Assalamu'alaikum,
Pada hari Selasa, 25 Disember 2013, hari Rabu, selepas sarapan pagi, dalam jam 715 pagi, hamba dan semua anggota rombongan ke Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong, Baling, Kedah. Hamba dan keluarga sampai dahulu sebab bateri dah caj sepenuhnya malam semalam. Suasana pagi di kampung memang menyegarkan. Udaranya segar, anda akan dihiburkan dengan kicauan burung, sesekali dimeriahkan dengan kokokan ayam yang bersahu-sahutan.
Kawasan gerai makan bersebelahan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Hebatnya kawasan ini berbanding kawasan air panas di Malaysia adalah ia diuruskan 24 jam!!!
Kawasan parkir kereta yang luas; kami jalan kaki saja dari homestay sebab dekat
Gerai makanan beroperasi 24 jam, saling buka dan tutup...Dapatlah penduduk kampung mencari pendapatan tambahan
Pagi memang lengang, tidak seperti malam
Ini kaunter tiket
Ini harga tiket masuk, biasanya kalau orang Malaysia, kerani tak minta pun MyKad
Kami baru tahu boleh berkhemah dalam kawasan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, jadi lain kali, kami bercadang nak bekhemah beramai-ramai di sini.
Bilik sewa/chalet ini diuruskan oleh Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Yang nk nampak eksklusif.
Satu seronoknya datang pagi tak ramai orang, sebab ramai pengunjung datang pada waktu malam.
Ada banyak kolam dengan kedalaman dan keluasan yang berbeza serta kadar kesuaman air yang berbeza-beza
Dikatakan ini Pusat Rekreasi Air Panas terbesar di Malaysia setakat ini
Kemudahan bilik air/tandas/bilik persalinan disediakan
Kat sini pun orang pasang khemah. Surau juga disediakan
Ada chalet yang eksklusif untuk mereka yang berduit di hujung sana
Jemu-jemu, anak-anak boleh main kat sini.
Setiap kolam akan dibersihkan setiap hari. Ini kerana air kolam yang baru diisi amat panas, kena tunggu dulu, kemudian baru boleh masuk berendam. Kemudiannya, selepas ??? jam air kolam akan dikeringkan sebab dah mula sejuk, kolam dicuci dan air kolam akan diisi semula dengan air panas
Yang ini kolam budak-budak, waktu kami sampai, air masih panas, boleh rendam kaki saja
Ini kolam asal, juga kolam induk, punca air panas berasal dari sini. Kolam ini paling tinggi, jadi saluran paip dibuat untuk mengalirkan air dari kolam ini ke semua kolam lain. Kolam ini dipagar dan tidak boleh mandi sebab amat panas.
Dalam hutan, siapa yang biasa masuk hutan, ada tempat/kolam kecil air panas untuk binatang-binatang datang minum. Ia dipanggil 'Sira'.
Di hujung gambar adalah gerai makanan yang disediakan dalam Pusat Rekreasi
Nampak tak buih yang naik tu?
Boleh nampak kolam ini berasap di atas air
Buih datri dasar kolam, tempat air panas keluar.
Nak bilas mandi pun boleh
Ini chalet/resort untuk yang berada, berduit. Hamba tidak berada dan tidak berduit, tidak punya apa-apa di dunia yang fana kecuali amanah dari Allah.
Pintu masuk lain, hamba difahamkan dibuka kalau pengunjung ramai.
Lagi orang pasang khemah.
Ramai pengunjung datang pada waktu malam. Kalau malam minggu dan cuti sekolah, lagi ramai.
Selamat Tinggal Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah (Ulu Legong Hot Spring). Balik ke chalet, makan-makan sikit, jam 1230 tengahari, kami keluar dari Baling menuju ke Perlis.
http://www.mdbalingtourism.gov.my/pusat_rekreasi/MainMenu.php
Kami berendam dari 7 lebih sampai 11 pagi lebih, dekat 4 jam juga. Sebab airnya suam-suam gitu, memang tak sejuk dan dok berendam saja. Alhamdulillah, ini percutian menarik sebab dapat bersama dengan keluarga abang dan adik hamba di Utara. Anak-anak pun suka sebab dapat bersama dan bermesra dengan sepupu-sepapat mereka.
Selamat Tinggal Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah (Ulu Legong Hot Spring). Balik ke chalet, makan-makan sikit, jam 1230 tengahari, kami keluar dari Baling menuju ke Perlis.
Untuk Keterangan lanjut email:webmaster@mdbalingtourism.gov.my
PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN
TEL:604-4721468, 013-4720255
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN
TEL:604-4721468, 013-4720255
http://www.mdbalingtourism.gov.my/pusat_rekreasi/MainMenu.php
saya suka dengan gambar-gambar yang cantik dan ulasannya.alhamdulillah....
BalasPadamterima kasih...nice pictures..ada contact number lagi..so helpful...-Aini-
BalasPadami luv all ur info... nma ja org kedah tak besa smpi pon info2 ni nmpk sgt details... gmbaq2 pon puas tgk... tq..
BalasPadamterima kasih bg info, nak g jg lah
BalasPadamAlhamdulillah..cadang nk g mlm nii..
BalasPadamPerlunya pemantauan keselamatan harta benda pengunjung.
BalasPadamSandal family aku hilang 2 pasang semasa tidur didalam khemah..
bagus artikel nii. byk gambar yg tunjuk. TQ
BalasPadamThanks a lot. Your info so helpful.
BalasPadamAkak rasa nak ke sini lagi.
BalasPadamulasan dan gambaran yang sangat menarik. buatkan saya n family berasa nak pergi hujung minngu ni..
BalasPadamulasan dan gambaran yang sangat menarik. buatkan saya n family berasa nak pergi hujung minngu ni..
BalasPadamAda satu lagi hot spring yang best di Malaysia selain di Baling ni. Terletak di Sungkai, Perak kira-kira 100km dr Ipoh nk ke KL.
BalasPadamNama dia Felda Sg Klah, Sungkai Perak
Lawati lah blog http://jomronda-mozag02.blogspot.my/search/label/Perak untuk info
Ada satu lagi hot spring yang best di Malaysia selain di Baling ni. Terletak di Sungkai, Perak kira-kira 100km dr Ipoh nk ke KL.
BalasPadamNama dia Felda Sg Klah, Sungkai Perak
Lawati lah blog http://jomronda-mozag02.blogspot.my/search/label/Perak untuk info
mmg best, tapi byran lbih jgk maybe sbb dia sediakan train & kolamnya ala2 waterpark...
PadamMaaf nak bertanya ni.kolam ni buka 24jam ke?
BalasPadamSalam Shah Putra,
PadamYa 24 jam, cuma malam lebih ramai orang.
Wassalam
MQAH