), itu lebih baik. Moga-moga dengan usia Tan Sri yang semakin tua, Tan Sri dibukakan hati dan diberikan petunjuk Ilahi untuk mendengar cadangan hamba ini.

Laut dah surut pada petang Sabtu...pantai di kawasan ini yang menghadap Tanah Besar memang landai tetapi malang sekarang kerana kawasan pantai dah banyak terhakis...

Pagi hari Ahad - 22 Disember 2013...

Antara sebab hamba pilih 20-22 Disember 2013 adalah bulan masih terang, jadi laut pasang penuh (mudah bila nak datang) dan bila malam, pekatnya masih diterangi sinaran Sang Bulan...

Asalnya Atuk Lampir sekeluarga, Kanjeng Sunan nak turut serta...Akhirnya, hamba sekeluarga yang mendapat 'panggilan pulau'...Lain kali, Insya-Allah.

Pulau Besar menawarkan 'ketenangannya yang tersendiri', itu bagi pengunjung tetap macam hamba...Nak tahu, datanglah sendiri. Kalau tak rasa apa-apa, itu bukan rezeki anda.

Jam 10 pagi lebih sikit, kami dah meninggalkan Pulau Besar.  Saja keluar awal sebab ada kenduri kahwin di rumah kawan.



Alhamdulillah, perkhemahan berjalan dengan lancar. Anak-anak dan isteri suka dan 'enjoy'. Insya-Allah, perkhemahan tahunan di Pulau Besar bulan Disember akan jadi agenda tahunan hamba sekeluarga. Ada beberapa pelik perkara yang terjadi, itu semua kehendak Allah swt. Perkhemahan ini merupakan permulaan kepada percutian selama 10 hari hamba sekeluarga. Hari Ahad sampai rumah, kami terus berkemas. Basuh baju dua pusingan, dan lain-lain barang. Khemah tak sempat basuh lagi. Isnin, 23 Disember 2013, kami ke Utara tanahair sehingga 26 Disember 2013. Kami ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah, Padang Besar, Pekan Rabu, ziarah 2 masjid, ziarah satu makam Wali Allah dan diakhiri ziarah satu tempat suluk...... Tunggu!!!! Wassalam.

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Allahu Akbar... Alhamdulillah.. Lama sudah hamba tidak kesana.... Menggigil seluruh tubuh hamba bila menatap gambar² pulau..

    BalasPadam