TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 6 Januari 2014

Padang Besar, Perlis

Assalamu'alaikum,

Hamba nak habiskan kisah percutian kami sekeluarga dalam 10 hari yang lalu sebelum Rabu (8 Januari 2014) ini, kalau sempat.Tanggal Rabu ini, 8 Januari 2014, hamba akan ke luar negara sekejap saja. Alhamdulillah, masih pada 25 Disember 2014, selepas bertolak dari Ulu Legong, Baling, kami terus ke Padang Besar, Perlis. Tiga jam perjalanan, semua anak dan isteri ketiduran dan keletihan. Kami sampai di Padang Besar, masa masih awal, kami solat di surau di Padang Besar. Hamba dah lama tak ke sini, kali terakhir rasanya, anak baru seorang, itu dah lebih 12 tahun. Adik hamba kata sebelum ini, OK juga ke Padang Besar, dah banyak berubah, jadi hamba pun buat keputusan ke sini. Yang lebih penting adalah janji hamba selepas ziarah TokWa ritu, nak ke Padang Besar. Memandangkan kami terpaka balik ke Melaka selepas ziarah TokWa, hamba cari jalan untuk mengotakan janji dengan anak-anak. Alhamdulillah, dapat juga tunaikan janji.  Hamba tam mahu cerita banyak tentang Padang Besar, biarlah gambar-gambar yang diambil menceritakan segalanya. Cuma petua kalau nak berbelanja, buat tinjauan dahulu di pelbagai kedat dan kompleks, dan jangan lupa tawar dahulu. Habis sedikit membeli-belah, anak-anak ini tak boleh yang lain lebih dari yang lain, kami ke Kangar. Kami makan malam terlebih dahulu dan bermalam di Inai Putih Homestay (http://inaiputih.blogspot.com/).  Kami cuma ambil bilik RM60 semalam, sebab nak mandi, solat dan rehat sekejap sahaja, esok pagi dah nak keluar. Ada sebuah katil besar dan sebuah katil kecil, cukuplah untuk enam beranak sebab hamba bawa beg tidur...Hamba 'rekomen' kalau anda nak nginap di sini sebab RM60 tu ada penghawa dingin dan kipas lagi. Ada bilik yang RM80 semalam dan ada yang RM100 semalam. Sekarang kita tak perlu risau sangat bab bermalam, sebab dari Padang Besar ke Kangar, hamba nampak macam2 homestay ada di kiri-kanan jalan. Internet membolehkan ramai orang Islam menceburi perniagaan hospitaliti. Selepas ini, kisah kami ke Masjid Negeri Perlis.





















Antara kemudahan surau yang disediakan




Hamba suruh isteri beli periuk besar, yang saiznya belum ada di rumah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan